Monday, April 30, 2012

~Mengapa perlu RESAH??~


Saat tuk bergelar graduan makin hampir..
membuatkan diri selalu resah..
yA! resah memikirkan masa depan yang harus ditempuhi..
melihat sahabat2 lain telah berkira2 membuat keputusan samaada untuk ,meneruskan pembelajaran ataupun merasai alam pekerjaan..

dan aku?? masih tidak mempunyai jawapan..
masih ragu2 tuk membuat keputusan
takut?? ya..perasaan itu wujud.. 
resah?? ya..itu selalu menghantui..
apakah masih ada peluang tuk aku merasai nikmat pekerjaan yang diingini?
masihkan ad peluang tuk aku mendalami ilmu2 yang ada??
namun..ada sebaris ayat yang membuat aku lega..
"Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjanjikan rezekimu, mengapa perlu RESAH??"
-petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali-

kita semua perlu tahu dan yakin bahawa setiap insan telah disediakan rezeki masing2..
mungkin yang berbeza..bentuk rezeki itu..

jangan terlalu resah..jangan terlalu takut untuk menghadapi masa depan..
harus yakin kita sentiasa ada peluang untuk merasa apa yang diingini..
dengan syarat...USAHA TANPA HENTI..
untuk dunia dan akhirat..
InsyaAllah..ada yang terbaik yang telah ditetapkanNYA untuk ku...

 pls: jangan biarkan keresahan itu menghantui pekerjaan dan matlamat kita hari ini

Thursday, April 26, 2012

~trauma =( ~

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Terkejut!!! Terkilan!!!
tepat jam 12 malam, dapat panggilan dari abe long...
menyampai khabar berita tentang mama..
mama kena RAGUT!!!.
oh! suatu kejadian yang xpernah diingini..

Mama dengan abah..naik moto...dalam kawasan kampung...
Ah! kawasan kampung yang dirasakan paling selamat pun dah jadi tempat yang paling xselamat...
Ralat..sebab dah 2 hari benda ni berlaku..tapi aku baru tau..
ALLAHUAKBAR.....
xterbayang perasaan mama masa tu..
perasaan mama sekarang..
 
rasa nak terbang sekarang balik peluk mama..
mama, maafkan k.de sebab xcakna..
baru koll mama 3 hari lepas..
esoknya..benda ni berlaku...
mama...k.de nk peluk mama...
sangat2..
 
maafkan k.de sebab xde disamping mama sekarang...
mama..k.de doakan..mama tabah..
k.de tau mama kuat..
 
tp....k.de pm tau perasan trauma..
 
sungguh trauma itu xbest..
kesan die sangat teruk..
7 tahun berlalu..trauma masih xdapat diatasi..
 
moga mama dapat atasi..
moga mama kuat dari segi fizikal dan mental..
 
Ya ALLAH..ku mohon dari Mu...
selamatkan, tenangkan hati mama dan seluruh ahli keluarga ku dunia dan akhirat...
amin...
 


Wednesday, April 25, 2012

~saat yang tinggal~

~Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Singgah di blog sendiri setelah puas bermain angka dan tulisan..
hampir "terjuih" biji mata ni menatap skrin notabuku  yang comel ni..
baru perasan blogspot dah berwajah baru..
 n terkial-kial jugak mencari button "new post"

Hari demi hari dah berlalu dan ianya tidak mungkin sama sekali untuk berulang...
Alhamdulillah, syukur padaNYA.. dapat juga aku grad dari lab, n segala macam acids n machine..
mengorbankan lab coat(of course), stokin, tshirt n bju kurung..but then, aku still mampu tersengih bila mengenangkan semua itu..at least, i've something to be proud of.. n boleh jugak "menyohor" ke anak cucu..hehehe

dan sekarang..tiba masa tuk analyse data..even dah xberape ingat macam mana, kn usaha la jugak..bukan kena..tapi WAJIB!!.. sebab awal bulan 5, means next week dah kena antar first draf thesis yang full tuk SV n co-SV check.. 22/5 dah kena submit kat deparment n 12-13/6 dah kena present.. jadi bulan 5 n 6 ni bakal menyaksikan kami semua berlari xcukup tanah la gayanya..hehe
dengan thesis FYP..final exam..assignment n presentation...

Harapannya, moga 2nd part ni dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah yang rumit.. masalah akan tetap ada..xkan pernah habis..namun mengharap ianya mampu tuk diatasi.. amin..

Sebagai meraikan 1st part yang dah siap, ak n da gang ber'picnic' di pancing..
even 4 orang jer..but still,sangat happy..at least kami dapat mencipta memori tuk saat-saat akhir bersama..saat semua pun masih bujang :) 
saat semua masih bersama..masih boleh tengok muka masing-masing..

Jauh disudut hati..terdetik, ada lagi x peluang tuk kami ber'ukhuwwah' macam sekarang...
emm..hope..we still have that chance..



p/s: qoute of da day : "jangan pernah tewas berharap"


Monday, March 12, 2012

~Berjalan Tanpa Henti~

Sudah agak lama tidak menarikan jari-jemari dalam dunia maya ini..
kesibukan yang tidak pernah henti berkunjung..
keserabutan yang tidak pernah hilang..
menhapuskan rasa hati untuk berkongsi..
Ya..aku mungkin seorang insan yang mudah terganggu kosentrasi andai segala yang dirancang tersasar..
mengambil masa tuk membetulkan segala yang kusut..
mengambil masa tuk meredakan hati yang terganggu..
Ya..segala yang dirancang tidak semestinya sama dengan yang ditentukan olehNYA..
aku..kamu..kita..harus redha dengan ketentuan ini..
dengan berbekalkan semangat dan harapan agar apa yang terjadi ini akan membawa aku kepada satu kejayaan yang manis..
aku harus tetap terus berjalan mengikut arus dan rentak dunia.
Tidak harus rasanya untuk membandingkan usahaku dengan mereka..
kejayaan yang diraih oleh mereka tidak patut aku persoalkan..
kerana yang pasti.. aku juga punya kejayaan yang sama..atau mungkin lebih indah dari mereka..

Cuma..kesabaran penentu segalanya..
aku harus terus berjalan tanpa henti..
walaupun hanya tuk sesat..


p/s: mood-> resah memikirkan FYP yang masih lag di udara...

Monday, January 30, 2012

~You have made a difference in my LIFE~




Have you ever wondered which hurts the most?
Saying something and wishing you hadn't?
or
Saying nothing and wishing you had?
i guess the most important things are the hardest things to say.
Don't be afraid to tell someone you love them.
If you do, they might break your heart..
If you don't, you might break theirs..

Have you ever decided not to become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person?
Your heart decides whom it likes and whom it doesn't.
You can't tell your heart what to do. it does it on its own...
when you least suspect it, or when you don't want it to.

Have you ever wanted to love someone with everything you had, but that other person was too afraid to let you?
Too many of us stay walled up because we are too afraid to care too much... for fear that the other person does not care as much, or even at all.

Have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?
We tell lies when we are afraid... afraid of what we don't know, afraid of what others will think, afraid of what will be found out about us.
But, every time we tell a lie, the thing we fear grows stronger.
Life is all about risks and it requires you to jump.

Don't be a person who has to look back and wonder what hey would have done, or could have had.

What would you do if your best friend die tomorrow and you never got to tell them how you felt?
What would you do if you NEVER got the chance to say I AM FRIENDS with all of my family and they know i love them?
People live, but people die....

If i died tomorrow, would i be in your heart??

We might me best friends one year, pretty good friends the nest year, don't talk that often the next, and don't want to talk at all the year after that...
So, i just wanted to say, even if never talk to you again in my life, YOU ARE SPECIAL TO ME and you have made a difference in my life.

i look up to you, respect you, truly cherish you, most of all I CARE about friends.

*all above are others word that really touch my heart.. and i want you feel the same.
I DO MEAN ALL THOSE ABOVE..
I REALLY CARE ABOUT YOU AND ALWAYS WILL...

thanks for everything:)


Sunday, January 29, 2012

~A....J.....L....~


Malam ini menandakan cukupnya setahun peristiwa 20 in 1..
dimana kami bersumbat dekat 20 orang dalam 1 bilik semata-mata nak tengok AJL..
Rasa nak sengih jer bila teringat..
dan malam ni, ramai dikalangan yang 20 tu bersantai dirumah,
dengan ruang yang luas dan tv yang besar..
dan aku???
bakal besar jugak..hehe
malam ni, aku, dilla, nana dan sape2 lagi akan besantai di depan skrin BESAR!!!
nak tengok AJL jugak..

Hari ini, terfikir, penting ke AJL bagi aku,,
sampai aku semangat nak tengok..fikir punya fikir..
akhirnya, konklusi yang dapat aku buat..
bukan AJL yang penting bagi aku, tapi nilai disebalik AJL tu yang penting..
contohnya.. dulu kecik2, tv kat umah xde ASTRO lagi.. jadi bergantung harap pada hiburan di TV3 jer..dan AJL menjadi salah satu rancangan yang selalu ditonton oleh keluarga..
ramai2 akan tonton AJL.. dan kami satu famili akan bersantai bersama,, borak.. makan.. dan main2 sambil menonton.. itu salah satu benda yang mengeratkan hubungan kami sekeluarga.. kadang2 xde la tengok sangat AJL tu..hehehe
lagi, bila berada jauh dengan famili, bersama rakan2 pulak.. kami akan berkumpul ramai2 untuk menonton..makan dan borak.. seronok sebab dapat kumpul ramai2 sambil relax2 kan hati dan fikiran..
jadi, AJL baik nye, bukan sebab rancangan itu sendiri.. tapi disebabkan ia, kami bersama-sama...sebab kadang2 bukan senang nak kumpul.. bila ada macam ni la yang buat kami berkumpul..
disebabkan itulah, setiap kali AJL..aku semangat:)..

p/s: sama jer dengan tengok bola.. bukan sebab bola tu.. tapi sebab sama2 kumpul bersorak...nice:)

~FYP-Off DAY : selayang pandang~








Saturday, January 28, 2012

~FYP-Off DAY~

Hari ini..hari berjalan!!!
Disebabkan hari ni sabtu dan lab assistant majority ada training..
jadi hari ini FYP-off day.. 1 hari yang xperlu buat FYP..:)

So, Dilla dan Aimi merancang untuk *berjimba*
release tension..termasuk aku sekali..
"w'pun aku xstress mana lagi..hehehe"
plan yang pertama: if x hujan, akan ke air terjun pancing untuk mandi-manda..
plan kedua: if hujan, akan ke cherating untuk makan kepok lekor, satar n main-main kat pantai...

Disebabkan pagi-pagi lagi hujan dah mencurah-curah.. jadi automatiknya plan pertama batal.
plan kedua bermula jam 11 pg..
perjalanan yang mulanya hanya nak ke cherating, berlanjutan..
dari uia kuantan -> singgah lab food KAHS
masjid kg. chenor -> singgah solat zohor
kemaman -> lalu jer:)
pantai kemasik -> photoshot sambil dengar pakcik2 karaoke
kedai kopi Hai Peng -> yang orang kata famous.. memang terbukti.. sebab sangat penuh dengan pelanggan sampai kena tunggu turn untuk duduk.. singgah la walaupun tuk minum jer..
masjid kg. geliga -> singgah solat asar
cherating -> beli kepok lekor (ni yang tujuan asal..hehe)
majid uia ->singgah solat maghrib
rumah Dr. Mustaphizur -> melawat sambil bagi kepok:)
last sekali, Megamall -> niat dihati nak beli A4 paper..tapi sebab panjang sangat beratur.. malas dah.. tukar beli paratha untuk dinner..
dan.....akhirnya check in T52.12

nak kata penat, xterasa sangat, sebab bukan aku yang drive..
cuma penat perut, asyik makan jer..
yang pasti, seronok sebab dapat berjalan menghirup udara luar UIA dan menghayati ciptaan Allah swt.. walaupun geng2 yang lain xde.. tapi stil rasa seronok..

konklusi untuk perjalanan hari ini,
"bermusafir lah walau sebentar untuk kita refresh balik fikiran dan hati..
untuk kita menghayati dan menikmati kurniaan Allah..
dan juga untuk mengeratkan lagi silaturrahim..."

Semoga, dimasa hadapan, masih lagi dikurniakan kesihatan dan peluang untuk bermusafir walau sejengkal:)
juga dikurniakan kesempatan bersama geng2 yang lain untuk berjalan-jalan!!!

p/s: walaupun xbuat FYP..tapi still duk fikir2 jugak.. kuat betul penangang FYP ni...



i WILL..
i will use all things i have and make the best of its..insyaAllah..
walau apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang..
kita perlu tetap sabar menjalani.. kerna tiap yang sabar..
pasti punya hasil yang besar..
cuma perlu berusaha dan juga percaya pada DIA

p/s: sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, kerna apa yang kita punya sudah cukup untuk kita manfaatkan dunia dan akhirat.. ALLAh knows everything:)

Friday, January 20, 2012

~Need my MAMA~


Really need my MAMA right now..
her smile is enough to recharge my energy...
being a final year student really made me realize the important of study(extra focus)...
especially about practical class..
*tula, orang suh fokus..bnyk cakap:)*
sekarang dah semakin faham ap yang dikatakan oleh Dr.Aziah, intern's sv..
we need to increase our curiosity in knowledge if we really want to master it..

Setelah 3 minggu berhempas-pulas dengan final exam..
kini harus berhempas-pulas dgn FYP..
ada perasaan gementar, bila semua sahabat-sahabat dah mula bertungkus lumus..
dan aku...masih menunggu giliran..
insyaAllah, andai tiada aral melintang, FYP ku akan disambung selepas CNY..
dan diteruskan sehingga selesai...
kadang-kadang terasa bingung untuk memulakan eksperimen..
namun, saat ini..hanya yang perlu aku fikir..
"i need to do it first.. need to take a baby step first..
if not..i'll never able to run as others"
So..esok akan balik kG!!!
untuk kutip semangat dari mama dan abah..
bawa balik ke kampus...
dan melangkah tanpa henti....
Go Go Go!!!...

Hope..my sample, machines, chemical and apparatus will be nice to me..
and i'll also:)

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."