Friday, March 25, 2011

~moOd-ExAm~


Tengah nak menukar mood...
mood biasa->luar biasa..
moga-moga diberi kekuatan untuk menempuh exam kali ni..
moga dapat menikmati nikmat ilmu yang dipelajari..
dan moga ia berkekalan supaya aku mampu untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu ini sekaligus menyebarkan pada yang lain nanti...


"sesungguhnya..insan yang baik adalah yang bermanfaat pada yang lain"

p/s: meja yg xbrape nk terurus..huhu

Friday, March 18, 2011

Erti Hidup

Sangat unik hidup ini, bagi setengah orang hidup ini bagaikan syurga, bagi setengah yang lain pula hidup ini bagaikan neraka. Berjenis- jenis persepsi yang kita dengar namun, semuanya terpulang pada individu tersendiri untuk menghuraikan makna tersebut.

Yang sure, bagi ku, hidup ini adalah merupakan tempat persinggahan.. tidak harus dipuja namun tidak harus jua diabaikan. Ia adalah amanah yang telah dibagikan kepada kita untuk kita manfaatkan bagi menyiapkan bekal untuk hari akhir nanti.

Kita dipilih antara berjuta pilihan untuk mengenali hidup ini.. diberi peluang menghirup oxygen yang ada.. diberi peluang untuk melihat warna-warna di dunia.. juga diberi peluang untuk merasa bahagia, sedih, sihat, sakit dan banyak lagi..

Namun, adakah pernah terdetik di dalam hati antara setiap kita tentang kepentingan untuk menjaga rezeki- rezeki yang kita dapat. Penahkah terlintas di fikiran untuk mensyukuri segalanya? Andai jawapannya pernah, tidak mungkin akan ada pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sekarang. Tak mungkin ada kisah-kisah derita yang menyayat hati dan juga tidak mungkin akan ada bayi-bayi yang tidak berdosa dilemparkan.

Why ini semua terjadi? Dimanakah letaknya kesyukuran itu tadi? Manusia semakin hari semakin riak dengan kehidupan mereka. Depa bagaikan tidak menyedari bahawa hidup ini pinjaman semata. Kehidupan yang mereka banggakan akan hilang dalam sekelip mata. Namun, mungkinkah sudah menjadi fitrah bahawa manusia ini pelupa?

Kita lupa siapa kita, dari mana kita datang, dimana kedudukan kita dan yang paling penting sangat kita lupa siapa yang paling tertinggi sekali. Andai ini berterusan, masih adakah manusia yang mampu memimpin? Masih adakah manusia yang mampu untuk menjaga amanah yang telah diberikan? Persoalan demi persoalan akan tetap terbit di sanubari ini.

Jadi, untuk kesekian kalinya, jalanilah hidup kita seadanya. Tidak terlalu ghairah maupun terlalu pasif.

~mengapa~

Bila malam datang menyapa..
hati gelisah x terkata..

mana arah harus ku tuju??
mana jalan harus ku lalu??

aku..
keliru dalam pencarian hidup..
bertahun-bertahun mencari erti..

semakin aku mencari..
semakin banyak yang tidak ku mengerti..

mengapa??
mengapa perlu aku teruskan??
..................


p/s: dengan hati yang kosong....

Saturday, March 12, 2011

AgaiN....

Buat sekian kalinya..
Air mata ini mengalir sepi..
Syukur.. Alhamdulillah..
Aku dikurniakan sahabat yang tulus membantu..
terima kasih atas pertolongan dan pengorbanan itu..
Namun..terselit jua rasa malu..
rasa diri ini kerdil dihadapan kalian..
maafkan aku...
andai aku memberatkan bahu kalian..
andai aku menambah penat kalian..

Sungguh.. aku beruntung dikurniakan sahabat seperti mu...

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

~Sendiri Dalam Ramai~

Ku pandang langit yg tidak henti-henti mencurahkan rahmat.. hujan… kini langit itu jua yg menampakkan sinarnye… seperti mana hatiku ini.. berhari-hari mendung.. berhari-hari hujan.. kini awan-awan mendung di hati mula berarak pergi..

Sungguh..dugaan yang mendatang ini..sudah biasa aku lalui.. Cuma bezanya..kali ini ia lebih keras dan tajam..sehingga mampu menusuk hatiku beberapa hari..

Bukan aku menyesali ap yang terjadi..tidak sekali-kali!! Cuma terselit dibingkai hati.. bila ia akan berakhir..adakah ia akan terus menhantui ku selama-lamanya…

Namun..aku tahu..dan yakin sekali.. Allah Maha Adil.. Maha Penyayang.. Dia xkan sekali-kali melupakan hamba-hambanya… aku haru kuatkan semangat agar mampu tuk bertahan dan bersabar…

Teman.. aku tahu itu amanah yang harus aku galas.. yang harus aku juangkan..Namun.. teman.. aku tidak mampu tuk meneruskan amanah itu dalam keadaan ku sekarang.. setiap detik dan saat.. fikiranku terganggu memikirknnya.. teman.. andai keputusan yang aku pilih.. mengguris hatimu.. sejuta kemaafan aku pohon darimu.. tiada yang lain ku harapkan dari mu.. Cuma kemaafan yang satu… ku mohon.. fahami lah daku wahai teman…

YA ALLAH…Kau tabahkan lah hati hambamu ini.. Kuatkan hati ku supaya aku masih mampu tuk mengorak langkah dalam kehidupan ini..

~sendiri dalam ramai~

Cahayamatahamba Allah

1.50pm : 12/3/11

Wednesday, March 2, 2011

~dIkiR BaRat!!!~

02 march 2011

Today..

1 lagi lembaran hidup aku diwarnai.. DIKIR BARAT!!!!..

Alkisahnye..mahallah talhah 5(merangkap hostel) akan anjurkan GALA NIGHT 2011.. its like SISTER NIGHT jugak la.. Cuma nama jer lain… malam esok.. (03/02/11).. akan ada pertandingan bakat2 terpendam..jadi.. dengan semangatnye Dill cadangkan buat dikir barat.. memandangkan kitorang boleh jer form group dengan sape-sape..cepat-cepat ajak geng-geng yang berpotensi tinggi tuk sertai kitorang..

Ingat nak buat biasa-biasa jer..ketuk baldi..tapi.. sebab ada link naik dengan geng dikir uia.. kitorang dapat pinjam percussion diorang.. gendang ibu, gendang anak, gong, tamborin, n..satu lagi..lupa namanyer..

Nak dijadikan cite..aku diamanahkan main gendang ibu.. memang sangat cuak la.. sebab ak xreti nak main..kalau ketuk jer..laju la..tapi..tu la..dengan bantuan pakar2..aku try jugak la..

Punya susah nk main.. duduk pun kena ada gaya..siap kena suruh duduk elok2..dah la masa tu ramai orang..malu+takut..bergenang jugak la air mata.. salur darah kat muka..xyah cakap la.. memang dah mengembang sangat..semua pun perasaan..hahaha..malu..

Nak x nak kena usaha jugak.. nak tarik diri dari main pun.. tengok ke “awak-awak” semua dah semangat.. memang naik she la orang kata..hehe.. semua pun first time main.. tambah2 bukan budak Kelantan.. lagi la diorang nak try..dengan tengok semnagat diorang tu pun.. dah mampu tuk semangat aku naik..

Esok pagi2 ad training lagi.. hope semua berjalan dengan lancar.. n tuk malam pulak.. hope tuah menyebelahi kami.. at least.. ia akan jadi satu kenangan yang sangat manis tuk aku n geng2.. boleh story mory kat anak cucu..hehehe

Special thanx n gud lux tuk Dill, Laila, Nani, Amalina, Fizah,Che pa, Hikmah, Dila ganu, Dila penang, Nani mho, Nana, Atie, Syikin, Aliaa… n.. tuk guru yang mengajar..

p/s: cuak.. malam ni mesti tangan x berhenti mengetuk:)

Rindu!!!!

X terkata dah rasa.. xterluah di hati.. sangat-sangat rasa nak update blog.. kalau boleh hari2 nak.. banyak sangat cerita suka duka nak share.. tapi.. apakan daya.. kekangan masa juga diri membataskan semua...

Adakah ini alasan atau kebenaran..Only me and HIM know better..:)

Aienun!! kuat semangat tuk hadapi semua dengan tenang...

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."