Thursday, April 24, 2014

~Salah itu Aku~


Teman.. 
pertemuan kita telah ditakdirkan oleh Nya..
Kau dan aku.. walau umur kita berbeza..
namun kau sahabat yang menceriakan..
kita memilih jalan yang sama..
walaupun kita samar dengan kehidupan kita..
kita saling ada untuk satu sama lain..
kau ketawa.. aku gembira..
kau menangis..aku kecewa..
semua rasa menjadi satu antara kita..
walau baru semalam kita berjumpa..

Namun..
antara sedar dan tidak..
aku dengan sengaja..namun tanpa rela..
mengguris hati mu yang penuh harapan..
mencalar kepercayaan diri kau untuk aku..

aku sedar itu..
aku tahu itu..
namun.. aku tidak mampu melawan kejadianNya..

Sungguh..
Airmata yang mengalir di pipi..
saat kau memandang aku..
amat memeritkan..
amat menyakitkan..
namun aku..
tak mampu bersuara..

Maaf yang aku hulurkan..
tetap jua kau sambut..
walau ku tahu..
ianya merenggut kalbu..

maaf teman..
ini yang mampu aku ungkap..
yang mampu aku suarakan..
yang mampu aku berikan..
sebagai seorang sahabat..

terima kasih..
kerana menerima segalanya
tentang diri ini..



Monday, April 21, 2014

~Pengalaman itu~

Sakit yang sama dirasa kembali..
masih tetap sakit walau diri dah bersedia..
bersalah menyelubungi diri..
namun...tidak sekali aku menyesal..
menyayangi dan mencintai..
andai tiada lagi ruang dan peluang antara kita..
masih tetap aku doakan..
kau bahagia sentiasa..
dengan mereka..
dan dimana sahaja..
aku ikhlas..
aku pasrah..
terima kasih untuk segalanya...

Sunday, April 20, 2014

~Biar~

Kau hadir membawa seribu hikmah
mewarna senyuman yang kian pudar
mengenal erti sebuah persahabatan
menerima baik buruk seorang teman
pengubat luka, rindu dan kasih sayang
memberi semangat dan harapan
tanpa ku sedari 
kau tertinggal di hati
tiada ku menduga 
rasa inikan hadir
maafkan lah aku

kau hadir membawa seribu hikmah
menyeri hidupku yang kian pudar
penawar segala rasa kepahitan
memahami hati seorang teman
pengubat luka rindu dan kasih sayang
memberi semangat dan harapan
tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
tiada ku menduga rasa ini kan hadir
maafkan lah aku
menyintai dirimu
semua ini tiba-tiba
berilah aku peluang
untuk jadi yang terbaik untuk mu
takkan aku kecundang
selagi kau bukan milikku
biar..biar..biar
ak menunggu
sampai habis nanti
semua hayatku
biar..biar..biar..
aku tertunggu
cinta tulus ikhlas
darimu...


Bicara mu menyejuk hati.. pandangan mu mendebarkan jiwa..
sungguh aku lemah dalam menafsirkan rasa hati ini..
kau dan aku melafaz janji..
namun.. kita jua tetap mengutamakan masa..
kerana bagi kita..
biarlah masa yang menentukan..
dan aku...
akan tetap begini..
walau rasa pahit yang dulu menjelma.. walau jasad ini akan berjalan tanpa rasa sekali lagi..
aku akan tetap.. BIARkan....


Saturday, April 19, 2014

New ME!!!



New ME!!
Aku yang baru.. baru untuk keluar dari zon sederhana selesa...
Baru untuk masuk ke dalam zon yang makin mencabar..

Masalah tidak akan pernah hilang walaupun kita meratap hingga ke titisan darah..
Ianya tak kan pernah menjauh walau kita sentiasa membenci..
kerana.. Ianya minta diberi perhatian..
Ok..Fine..aku selfie..hehe

Kini.. aku mahu menjadi seorang yang kuat.. seorang yang mampu untuk berdiri sendiri.. yang mampu menerima segala dugaan dan ujian..
aku jua mahu untuk terus tersenyum bagi menyembunyikan rasa hati..
kerna.. tiada siapa yang sanggup dibebani..

segala harapan yang pernah ada dibahu ini..akan terus digalas..
harapan yang bakal ada jua akan terus disambut..
kerana aku...mampu...

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."