Showing posts with label "my world". Show all posts
Showing posts with label "my world". Show all posts

Sunday, February 22, 2015

~Musibah yang bermakna ver1.0~

Hari ini, hampir dua bulan dari peristiwa bencana banjir yang melanda negeri kelahiranku..
Ingin sekali diri ini berkongsi semua suka duka yang ada melalui musibah ini..

Perkataan banjir amat sinonim dengan kampungku.. dengan keluarga khususnya dan juga warga che siti wan kembang amnya..
Saban tahun, kami menunggu tibanya waktu banjir.. 
yang berada di perantauaun juga..
dengan semangat pulang ke kampung..
untuk merasai suasana banjir..
Namun, perancangan Yang Maha Kuasa lagi hebat,
telah diberi peluang dan ruang untuk kami merasa pabila nikmat yang biasa diberi diuji..
Banjir yang berlaku kali ini amat besar dalam sejarah..
ada yang mengatakan ianya sebesar bah merah malah mungkin lebih besar..

Saat banjir mula melanda, perasaan ingin pulang tidak dapat aku bendung..
perasaan suka pada awalnya.. mula bertukar risau..
dari masa ke semasa aku bertanyakan keadaan dikampung..
kata mama, ianya masih lagi terkawal..namun,, hati ini sudah terbang pulang ke kampung saat itu juga..
Teman sepejabat ada bertanya, mengapa aku beria untuk pulang.. 
kata aku,, untuk bermain air..
namun, jauh disudut hati. aku risau akan keluargaku..
terutama sekali abah.. sudah dapat aku bayangkan keadaan abah saat itu..

Aku pulang ke kampung dengan harapan dapat meringankan beban abah..
aku pulang saat air di paras yang tinggi..sehingga jambatan Sulatan Yahya Perta sudah ditutup untuk semua kenderaan.. Kerna tiada cara, kami mengambil keputusan untk menunggu sehingga hari cerah.. bagi memikirkan jalan pulang ke rumah.. dan malam itu.. kami bermalam di masjid di Kubang Kerian.
Seawal pagi sesudah subuh.. kami merencanakan perjalanan.. 
kami bernasib baik, kerana diawal pagi itu, jambatan dibuka untuk laluan...
terpancar kegembiraan di wajah..
Kami cuba untuk pergi sejauh yang boleh.
hanya mampu pergi sehingga hujung jambatan dengan kereta..
selebihnya terpaksa meredah air banjir..

Perjalanan yang hanya mengambil masa 5 minit dari hujung jambatan hingga umah makcik di wakaf bharu terasa sangat jauh.. kami meredah air di paras peha.. ramai yang menyertai.. ada yang untuk bermain.. ada yang sedang berpindah.. dan ada yang hanya untuk memantau.. di kala itu, hanya kereta 4x4  dan ke atas sahaja yang boleh kesana ke mari.. pelbagai ragam.. pelbagai gaya..

Sampai dirumah, aku terus menanya khabar cerita.. mama..mek (nenek).. kakak..kak lini semua semangat bercerita.. dari mula air naik, sehingga saat itu.. mama ceritakan keadaan dia menaiki bot jam 2 pagi setelah abah mengarahkan semua ahli keluarga yang ada di rumah untuk berpindah ketika paras air di rumah kami telah mencecah lantai., Mencecah lantai rumah bermakna air di kawasan luar rumah telah pun melebihi paras kepala.. gambaran keadaan mama menaiki bot di kala malam gelap.. dapat aku bayangkan.. dan ada saat bot melanggar sahaja apa di hadapan.. hanya doa yang menjadi kekuatan mama saat itu...

Melalui cerita-cerita mereka.. terdetik di hati.. banjir kali ini sangat, amat dan bakal menuntut kesabaran yang tinggi bagi semua yang terlibat... cerita-cerita mereka juga membuatkan hati ini ingin bertemu dengan abah... yang mungkin sedang melaksanakan amanah sebaik mungkin.....






Wednesday, October 29, 2014

~Terang itu~

Dalam terang aku mencari..
Jawapan yang tak kunjung pasti..
Sampai bila harus begini..
Kerna terang ini pasti gelap lagi..

Berikan aku peluang..
Supaya berjaya mengisi ruang..
Takkan aku terbang melayang..
Jika pasti ada yang sayang..

Mengapa harus berhenti..
Bila jiwa sudah sebati..
Kerna aku tahu pasti..
Semuanya ketentuan Illahi..

Andai takdirnya begitu..
Aku tahu hala yang perlu dituju..
Takkan aku berpaling buntu..
Mengharap insan datang membantu..


Wednesday, September 24, 2014

~Doa Aku untuk Kamu~

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Saturday, April 19, 2014

New ME!!!



New ME!!
Aku yang baru.. baru untuk keluar dari zon sederhana selesa...
Baru untuk masuk ke dalam zon yang makin mencabar..

Masalah tidak akan pernah hilang walaupun kita meratap hingga ke titisan darah..
Ianya tak kan pernah menjauh walau kita sentiasa membenci..
kerana.. Ianya minta diberi perhatian..
Ok..Fine..aku selfie..hehe

Kini.. aku mahu menjadi seorang yang kuat.. seorang yang mampu untuk berdiri sendiri.. yang mampu menerima segala dugaan dan ujian..
aku jua mahu untuk terus tersenyum bagi menyembunyikan rasa hati..
kerna.. tiada siapa yang sanggup dibebani..

segala harapan yang pernah ada dibahu ini..akan terus digalas..
harapan yang bakal ada jua akan terus disambut..
kerana aku...mampu...

Wednesday, November 27, 2013

~Letter to Ariff- v1~

Muhammad Ariff Danial Bin Basmin
Anak kepada sepupuku yang dijaga oleh kami sejak berumur 3 bulan atas faktor-faktor yang tertentu..
dan kini.. umur beliau dah menjangkau 12 tahun..

Dia yang aku kenali.. 

Seorang yang agak "giler" game bola..setiap kali waktu cuti sem shaharil..pasti laptop xpernah off.. 
Sebab?? 19 Jam akan terpasang sehari.. lebih 5 jam lg khas untuk dia tidur..

Dia juga seorang yang pemalu bagi aku.. malu untuk menyatakan kemahuan.. n paling malu buat kerja sekolah depan kitorang.. so aku selalu anggap dia pemalas..

Dia seorang yang agak berdisiplin.. sebab mendengar kata..tp sesetengah kata je la.. terutama sekali kata-kata cikgu.. kalau cikgu cakap A.. maka A lah yang dia nak.. xde flexible langsung.. haha.. sampai kadang-kadang berperang dengan abah.. sbb xdapat nak cari apa yang cikgu dia minta cari.. Well.. masih ada kebaikan dari segi tu.. dia takkan keluar dari rumah kalau mama tak bagi.. dia xkan pergi melepak dekat umah kawan-kawan lain.. hanya duk "bolok" kt umah..

Dia juga seorang yang agak keras kepala.. sebab tangan ini pernah beberapa kali mendarat di badannya..
Pedih tangan ini sangat memilukan hati.. namun.. dengan harapan agar kepedihan itu dapat mengajar ariff..
k.de tahu luaran ariff keras menahan kesakitan itu..tapi dalaman ariff dah nangis.. sebab k.de pun rasa benda yang sama..

dan dia seorang pelajar yang dapat 4A 1B dalam UPSR.. well.. untuk zaman sekarang.. mungkin itu tiada nilai.. sebab beribu-ribu pelajar yang dapat 5A.. tapi bagi kami sekeluarga.. itu yang terbaik dan berharga..
saat dapat berita tu.. ak yang paling gembira.. rasa nak canang 1 dunia.. dengan trial yang sangat teruk.. dengan exam bulan-bulan yang biasa jer.. itu yang terbaik yang dia dapat.. dan dengan dapat keputusan macam tu.. atleast.. masa depan dia cerah.. InsyaAllah..  Harapan hati.. dia dapat sambung belajar di sekolah menengah yang bagus.. SMKA Falahiah ke.. SIC ke. (which need some link to enter those school). well.. as long as bukan sekolah biasa dekat umah.. sebab.. hati ini sangat risau dia akan terpengaruh dengan rakan sebaya..

Untuk Ariff.. k.de doakan semoga kehidupan ariff lepas ni.. berjalan lancar dan cerah.. moga kehidupan ariff lebih terjamin.. moga ariff mampu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.. dan ariff terselamat dari keseronokan dunia yang melampau.. 

if one day, you came across this blog, just know that i do love you n i do pray the best for you. I'm truly sorry for everything i did that offends you.. all of those things were done to make you as a good man.
i hope that i can see your smile on your graduation day..



Love : Your sis-K.de-





Monday, July 22, 2013

~Rasa yang baru~

Rasa ingin berkongsi pengalaman hati ini..

hari ini..22/7 merupakan hari pertama bekerja di tempat yang baru.. suasana yang baru.. orang-orang yang baru..

hari ini juga.. pengalaman pertama memandu di kL.. ya.. jujurnya.. diri ini seorang yang sangat cerewet dari segi keselamatan.. mungkin kerana trauma yang lalu.. namun.. hari ini terpaksa juga dikuatkan hati untuk memandu sendirian melalui jalan-jalan yang terkenal dengan sibuknya..

perjalanan awal pagi.. alhamdulillah.. tiada aral yang melintang.. namun.. perjalanan pulang.. diberi sedikit ujian oleh Dia.. tesasar dari laluan yang sepatutnya.. namun.. hati ini nekad untuk menyerahkan sepenuhnya pada Dia.. dan akhirnya.. Alhamdulillah.. sampai jua ke rumah dengan selamat.. syukur..

kini.. esok dan seterusnya.. masih punya cabaran yang sama.. moga hati ini terus sabar dan tenang menghadapainya..

Saturday, July 20, 2013

~keraguan yang nyata~

Tiba-tiba keraguan menguasai diri..
bila mana memasuki jajahan Kuala Lumpur.. tersekat dalam jem..
mampu ke aku untuk keluar dari comfort zone ak sendiri..
yang selama ini.. semua dilalui dengan relax..
aish..
resah..
peerjanjian yang dibuat tidak mampu ditarik balik..
ak harus nekad.. tuk menjadi manusia yang baru.. manusia yang mampu seiring dengan yang lain.. InsyaAllah.. yang terbaik tuk ak.. melalui perancangan Allah..

Wednesday, July 17, 2013

~Biar Jasad Kita Jauh.. Hati kita tetap satu~

Bismillahirrahmanirahim..

Moga bicara ini diberkati Allah...
Hari ini.. hari kedua terakhir berada di pejabat BBMCK.. 
dan mungkin..ada yang membaca pada hari terakhir.. atau ianya sudah berakhir..

Buat yang sudah maklum.. dan belum..
17/7/2013 genap 1 tahun 16 hari diri ini memegang jawatan Pegawai Latihan dan Sumber Manusia di pejabat BBMCK.. dan ianya merupakan hari terakhir di sini.. 
Diri ini akan mengorak langkah di bidang yang lain pula..
Jadi kesempatan ini ingin digunakan untuk menitipkan kata pada mereka-mereka yang telah mencorak hidup ini selama bersama.

Sebelum..panjang mencoret.. 
terima kasih Allah..
kerana mengurniakan mereka semua dalam kehidupan ini..
moga ianya hingga ke syurga..
terima kasih Mama dan Abah.. 
kerana memberi keizinan atas setiap kemahuan anakmu walau kadang-kadang ada yang bertentangan dengan kehendakmu..

Buat adik-adik kesayangan yang sentiasa bersama saat suka dan duka..
Yam..Mierah.. Ada.. Muna..Chah..Alifah..
well..kak tulis specific sebab ada saat ketika yang hanya kita masing-masing mengalaminya..
buat kamu semua.. terima kasih..dari sudut hati ini..kerana telah bersama, membantu, menggembirakan diri kak.. kadang-kadang..kamu semua menjadi pendengar..kadang-kadang kamu yang menghibur.. dan ada saat ketika.. kehadiran kamu sudah cukup membuat hati ini tersenyum saat berduka..
 Buat adik-adik yang lain.. Thaqifah.. Ct.. Miera Saidi,Tikah.. Syidah, Aki..Ain..Nabielah..Afifah serta geng-geng Kias, Syahir, Dol, Fahmi, Pare, Aliff, Syafiq, Farhan, Riyadh,dan semua yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung..terima kasih kerana telah membantu kak dalam melaksanakan pelbagai program..sungguh.. kehadiran kalian.. amat melegakan hati..
Maaf juga ingin dipohon dari semua.. andai diri ini pernah berkasar dari segi bahasa dan perbuatan.. terlalu mengarah.. atau meninggikan suara..mohon diambil segala yang baik yang pernah keluar dari bibir ini.. dan buanglah sejauhnya sesuatu yang buruk dari diri ini.
Untuk Aqim.. 
Thanx layan karenah kak sepanjang aqim ada di Malaysia hari tu..
thanx sebab bawak jumpa ma, mok dan ayoh (tak ingat aqim pggil gapo..hehe).. InsyaAllah.. ada masa.. kak akan gi melawat lagi..
kenangan kat bukit bakar.. takkan sekali-kali kak lupa..


Buat cikgu-cikgu yang banyak membantu dan mengajar.. 
Sir..Pekan.. abe Jame.. abe Mie..abe Fatah..Darus..abe Syafiq..
TERIMA KASIH yang teramat kerana mempercayai diri ini.. mengajar erti kehidupan..
mengajar cara menghadapi duri-duri dalam perjalan hidup ini..
Terima kasih kerana memberi peluang untuk diri ini membantu kalian semua dalam melaksanakan segla jua aktiviti..
Esp. to Sir and Pekan.. Thanx for "kidnapped" me when i'm really not in a good state that day.
Eventhough its kind of heartbreaking event.. but still.. its wonderful.

Buat adik-adik SSR 2013..
Terima Kasih kerana telah memberi peluang dan ruang kepada kak untuk mencurahkan segala ilmu yang ada..terima kasih sebab sentiasa ada untuk membantu kak bila mana semua sibuk dengan urusan kendiri.
terima kasih kerana telah menjayakan APR 2013, Gotong-Royong Kem Kok Lanas, Turba dan semua program sepanjang kak ada.
Jujurnya.. rindu untuk bersama di kem kok lanas.. saat kita bergotong-royong.. solat jemaah.. dan yang paling best.. tazkirah sorang-sorang.. 
Wae, Ziyad, Ja, Raid, Syami, Pok jat, Asyraf, Kimi, Nabil, Ilhami, Halim,Faiq Fitri, Yusuf, Iqbal, Syahirah, Beaq, Iza, Syaibah, Hani, Nik, Muizzah, Izni, Mimi, Syu, Ainin, Zatul, Raihan, Hasnieda, Hajar, Ashimah, dan yang lain-lain.. (Maaf xtertulis)
Terima Kasih semua..
kak susun 10 jari untuk memohon maaf andai selama kak membantu adik-adik.. ada yang terasa.. ada yang terguris.. jauh di sudut hati.. tiada niat untuk membenci.. tiada niat untuk memarahi.. hanya rasa ingin berkongsi.. nikmat dan hikmah yang diperolehi dari bergelar seorang SUKARELAWAN.

Khas Untuk Fakaruddin..
I know that u're the most person who'll be affected after enun xde..
hahaha.. pesanan.. cuba tambah sikit kesabaran.. dan cuba belajar untuk lepaskan perasaan tu dengan cara membebel benda-benda yang baik.. hehe.. kesian kat k.nah n sarah nanti..
enun tahu din boleh ubah.. din boleh bertahan.. at least if its not for you.. then please do it for k.nah sake..
tapi..kena kurangkan sikit perangai hok ore gere tu..

Khas Untuk K.Nah..
Hope ada yang sudi tunjuk kata-kata ni pada k.nah nanti bila diri ni dah pergi..
K.nah, terima kasih untuk semuanya..
jasa k.nah terlalu banyak untuk enun.. k.nah banyak ajar enun.. banyak bantu enun..
enun tahu.. k.nah sedih..bila enun nk g ni bila mana k.nah berharap enun bertahan lama..
k.nah.. walau dimana saja enun berada.. enun akan ingat k.nah sampai bila-bila.. k.nah tetap ibu, ummi, mak, mama dan sahabat pada enun dalam Briged Bakti..
malah k.nah ibu kami semua dalam Briged ni..
tanpa k.nah..kami tak dapat bayangkan Briged pada hari ni..

Dan Khas Untuk Bos-Bos..
Dato' Razak, Dato' Rusdi, Che Yob, Ayah Haji, En. Aziz, Cikgu Puzi, En. Kamarul, Hj. Lah, En.Zamri,Zakri dan lain-lain...
Terima kasih kerana sudi ambil saya menjadi warga kerja BBMCK.. 
terima kasih kerana sudi bertahan dengan karenah saya..
terima kasih kerana tidak putus-putus mencurah ilmu pada saya..
Sungguh, kalian sangat mengajar saya alam pekerjaan dan dan hidup yang bermakna.. secara langsung atau tidak langsung..
Maaf dipinta andai saya telah menyusahkan semua pihak.. andai ada kerja-kerja yang tidak menyenangkan.. atau kerja-kerja yang tertangguh (yang saya pasti ada..hehe)
The One n Only... Ayah haji... terima kasih sangat-sangat.. kerna telah bagi peluang untuk enun berbakti.. untuk enun mendalami ilmu ayah haji.. unutk enun belajar memahami kehidupan dari perspektif yang berbeza.. Because of it.. i'm in love with "psychology things".

Last But Not Least, Buat kamu..
yang saya pasti.. kamu juga akan turut membaca..
terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya..
sentiasa memberi semnagat tika diri ini lemah
sentiasa "perli' tika diri ini alpa..
sentiasa mendoakan kebahagian bersama..
terima kasih kamu :)

Buat yang sudah berada di KL.. Meni..Fik..Wae..Abe peja.. Abe Mawi..
wait for me k!!! :)

Akhir kata..
moga ikatan kekeluargaan antara kita akan kekal hingga ke syurga..
semoga kita semua sentiasa kekal dalam berbakti..
moga jiwa kita subur dalam mengingati Allah..
moga kita tidak pernah putus untuk menjadi sukarelawan yang terbaik di dunia dan akhirat..

Really love all of u..

~Doakan diri ini agar terus mampu berjalan dan berlari ke hadapan tanpa melupakan setiap yang dilalui..~


- Nur Aienun Binti Abdullah-








Wednesday, November 30, 2011

~The "aura" of FRENZ~


Sedang menemani Laila "memasak" di lab..
terlintas di fikiran...

perasaan apabila berada di lab..dan perlu menyiapkan FYP..
sememangnya bersendirian dan perlu berdiri di atas kaki sendiri..
tanpa manual lab, tanpa groupmate, tanpa arahan..
jujurnya, rasa takut, gelabah..
bercampur baur, sebab terpaksa membuat keputusan sendiri..

DAN.. jujurnya jugak.. dengan kehadiran sahabat-sahabat menemani amatlah membantu..
rasa selamat walaupun they're busy doing their own work..
Dengan kehadiran mereka dah boleh bagi semangat untuk siapkan kerja-kerja yang ada
mungkin itu yang dikatakan the "aura" of frenz.. good frenz:) and good aura..
that's also shown that we can't live alone.. maybe some people can.. but still.. most of us need someone.. untuk membuatkan kita rasa selamat.

So, keep your good aura..spread it.. and you will receive it back.:)

Saturday, October 22, 2011

~Buku @ Book~


Akhirnya~
Perasaan untuk berkongsi rasa menebal membuatkan diri ini sanggup bersengkang mata menghadap notabuku:)
Syukur ALHAMDULILLAH... dengan izinnya, masih lagi mampu untuk bernafas, masih lagi mampu menafsir cerita dan masih lagi mampu menguntum senyum... Alhamdulillah..
hampir berbulan memendam rasa untuk berkongsi cerita.. hanya setakat melakar di awan yang datang dan pergi silih berganti..

Terlalu banyak cerita yang ingin dijadikan sejarah.. sehingga x dapat nak susun yang mana dulu:)..
Cerita pertama yang ingin dikongsi..."buku-buku"

akhirnya, dapat jugak menambah koleksi buku-buku..
sangat gembira dan teruja..memang xdapat dinafikan yang hati ini akan mudah tergoda dengan buku-buku...
antara buku- buku yang mampu dibeli semasa cuti..
Letters to Sam - Daniel Gotlieb dan How to win friends and influence people - Dale Carnegie

Buku-buku yang dibeli sempena Myweek yang semuanya hasil tangan HLOVATE..
~yang dah lama mengidam~
Tunas, Versus, 5tahun 5 bulan, Aa+Bb, Contengan jalanan dan Rooftop rant..

Dan yang terbaru.. masa naik Kl untuk konvo K.lini, Pesta buku terbesar dunia (orang cakap la).. yang ni memang sangat teruja..sebab xpernah pun berkesempatan untuk pergi pesta buku yang besar.. rasa macam masuk xnak keluar jer..heeeheee.. dapat jugak la sambar ThePower- Rhonda Byrne, For one more day-Mitch Albom dan keeping Mum-Bryian Thompsom..

Serius, sangat xdapat nak hilangkan tabiat suka buku ni..orang cakap tabiat ni tabiat baik..harap-harap macam tu la.. banyak benda bermanfaat yang dapat diambil dari setiap ayat dalam buku-buku tu.. insyaAllah..andai ada kesempatan memang akan dikongsi bersama..Rasa cukup la kot untuk tahun ni punya peruntukan..hehe.. kena tunggu bajet kewangan tahun depan pulak..
kalau ada yang nak sponsor..itu lagi canteeekkkk:)


p/s: Sanggup jugak tambah buku walaupun dah tahu tahun terakhir ni kena menghadap buku dan nota-nota yang banyak..plus journal-journal dan thesis.... aish.. memang naik la power mata..hehehe

Tuesday, June 14, 2011

~happy BORNDAY MAMA~


~Allah selamatkan mama...
Allah selamatkan mama...
Allah selamatkan
MAMA tersayang....
Allah selamatkan mama.. ~

today genap mama 45tahun..
maafkan k.de mama, sebab xdapat nak raikan hari lahir mama hari ini..
sebab k.de dah janji lama ngn diorang untuk stay kat hostel..
itu pun dah banyak kali k.de tolak..
maafkan k.de yer ma.

InsyaAllah, k.de balik ni..k.de raikan dengan abah, yah n ariff

to: mama...
SELAMAT HARI LAHIR MAMA..
SEMOGA MURAH REZEKI DAN DIPANJANGKAN USIA..
TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG MAMA PADA KAMI SEMUA...
from: k.de

Monday, May 23, 2011

~Welcome to my WORLD!!!~

Special to my new frenzs..
Asilah and Jannah..

Terima kasih kerna hadir dalam hidup ini..
menjadi warna.. melakar indah sehari-hari..
andai diri ini terlanjur bicara..
maaf dipinta..penyeri bicara..

Hope.. our friendship will be last forever:)

p/s: hehe..jangan tunjuk kt Hafiz..nanti die ngajuk..hehehe


Sunday, May 15, 2011

~dIARI Cuti 2 ~

13/05/11-FridaY

Today, tercapai jugak hasrat aku untuk pergi pasar minggu Wakaf Bharu..

Rasanya hampir jugak 1 tahun lebih dah x pergi pasar…

Pergi sana pun..bukannya ada nak beli apa-apa pun..

Saje jer nak memuaskan hati untuk pergi sana..

at last dapat jugak.. merempit dengan sharil yang baru balik..

sekarang dialah yang akan menjadi drebar sepenuh masa aku…hehehe

Tengahari,

duduk bersantai dengan mama kat pintu belakang umah.. mama tunjuk ke suatu arah..

ular *kardiwak sedang cuba untuk makan katak pisang.. katak tu digigit dibahagian belakang.. dan cuba tuk melepaskan diri.. namun apakan daya si katak..ular tu tetap gagah mengigit..

lumrah alam.. yang lemah akan terus menjadi mangsa.. akan terus menjadi makanan pada yang kuat..

yang kuat.. akan terus berkuasa dan menguasai.. bilakah lumrah ala mini akan berubah??

Persoalannya yang betul.. adakah suatu masa nanti lumrah itu akan berpihak pada yang lemah??

Dan.. apa yang akan berlaku pada hukum dunia andai itu yang terjadi…

Kesimpulannya…. “mama, umah kita ada ular!!!”

~Diari cuti 1~

26/04/11-living room-11.23pm

Saat ini… bertemankan suara-suara di radio.. suara dengkur abah..hehe.. aku dan mama menemani ariff danial menyiapkan homework.. dengan berlinang air mata.. nak tergelak pun ada.. ariff kena salin balik kesalahan-kesalahan yang dia buat dalam subjek sains.. 3 kali untuk setiap soalan.. semua orang yang pernah bergelar kanak-kanak pasti pernah melalui situasi ini.. Cuma beza nya.. tabah ataupun tidak.. ariff ternyata seperti yanglain.. menangis..bukan disebabkan susahnya soalan tu.. tapi.. sebab waktu yang dah melangkau kebiasaannya untuk tidur..dan..kakak yang hanya menemani.. yela, xkan nak tolong buatkan plak..sabar yer ariff..

Rutin harian dirumah sejak ketiadaan tv..tepat jam 10..semua akan senyap menyepi.. kadang-kadang terfikir jugak.. dalam zaman yang semakin laju meninggalkan kita.. apakah tv mampu memberi impak dalam kehidupan seharian.. ternyata.. pemerhatian yang aku buat.. POSITIF.. tv sedikit sebanyak memberi impak dalam kehidupan manusia zaman sekarang..tanpa tv.. kita tidak mengetahui keadaan dunia secara amnya..negara khususnya… segalanya diketahui lewat 2,3 hari dari orang lain..

Tv oh tv.. bila la nak berganti??? Huhuhu…..

Wednesday, May 11, 2011

~memBelajarkan Diri~


Sekarang... self-study, and curi masa ckit untuk share..
hajat dihati nak ambil gmbar persekitaran.. tapi malas dan malu nak ambil gambar..
jadi..amek la gambar sendiri berlatar belakang kan hiasan dalaman INFORMM..
dan penat menelaah S.Typhi.. sampai rasa nak tumbuh flagella all over the body..huhu..
apa-apa pun..semua ni adalah ilmu-ilmu yang sangat berguna.. Jadi AIENUN.. BERSYUKUR laa..

Monday, April 4, 2011

~367~

6/4/2011...
its already 367days for us..
Thanx to Him..
Because makes our love stronger day by day..
but still.. hope that He will guide us in a right path..
Amin...

dan.. pagi ini..aku tekad tuk mengerahkan segala energy untuk stay up..
ganti yang smlm.. tdo bagai nak rak..hehe..
kadang-kadang terfikir..
teruk dah putaran hidup aku..
xsama dengan manusia normal..
aku dah cuba untuk baiki.. tapi..
still sama.. makin worse ad la..
jadi aku ambil keputusan untuk..
teruskan macam ni...
mungkin bila dah start praktikal.. kitaran hidup aku akan kembali normal..
yela..kn bangun awal pagi..
dan kerja sepanjang masa..
mesti penat..
huhu..

harapnye.. xmenggangu metabolism dalam badan..
dan function semua organ.
dan yang paling penting.. emosi..


p/s: thanx sebab ada yang sudi menemani..:)




Sunday, April 3, 2011

~Hari ini hari AHAD!!!~

Xtau nak letak tajuk apa.. hehe..
tapi hari ini..hari yang pelik sikit la dari yang len..
sebab..
ada la sebabnya:)

di awal pagi lagi dah mulakan eksesais..
mengeraskn otot-otot kat lengan.. hehehe..
biasa pakai teknologi semata.. tapi hari ini.. guna dua-dua..
teknologi dengan tradisional..

plan hari ahad..
kejap lagi.. bersama dill n laila nak g menerjah library..
bagus x? hari minggu lepak library..
bagus la jugak cikit-cikit..hakhak..
tapi xtau la berapa jam mampu bertahan kat sana..
hope adalah manfaat yang dapat..

petang.. eksesais lagi.. cuma xpasti apa jenis sukan nak buat..
jog atau badminton..
tengok la macam mane..

malam.. sambung apa yang patut la kot..
study.. sangat banyak yang harus dibaca..
sekarang ni pun dah rasa nebes takut xdapat habis dan xmampu nak faham..
huhu...moga ada kekuatan untuk aku habiskan nota yang berayat tu..

Hope dapat la mengakhiri hari ahad ni dengan hati yang tenang..
dan settle semua kerja..


p/s: perut dah bising xde plan untuk dia hari ini.. hehe.. jom makan!!!





Friday, March 25, 2011

~moOd-ExAm~


Tengah nak menukar mood...
mood biasa->luar biasa..
moga-moga diberi kekuatan untuk menempuh exam kali ni..
moga dapat menikmati nikmat ilmu yang dipelajari..
dan moga ia berkekalan supaya aku mampu untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu ini sekaligus menyebarkan pada yang lain nanti...


"sesungguhnya..insan yang baik adalah yang bermanfaat pada yang lain"

p/s: meja yg xbrape nk terurus..huhu

Wednesday, March 2, 2011

~dIkiR BaRat!!!~

02 march 2011

Today..

1 lagi lembaran hidup aku diwarnai.. DIKIR BARAT!!!!..

Alkisahnye..mahallah talhah 5(merangkap hostel) akan anjurkan GALA NIGHT 2011.. its like SISTER NIGHT jugak la.. Cuma nama jer lain… malam esok.. (03/02/11).. akan ada pertandingan bakat2 terpendam..jadi.. dengan semangatnye Dill cadangkan buat dikir barat.. memandangkan kitorang boleh jer form group dengan sape-sape..cepat-cepat ajak geng-geng yang berpotensi tinggi tuk sertai kitorang..

Ingat nak buat biasa-biasa jer..ketuk baldi..tapi.. sebab ada link naik dengan geng dikir uia.. kitorang dapat pinjam percussion diorang.. gendang ibu, gendang anak, gong, tamborin, n..satu lagi..lupa namanyer..

Nak dijadikan cite..aku diamanahkan main gendang ibu.. memang sangat cuak la.. sebab ak xreti nak main..kalau ketuk jer..laju la..tapi..tu la..dengan bantuan pakar2..aku try jugak la..

Punya susah nk main.. duduk pun kena ada gaya..siap kena suruh duduk elok2..dah la masa tu ramai orang..malu+takut..bergenang jugak la air mata.. salur darah kat muka..xyah cakap la.. memang dah mengembang sangat..semua pun perasaan..hahaha..malu..

Nak x nak kena usaha jugak.. nak tarik diri dari main pun.. tengok ke “awak-awak” semua dah semangat.. memang naik she la orang kata..hehe.. semua pun first time main.. tambah2 bukan budak Kelantan.. lagi la diorang nak try..dengan tengok semnagat diorang tu pun.. dah mampu tuk semangat aku naik..

Esok pagi2 ad training lagi.. hope semua berjalan dengan lancar.. n tuk malam pulak.. hope tuah menyebelahi kami.. at least.. ia akan jadi satu kenangan yang sangat manis tuk aku n geng2.. boleh story mory kat anak cucu..hehehe

Special thanx n gud lux tuk Dill, Laila, Nani, Amalina, Fizah,Che pa, Hikmah, Dila ganu, Dila penang, Nani mho, Nana, Atie, Syikin, Aliaa… n.. tuk guru yang mengajar..

p/s: cuak.. malam ni mesti tangan x berhenti mengetuk:)

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."