Sunday, December 27, 2009

Luahan hati...

Berjalanlah dgn penuh hrpn walau hidup xslalu bahgia...sedekahkanlah 1 snyuman walau dihati xmampu lg bertahan..belajarlah memaafkn walau diri trluka..brhentilah memberi alasan walau ingin mnyatakan kebenaran..hiduplah dlm iman walau hari dipenuhi godaan..dan brpeganglah pada Allah walau Dia xkelihatan.

Mampukah ak tuk terus berjalan walau kebahagian xmnyebelahi diri..masihkah ak tidak bersyukur dengan ap yang ak ada? sedangkan yang lain penderitaannya lebih hebat dari ini..Ya Allah..ak mudah alpa..ak mudah lupa..dengan ap yang Kau hadiahkan pada ak..

Mampukah ak sedekahkan satu senyuman walau hati ini dilanda tsunami.. senyuman yang mampu tuk mnyejukkan mata yang memandang..atau..adakah ak yang memerlukan senyuman itu tuk mnyejukkan hati ku?..

Kehidupan ini penuh dengan warnanya..penuh dengan mehnah ujiannya.. ak harus tabah..ak harus sentiasa menghayunkan langkah tuk meneruskan kehidupan ini.. walau tiada siapa disisi..walau yang dekat menjauhi..ak harus berdiri.. tegar.. yakin.. yang ak masih punya teman yg Satu....

Andai kata ak tersungkur..masihkah ada seseorg yang sanggup menghulurkan tangan memimpin ku? atau aku dibiarkan hanyut dalan dosaku..

Argh...semakin ligat otak ini mnjalankan tugas..semakin resah hati ini..ap perlu ak teruskan pemikiran aku? atau biarkan saja ia melayang.. sungguh!! ak xpunya jawapan tuk itu.di mana mungkin harus ak gali tuk jawapan yang satu?

DUA NIKMAT YANG TIDAK TERASA

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.
"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.
Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.
Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.
Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)

Thursday, December 17, 2009

MUTIARA KATA

Dunia dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu.
Apabila engkau senang(pada) salah satu (antara) kedua-duanya, maka akan marahlah yang lain
(Saidina Ali r.a.)

Kita akan berasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita
Dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.

Semakin banyak anda mengetahui, maka anda semakin pandai,
Semakin banyak pengetahuan anda, akan semakin banyak yang anda hasilkan.

Orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan,
Tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan.

Diam membawa selamat, sopan santun membawa kemuliaan,
Syukur dan ikhlas membawa tambahan.

Bertaubat ialah beristighfar dengan lidah dan diyakini dengan hati
Serta tidak mengulangi lagi.

Orang yang bertaubat itu kekasih Allah.
Dan orang yang bertaubat daripada dosa itu bagaikan orang-orang yang tidak berdosa.

Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,
dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya.

Sahabat sejati umpama pohon rending tempat kita berteduh.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia
Untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Manusia biasanya lebih mengahrgai sesuatu yang sukar diperoleh
tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia

“SESUNGGUHNYA, ALLAH MEMANG SENGAJA….”

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Menjadi penilai yang baik…

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
Mengharapkan pertolongna Allah…

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA….

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
Kerana mengingatkan kita bahawa dia
Bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
Dan kehidupan kita pada masa hadapan…


Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Mengutip pengalaman yang tak semua orang
Berpeluang mengalaminya…

Memang Allah sengaja meneukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA….

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan oranag yang salah supaya kita lebih
Faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH…

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL..

Wahai sahabat yang kecewa, sengsara dan
Menderita kerana cinta, fahamilah bahawa
Kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tidak pasti
Sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredaan Allah dengan
Melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya
Percayalah sesungguhnya Allah malu
Untuk menolak permintaan hamba-Nya
Yang menadah tangan penuh pengharapan
HANYA kepada-NYA……..

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah akumenjadi sperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dana Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senag rela bersama….

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan….

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta di dunia
Layaklah dia senagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku marah
Ingiku intip serpihan sabar
Daripada catatan hidup Siti Sarah…

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong baynya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapanya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar…

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggukan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah…

Wednesday, December 16, 2009

Untuk yang bergelar "wanita"

"perempuan yg suci adlh perempuan yg dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya....
kerana Allah teramat mencintainya...
tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki, di mana Allah utk menjaga kita?
Allah spt melepaskn kita kpd seseorg mnsia yg lbh byk mengecewakan kita.
jika Allah dtgkn kesedaran dlm diri spya meninggalkan cinta seorg lelaki,bmkna Allah mahu ambil kita kmbali utk dijagaNya.mengapa masih ragu2?
kekuatan usah ditunggu tp harus dicari.
hargailah di ats kesempatan yg Allah berikan...
sebesar-besar dosa adlh dosa yg kita lakukan ktka kita rasa berdosa mlakukannya"
-petikan kata-kata imam Al-Ghazali-

TIDUR YANG PATUT DIBANGUNKAN

1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hamper habis.

2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat.

3. Jika tidur pada sap pertama di dalam masjid.

4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar.

5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh.

6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari.

7. Jika tidur sebelum menunaikan solat fardhu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh.

8. Jika tidur selepas azan.

9. Jika tidur seorang di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh.

10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan wajah yang menghadap ke atas. Di dalam kitab al-Minhaad dinyatakan sebagai makruh.

11. Jika tidur di atas muka(meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah s.a.w apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu. “tidak demikian itu, dibenci Allah dan Rasul-Nya.”

12. Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercikkan air ke mukanya.


p/s:so..siapa2 yang bertemu dengan situasi ni..pandai2 la..hehehe

Thursday, December 10, 2009

amanahku..

apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.." hulwani yahya: Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar..

Tuesday, December 8, 2009

Mata..

Mata memainkan peranan yang penting tuk kita..umum mengetahui nye kan..untuk melihat..untuk mengenali..untuk menilai dan sebagainya..tetapi tahukah kita pandangan mata bukannya satu2 cara tuk menilai sesuatu..

Hari ini adalah hari kedua aku dan rakan2 memasuki sem baru..kelas kedua.. jadi disebabkan semangat yang masih lagi berkobar..our leader ambik masa yang terluang tuk mnyampaikan tazkirah..tentang pandangan..kita , manusia ad 4 pandangan.. pertama pandangan mata secara fizikal,ke2 pandangan akal, ke3 pandangan nafsu dan keempat pandangan mata hati..

Pandangan mata secara fizikal mungkin lebih kepada apa yang kita nampak melalui mata kita..secara kasarnye.pandangan akal..pada pendapat ak..mgkn pandangan logik.. pandangan nafsu?sume pm ak rsa arif ttg pandangan yang satu ni.. akhir sekali pandangan mata hati..pandangan yang paling bagus dan yang paling betul.. pandangan hati yang digabungkan dengan iman pasti akan menampakkan segala kebaikan dan keburukan pada sesuatu yang dilihat..

Thursday, December 3, 2009

observer :)

Hari ni..akhirnye dapat jugak aku tunaikan apa yang ak hajatkan.. nk menderma..derma ap? derma darah..hehehe..aku pm xtau kalau bnda yang berkaitan ngn derma darah ni..mesti aku sangat bersemangat..bagi aku..tu yang mampu aku dermakan tuk orang2 yang memerlukan..aku xde harta,wang atau yang seumpamanya tuk didermakan..jd ni je salah satu cara bg ak menderma.Tp tadi,sakit jugak rsanya..mgkn tangan ni dah bnyak lemak kot..susah nk tembus..sebab tu kena tekan kuat.hahaha..

Dan tadi jugak..ak dapat buat kesimpulan yang ak ad hobi baru..menderma darah..
hehehe..dan..ak suka observe people around me..aku rsa sumea kawan2 ak pm dah tau yang aku suka sangat tgk orang..ops!!jangan salah faham plak..ak tgk tu bukan dari segi fizikal tau..dari mata hati..hakhak..plik x?dh nama pm mata..
Td ak sempat jalankan mission ak..observe orang2 kat kbmall..yela ak g derma darah pm kat sana gak..disebabkan ak pening..ak ambik kputusan tuk duduk je di bangku yg ada..sbb nk berjalan tkut plak tumbang..xde org nk sambut..hjalan2 sorang la katakan..

Balik semula pada pemandangan ak..unik jugak manusia ni sebenarnya..yela realiti nye manusia ni sebaik2 ciptaankan..mestilah unik..macam2 ada..masing2 dengan stail dan cara gaya masing2..yang bujang..gya org bujang..berkeluarga..dengan keluarga mereka, yang berpasangan..emm..sume pm tau mcm mane kan..tetapi yang buak ak terpikir nk menulis ni..bla aku tengok budak2 kecik umur area 2-6 tahun..comel2 je sume nye.. gembira berlari ke sana sini..yela..nma pm bdk kcik kan..diorang xsdar n xtahu ap yang sedang berlaku kat sekeliling..blum baligh..hehehe..

Tba2 terbayang..macam mane kehidupan diorang nanti erk..apa yang akan jadi pada diorang nanti..seorang manusia yang berguna atau pm sebaliknya..entahla..Wallahualam..tu semuanye ditangan Die Yang Maha Esa..tetapi.. kita yang telah ditugaskan untuk mencorakkan nye kan..jadi..itu yang nak ak tekankan..Tanggungjawab kita dalam menghasilkan dan mewarnakan bakal2 pemimpin dunia..yang semestinya untuk kehidupan disana..

sampai sini je la..nak tengok cite seram..

p/s:ni kalau dill baca mesti bebel sebab bahasa aku..hehehe..maaf cikgu..

Hobi ku??.....

Selama ni..aku paling xtau nk jawab apa kalau orang tanya 'apa hobi kamu?'
Sebabnye aku memang xtau apa hobi aku..banyak angat benda yang aku suka buat.. makan,tidur,borak,study pm ak suka buat jugak..pendek kata semua benda la yang ak suka..menulis? tu aku belum pasti lagi..sebab aku orang yang jenis suka monolog.. merangka karangan dalam alam maya je..tp pada realiti nye..aku xtau nk mengarang ap.
Ni kira satu cubaan tuk aku.aku suka bca tulisan orang..karangan orang..teringin jgk nak orang bca ap yang ak tulis..jadi..aku akan tekankan penulisan aku walaupum takde sape pom yang baca..hahahaha..

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."