Friday, December 31, 2010

~31.12.2010~

Last day untuk tahun 2010...
dan..i'm alone!!!..huhu..saem2 tersayang semua bercuti.. tinggalnye Fizah..rumet aku dan amalina..
suasana hari ni pun..dari pagi sampai petang..rasa macam pkul 10 pagi jer.. hujan straight 3 hari..berhenti pun kejap-kejap jer..
Aku pulak..xtau masa aku dihabiskan dengan apa..hakhak.. tengok2 dah petang dah..
ermm...

xtau nk coretkan apa..sebab banyak sangat.. tuk aku simpulkan365 hari aku dalam satu perenggan.. memang padat la..hehehe.. padat sampai xtahu nak tulis ape..
well..what can i say..is the best maybe??huhu..
hidup aku..walaupun sangat banyak dugaan yang mendatang.. tetap aku anggap yang terbaik.. sebab..bagi aku..antara yang lain..aku still lagi mampu untuk bernafas dengan baik.. berjalan dengan baik.. makan dengan baik..pendek kata..aku masih mampu tuk menggunakan pancaindera aku dengan baik.. Alhamdulillah.. tu sebab hidup aku is the best.. xkira la dari bila-bila pun.. sampai saat ni..aku mampu tersenyum..

Syukur..aku masih punya keluarga yang sentiasa support aku.. saem-saem yang sentiasa membantu aku setiap saat..saem-saem skppt..naim..u..briged..n semua la..

Aku akui...makin meningkat umur..makin banyak yang perlu aku hadapi.. mungkin makin banyak kesalahan yang akan aku lakukan... dan hingga saat ini.. aku berjanji dengan diri aku sendiri tuk tidak sekali-kali ulang balik kesalahan-kesalahan yang dah aku lakukan.. terutama.. kesalahan yang dapat bagi impact besar pada aku..
hehe..sesuai la dengan kata-kata yang paling aku suka.. "Orang yang mengulangi kesalahan mereka adalah orang yang gagal".. dan..aku bukan seorang yang gagal..
semoga aku diberi ketetapan hati yang jitu..tuk menghadapi hari-hari yang akan bertambah..

to laila,dill,nani,amalina,fizah,aliaa...thanx sebab always be with me.. sokong aku.. tegur aku.. n buatkan hidup aku berwarna-warni hari-hari..

to geng-geng briged..pengalaman demi pengalaman yang aku perolehi xkan sesekali aku lupa.. pengalaman tu yang mengajar aku erti kehidupan..mengajar aku tuk menghadapi dunia sebenar..

and..special to him.. thanx for coming into my life.. sungguh..semangat dan keyakinan yang dia bagi pada aku..sangat membantu.. insyaAllah..moga Allah tetapkan hati kita bersama=)

akan aku cuba tuk perbaiki diri tuk menjadi insan yang terbaik tuk kalian..

TERIMA KASIH TUK SEGALANYA..

p/s: saat tulis entry ni..perut berbunyi-bunyi.. n fizah datang.. "ni ada rezeki aienun.." dari fizah dan amalina.. hehe..thanx=)

Thursday, December 30, 2010

H.O.P.E


Hope is always about future..
And it isn't always good news..
Sometimes, hope can imprison us with belief and expectation that something will happen in the future to change our lives..
Similarly hopelessness isn't always about despair..
Hopelessness can bring us right into this very moment and answer all of life's most difficult questions...
Who am I?? Where am I?? What does this mean?? and What now???

(learning From the Heart, Dan Gottlieb)


Wednesday, December 29, 2010

~kenapa harus hadir~

Resah..gelisah..geram..
semua perasaan ada.. kenapa?? kenapa perasaan ni perlu hadir kembali dalam hati aku..
perasaan yang hampir setahun cuba aku singkirkan..
x sukanya..sebab kesan ni..sakit.. aku cuba untuk "maintain ok".. tambah-tambah lagi depan orang-orang yang sepatutnya.. aku rasa tuk mengaburi mata-mata mereka.. ya aku mampu..
namun.. bagi aku sendiri.. menderita dalam senyum.. sakitnya!!!...

pergi la main jauh-jauh.. jangan la datang dekat.. cukup la beberapa kali aku tersungkur dan lemas.. kali ni..aku dah sampai tahap aku.. aku kena berusaha tuk membuang kenangan-kenangan ni jauh... jauh biar aku xmampu nak capai balik..

aku berserah dan mendoakan kebahagian mereka-mereka ni.. dengan harapan ada kebahagian yang lebih indah tuk aku di depan sana nanti... aku harus bersabar tuk tunggu kebahagian tu...

AIENUN!! bangkit lah dari kenangan- kenangan yang merosakkan tu..


p/s: ni nk kn makan MSG banyak-banyak la tuk menghilangkan memori aku..hehehe

~exercise~

Hari ni.. hajat di hati..berkobar-kobar nak pergi joging.. sama-sama dengan laila.nani n lain2..
tapi..memandangkan hujan..aku n laila amek keputusan aerobik dalam bilik jer.. lain2???
faham2 jer la..hehe
Fuh!! memang macam lari pusing tasik dah2.. sangat seronok.. hehehe..
lain kali nk exercise dalam bilik jer la..xde la berkira sangat nak bergerak..hehehe...

p/s:salah satu azam sem ni.. nk exercise..hakhak..sebab sem ni kena proaktif =)

NAQIBAH??

Naqibah..dah lama rasanya aku x dengar perkataan ni..hehe.. dan lama xguna.. teruk kan.. perkataan ni tergiang-ngiang kat telinga bila sahabat aku tanya.. ” ko nk jadi Naqibah x??” hehehe.. terkejut ad.. nk gelak pun ada..

Kalau pertanyaan ni diajukan pada ramai orang..mungkin banyak jawapan macam ni.. “ xpe la”.. “ layak ke ak”.. dan ad juga.. “ ko buat lawak erk”..heheh.. macam-macam lagi la jawapan akan ad.. dan jujur nye..aku pun mungkin akan jawab salah satu dari jawapan macam tu..tapi..bila difikirkan balik.. betul ke aku xlayak??.. ad terselit sedikit keyakinan yang aku mampu tuk menggalas tanggungjawab tu.. tetapi…entah la.. mungkin perlu keyakinan aku ini perlu digilap sikit jer lagi,,tuk mencapai tahap jawapan.. “ok..no prob..ak jadi..” huhuhu..

Buat masa ni..aku adalah naqibah untuk diri aku sendiri..

Harap-harap nye.. suatu hari nanti aku mampu tuk jadi naqibah pada orang lain.. kalu x pun.. naqibah untuk keluarga aku.. InsyaAllah.. amin….

p/s: tiba-tiba rasa bersemangat..hehehe

H.A.T.I

Hati??? Terfikir untuk menulis bab-bab hati ini.. bagi aku..bab ni la yang paling rumit sekali nk fahamkan.. yela..kita pun xtahu apa yang orang lain rasakan.. dan kadang-kadang kita sendiri pun xtahu ape yang hati kita rasa.. it’s hard enough to understand..to illustrate..

Sebab utama terasa nk kerahkan neuron-neuron kat otak ni bersambung fikirkan pasal hati ini sebab saem baik aku yang seorang ni la.. buat masa sekarang.. hati die macam dipermainkan seseorang.. yela.. aku cakap *macam* tu sebab ak pun xtau betul ke x orang tu nk mainkan perasaan die..

Macam biasa, aku sebagai pendengar setia merangkap pemerhati berjaya (puji diri sendiri ..hehehe) hanya mampu keluarkan buah fikiran yang ad buat masa tu.. aku minta die bersabar n berserah pada DIE..

Apa pun keputusan yang kita akan buat..timbang dulu baik buruknye..patut ke x kita amek keputusan tu..atau mungkin ada alternative lain yang lagi baik.. Satu buku yang sedang aku baca sekarang “Quranic Law of Attraction” oleh Rudin S. Rauf ad tulis.. kadang-kadang kita xtau apa yang kita perlu doa atau harapkan dari Allah.. Jadi jalan yang terbaik dan pertama sekali..berdoa pada Allah.. supaya Die tunjukkan apa yang kita mahu dsebenrnya dalam hidup kita di dunia dan akhirat nanti.. Doa yang sangat mujarab..adalah doa yang seiring dengan hati.. doa yang kita panjatkan sama dengan ap yang hati kita harapkan… Dalam buku tu..benda yang paling penulis tekankan adalah.. tarikan tenaga-tenaga positif atau negative yang kita keluarkan dari hati dan juga akal fikiran kita..

Jadi.. semoga Allah sentiasa kurniakan pengetahuan pada kita tentang hati kita sendiri..

“Know your heart better before others” (kirana, 2010)

p/s: harap diberikan kekuatan tuk habiskan bacaan buku “Quranic Law of Attraction” dan huraikan dalam Kirana’s World ni…

Tuesday, December 28, 2010

*L.O.V.E*

It seems as if the more we let go,the more we experience LOVE..
LOVE is beyond everything else- anxiety, desire, hope, resentment..
LOVE is openhearted, demands nothing, and needs nothing.
It is more likely to visit when our desires are quiet, when we don't need or want much, and when we accept that everything we love is not permanent but is with us at this very moment...

(Learning From the Heart, Daniel Gottlieb)

Friday, December 24, 2010

"selamat hari lahir ABAH"


"selamat hari lahir abah"
terima kasih atas segala yang telah abah korbankan tuk k.de n lain-lain...
maafkan segala kesilapan k.de dan adik beradik yang..
sungguh..sangat banyak yang telah kami buat dan lukakan abah dan mama...
kami...kami...x sengaja..dan x bermaksud abah..
maafkan kami..

semoga k.de diberi kesempatan yang panjang untuk balas segala jasa abah..
semoga..k.de mampu untuk jadi anak yang solehah..supaya doa-doa k.de diterima Allah..
amin..


Saturday, December 18, 2010

~kehidupan ini~

Baru beberapa minit call mama dan kakak...
Dan baru beberapa minit berkongsi cerita yang bagi aku sangat-sangat memberi kesan pada kami semua.. Jujurnya..tidak pernah secalit pun terfikir bahawa masalah-masalah seperti itu akan wujud dikalangan kami.. masalah-masalah yang biasa yang aku dengar berlaku pada orang lain.. dan kali ini..pada keluarga ku.. masih lagi terkawal mungkin??..
entahlah.. namun..gugur juga air mata ni bila fikirkan balik.. adakah ini petanda yang Allah kirimkan buat kami sekeluarga??
mungkin...mungkin kami agak tersasar dari jalanNya.. mungkin ada kesilapan yang kami buat tanpa sedar..dan kejadian demi kejadian yang terjadi adalah satu peringatan buat kami..

Ya Allah.. ampunkan dosa-dosa yang telah kami lakukan dalam sedar atau pun tidak.. sesungguhnya kami masih lagi memerlukan petunjuk jalan dari MU..
ku mohon pada MU...balikkan lah hati-hati kami kembali pada MU...
Amin...

Wednesday, December 15, 2010

`Pergi takkan kembali~

jam menunjukkan 12.07am 15/12/2010 disaat aku ingin mencoretkan kata-kata ini... "pergi takkan kembali"..ya.. setiap saat..setiap detik yang berlalu..tidak dapat aku kutip kembali.. kini.. genaplah aku berusia 22 tahun.. dimana aku mungkin sudah dianggap dewasa.. namun.. jauh di sudut hati.. sudah dewasakah aku?? sudah cukupkah dunia yang aku kenali selama 22 tahun ini?? mampukah aku membawa apa-apa bekalan andai sedetik lagi..aku dijemput olehNYA??? soalan demi soalan bermain di fikiran.. namun soalan ini tidak mampu untuk ku cari jawapannya

Jika direnungkan kembali..setiap saat..ada dosa-dosa yang aku lakukan..antara sedar ataupum tidak..tak termampu dek akal ini unutk menghitung dosa0dosa itu... kadang-kadang terlintas difikiran ini...masihkan ada kesempatan untuk aku memohon ampun dari Nya?? masihkan ada ruang untuk aku disisi Nya???

Sesungguhnya..aku terlalu lemah untuk melawan godaan-godaan mendatang...
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan iman..keteguhan hati..untuk aku melawan segala yang mendatang..aku mohon pada MU...
Jua kurniakan kepada insan-insan yang ku sayang..ketabahan hati yang jitu.. Amin...

Tuesday, December 14, 2010

"Lipatan pengalaman 1.. BRIGED BAKTI MALAYSIA"

BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM).. nama yang mungkin bagi ramai nama ni terlalu asing.. tetapi bagi kebanyakkan orang di Kelantan..nama BRIGED BAKTI tidak berapa asing bagi mereka.. sbb aku cakap tidak berapa asing..nk kata semua tahu..x jugak..nk kata semua xtahu..ada yang tahu.. macam tu lah citenye…

BBM ni adalah 1 pertubuhan sosial dan rekreasi..badan bukan kerajaan..asalnya BBM dikenali sebagai Briged Bakti Negeri Kelantan.. sbb ditubuhkan di negeri Kelantan.. dan terhad kt situ jer..baru tahun lepas.. BBNK dinaik taraf menjadi BBM.. hasil usaha orang-orang kuat BBM..

Nak dijadikan cerita..BBM telah menjalankan pelbagai aktiviti.. di peringkat sekolah dan masyarakat.. antara akitiviti-aktiviti nya:-

· perkhemahan perdana yang disertai oleh semua kadet Briged Bakti..pelajar sekolah..

· pengurusan jenazah..

· pertolongan cemas

· pengurusan orang sakit di rumah (POSDIR)

· program2 motivasi..kem kepimpinan..kem cabaran sosiologi insan (CSI)

· program2 rekreasi=mendaki gunung

· program2 kemasyarakatan= gotong-royong, derma darah, dll

· TOT..

· Dan banyak lagi laa..

Ahli-ahli BBM terdiri dari pelajar sekolah hingga la ke orang dewasa..

· Briged Bakti muda –sekolah rendah..

· Kadet Briged Bakti remaja – sekolah menengah

· Skuad Sukarelawan Remaja (SSR)-lepasan SPM/STPM/STAM dan sewaktu dengannya.

· Skuad Ibu Pejabat

· Ahli Dewasa

Setakat ni aku tergolong dalam kategori Skuad Ibu Pejabat..masuk tahun ni.. dah 5 tahun ak berkecimpung dalam Briged Bakti ni.. terlalu banyak kenangan yang ad bersama briged.. banyak pengalaman yang aku rasa xkan jumpa kat mana2 kalau ak xjoin Briged.. aktiviti2 Briged banyak mengajar ak erti kehidupan.. aku terlalu ingin berkongsi pengalaman2 dan pengajaran yang aku dapat dalam dunia aku ni.. InsyaAllah..akan aku cuba untuk merealisasikan satu persatu…

p/s : entry kali ini..ak rasa sangat panjang..sebab panjang lagi sambungannya..jadi..bersabar lah diri..hehe..seperti biasa.. typing error adalah tidak disengajakan..hehe

SEMANGAT OH SEMANGAT!!

Semangat baru?? Azam baru??
Dah berkali-kali azam dan semangat baru ni di refresh..
Dan aku percaya bukan aku seorang yang mengalami situasi ini..
Sem baru..azam baru..semangat baru..semua nk baru..
Tp aku???tetap orang yang sama.. Align Center
Dah pm masuk hari ke-2 untuk sem II tahun 3..
Perasaan ak?? Emm..

1) Happy sebab tinggal beberapa sem lagi untuk aku habiskan..
2) Sedih sebab aku bakalkan tinggalkan zaman yang indah..(bak kata orang laa..)
3) Gementar..sebab cabaran dan dugaan yang wajib aku lalui akan bertambah..
4) Xtau nk tafsir..hehe..sebab ak pm xtau ap mksd perasaan ni..

Salah satu azam aku (diantara yang beribu..hehe) aku ingat nk aktifkan pernulisan aku kat “kirana’s world” ni.. walaupun mungkin tiada siapa yang mengendahkannya.. at least.. mampu tuk ingatkan aku suatu hari nanti yang aku pernah punya hari2 yang menakjubkan.. moga aku diberikan semangat yang berterusan..

Jadi.. sebagai langkah awalnya.. suka untuk aku kongsikan..beberapa perkara yang ak lalui waktu cuti sem hari tu..emmm..perkongsian tu..aku namakan ..”Lipatan pengalamanku…”

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."