Dengan nama ALLAH,
aku mulakan tinta ini kepada kamu,
ya, kamu,
jiwa yg tidak berkait rapat melalui darah daging, namun, jiwa itu yang tersimpul lebih rapi dari yang sepatutnya.. mungkin, saat tulisan ini dibaca kamu, kita mungkin sudah bergelak tawa bersama, atau.. kita mungkin, sudah tidak mampu bereaksi gembira antara satu sama lain.. itu, kesan yang aku tunggu dari pilihan mu.. atas semua yang terjadi, yang pada awalnya, aku tidak mengetahui titik mula, aku tersabit sama, kamu mohon diberi ruang dan masa, untuk memulihkan jiwa dan raga, katanya, kamu malu didepan aku.. dik, semurah itukah kasih sayang yang aku berikan selama ini? serapuh itukah perhatian aku pada kamu? sehingga kamu rasa aku akan mentertawakan semua duka mu? aku cuba untuk tidak dikawal emosi kerna itu.. aku cuba membuang jauh relung di hati.. namun, jiwa mu lebih tegar dik.. tegar membutakan hati dan jiwa untuk berhadapan dengan aku..
cukup, cukuplah rasanya untuk aku mengganggu jiwa dan raga mu, aku akan berhenti mendekati andai itu yg kamu mahu.. aku hanya akan menanti di sini, dalam linangan air mata yang tak terzahir.. aku akan sentiasa mendoakan kamu dengan pilihanmu.. andai sampai saat aku terlalu rindu, aku mohon, doakan aku kembali..
terbanglah setinggi awan, andai itu mampu buat kamu lega, ambillah selama mana masa, andai itu mampu buat kamu bahagia, andai itu mahu mu, aku tidak akan menggangu lagi.
akan aku tunggu disini, dan berdoa, agar kamu sentiasa senang dengan pilihan mu..
aku hanya akan memandang bahagiamu dari jauh, agar duka ku tidak mempengaruhimu,
namun satu pesan ku, andai kamu lelah dengan duniamu, aku sentiasa ada untuk menarikmu ke dakapanku..
aku sentiasa di sini..
~untuk kamu~
~dari kakakmu~