Tanpa sedar..
aku makin jauh..
jauh dari cahaya yang terang..
aku makin hari..makin tenggelam..
aku lemas dengan dengan hitam yang pekat..
terkadang.. aku tidak mampu untuk bangkit..
kerana aku ini lemah..
namun..
sampai bila harus begini..
sampai bila aku harus menyambut setiap huluran yang diberi..
terkadang aku menunggu pada yang simpati..
Bangkit lah!!
bangkit lah duhai hati..
bangkit lah duhai diri..
jangan pernah sekali kau manyendiri..
kerna kau ada janji yang pasti..
Allah sentiasa ada..
Allah tidak pernah memungkiri..
Liku hidup ini tidak pernah sunyi..
kadang ianya menyakiti..
dan ada juga ia menyeri..
Untuk Aku..
berjalan la tanpa henti..
kerna perjalanan hidup ini masih tidak pasti..
mencari dan terus mencari..
segala apa yang Allah redhai..
Untuk Aku..
jangan pernah mengeluh..
dengan apa yang dilalui..
walau sentiasa disakiti oleh ranjau yang berduri..
pasti jua akan diubati..
hanya masa dan ketika..
yang ada jawapan pasti..


No comments:
Post a Comment