Wednesday, December 28, 2011

~Farah's Wedding~






Akhirnya...salah seorang ex-naimians merangkap sahabat karib dah pun bertemu jodohnya...
Alhamdulillah.. happy for her..
n sedih jugak.. sebab geng-geng bujang dah kurang sorang:(..
tapi, yang terbaik kukirimkan melalui doa untuk dirinya..

banyak rintangan dalam proses nak menghadiri majlis farah..
at last, dapat jugak kami berkumpul sama-sama, konvoi n meraikan:)..

dan benda yang paling seronok, dapat pillow talk with aizat n ella..
saem kacik naimians.. sejak keluar sekolah, xpernah dapat duduk bersama n bercerita bagai nak rak.. sekali, rancang punya rancang..dapat jugak menghabiskan weekend kat bilik amni.. walaupun masing-masing dihujani bebanan kerja.. tapi still boleh sengih.. bukan setakat sengih.. bergelak ketawa sampai pukul 3 4 pagi.. bercerita punya pasal.. ralat sebab tuan punya bilik xdapat join.. klu x, mesti dah nak pecah tingkap bilik tu dengar suara masing-masing..
serius, sangat-sangat gembira time tu.. sama-sama imbas kembali kenangan muda-muda.. segala *kejahatan* yang pernah dibuat disekolah.. hehe..
membincangkan situasi sekarang..dengan kerja-kerja yang macam xkan habis..
dan most important part, membayangkan masa depan yang kabur.. haha..
soalan-soalan yang basic.." bila turn kita pulak??", "kita akan jadi apa nanti", dan da most tragic..."sempat ke nak bawak pasangan waktu reunion 2015 nant?" haha..
macam-macam yang kami share.. rasa macam nak waktu diberhentikan n kami dapat bercakap tanpa henti..
but, ia mustahil..sebab waktu tidak pernah sedetik pun berhenti..
dan kita..akan terus bergerak..menongkah arus dunia.. mengejar impian masing-masing.. melakar kenangan sendiri..

kenangan demi kenangan kita cipta.. moga kenangan antara kita menjadi antara yang terindah di hati masing-masing..

jauh di sudut hati, aku mendoakan setiap insan yang bernama sahabat.. agar dengan gagah dapat menyusuri jalan yang dipilih..
ella, jat, meni n k.tip, insyaAllah.. Allah dan tetapkan yang terbaik tuk kita.. moga kesabaran kita menghasilkan sesuatu yang indah..amin...

thanx for everything..since 2001 until today..n forever..
maafkan segala salah silap diri ini..
moga persahabatan kita diberkati selamanya..
< love u always..NAOMI >

P/S: terima kasih penaja tempat menapak, makan minum n besi tayar empat...:)

Tuesday, December 20, 2011

~Excited!!~

malam ni sangat excited..
sebab dapat tengok saem hepi:)
dah lama xtengok die bunga-bunga macam malam ni...
hehehe..

dan, sangat excited jugak nak menjalankan experimen..
experimen tentang hati dan perasaan..
sangat qualitative...dan sangat complicated..
walaupun ianya 70% experimen dan 30% perasaan sebenar..
atleast dapat jugak jawapan nye..
its signicant..hehe..
tapi tula..
segala method yang diguna harapnye berbaloi..
dan segala discussion yang telah dibuat.. semata-mata
untuk memberi nasihat dan teladan..
dan juga pengajaran..
tentang erti hidup..hati ..dan perasaan...
atleast..dah tambah koleksi pemerhatian..
dan saem-saem dapat tambah pengajaran dalam hidup..
hope..apa yang dibuat dan disimpul tidak menyimpang:)

p/s: penat sebab terlalu excited..

Friday, December 16, 2011

Perfect Or Not???


Actually it's not that easy to be perfect..
others are tend to put higher expectation on you..
perfect seems to be a burden, problem and seumpamanya..
tapi, tidak mustahil ada yang suka menjadi perfect, dipandang perfect dan segala yang berkaitan dengan nya.. adalah PERFECT...
still, rambut sama kaler, hati lain-lain..
*tapi, macam rambut lain kaler, hati merah jer*hehehe

Kadang-kadang, perfect menjadi satu harapan bagi semua..
sanggup bergadai masa dan tenaga untuk mencapai *perfect* yang diingini..
sanggup melukakan hati sendiri dan orang lain asalkan dia dipandang perfect..

Dan ada juga yang memandang perfect itu sebagai satu tanggungjawab..
pada negara, masyarakat, keluarga dan diri sendiri..
sebuah negara inginkan pemimpin yang perfect.. yang mentadbir negara sejajar dengan keinginan rakyat..
masyarakat inginkan ketua yang perfect yang mampu memberi faedah kepada mereka..
keluarga juga inginkan ahli yang perfect supaya dapat hidup dalam keselesaan dan tidak dipandang hina..
dan.. diri sendiri ingin menjadi perfect supaya dapat berada di tahap yang tertinggi..

Tidak salah untuk menjadi perfect.. tidak salah untuk berada ditahap tertinggi..
malah keinginan itu seharusnya ada dalam diri setiap insan di muka bumi ini..
cuma yang membezakan.. maksud perfect yang ditafsir oleh individu..
usaha yang dilakukan dan juga..yang paling penting.. keizinanNYa

Walau apa pun maksud *perfect* yang ditafsir.. usaha harus setimpal dengan keinginan, harus setimpal dengan kemampuan..dan harus setimpal dengan keadaan sekeliling.
Jangan ada yang dilukai, jangan ada yang dikeji, jangan ada yang disakiti..

Sesungguhnya usaha untuk kebaikan itu baik..

Namun, jangan sampai kita memaksa diri.. pasti sakit jika jatuh sebelum berjaya menaiki tangga..pasti juga kecewa jika harapan menggunung hancur menjadi abu..
jadi, remind yourself that
IT's OK NOT TO BE PERFECT.....

Because perfect or not, as long as people we love are always love us back.. then, it's OK:).
and as long as we love ALLAH, we do everything HE said, leave everything HE hates.. then , it's 100% perfect plus ALLAH will love us back:)...
*semuanya terletak pada pilihan kita..
to be PERFECT or NOT....*

p/s: atleast we're perfect than animal...:P..

Thursday, December 15, 2011

Terima Kasih Teman:)


Semalam.. tepat jam 11, sahabat-sahabat merancang untuk mengadakan suprise besday party..tapi.. akhirnya..x berapa nak suprise.. sebab???
amalina ter'lepas" cakap.. hahaha..
kesian amalina..
apa-apa pun.. terima kasih untuk yang merancang.. Dill..
terima kasih untuk yang datang.. husnul, laila, amalina,fizah, fizah hadzri, dilla ganu, dilla penang, hikmah, chepah, aliaa,nini n xlupa jugak.. tukang bawak dill beli kek.. sera..
thanx..doa-doa kalian sudah cukup buat diri ini..
hati ini sudah cukup berbunga dengan kehadiran kalian disisi..
terima kasih seagungnya...

~23 tahun yang berlalu....~

14/12/11
genap umur ku yg ke-23,
bermula dari meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan sekarang berlari..
dari mengeja A B C.. hingga mengenal universiti..
panjang sebenarnya perjalanan yang telah dilalui..
dan panjang lagi yang bakal dijalani..
namun..dalam saat merenung diri..
sempatkah aku tuk merasa hari lahir yang ke-24??
atau cukup sekadar yang ke 23...

menghitung amalan yang tidak lebih dari jari tangan..
mana mungkin dapat dijadikan bekal disana nanti..

Ya Allah.. andai tahun ini yang terakhir buat ku.. berilah aku kekuatan untuk menghadapMu nanti...
andai aku masih lagi berpeluang untuk tahun yang seterusnya.. berilah aku peluang untuk membaiki segala yang bengkok..
mengindahkan segala yang buruk..

amin..





Friday, December 9, 2011

ANDAI hidup ini kosong....

A: aku nak cakap sesuatu, tapi ko dah xnak dengar..
B: bukan xnak dengar..aku masih mahu mendengar, cuma untuk memberi.. aku...huhuhu
A: ok. aku rasa aku dah xde aim dalam hidup.. aku rasa hidup aku kosong sekarang
B: apa maksudnya tu?
A: entahlah, aku xtau apa yang aku rasakan. x macam dulu..
B: means that..now..you only follow the flow?
A: yup!
B: *sigh*

Terdiam..terkaku..terkejut..
tak tahu macam mana nak menjawab..apa yang perlu aku katakan kembali.. apa yang perlu aku nasihat.. hampir hilang kata-kata bila salah seorang sahabat mengatakan benda ni. dia dah xde aim dalam hidup..xde matlamat dah nak capai.. rasa hidup yang dilalui hari demi hari tu sekadar mengikut arus jer..
YA ALLAH, apa perlu aku lakukan?? serius aku xreti nak menasihati..
hanya satu yang terselit di hati..
"mungkin hubungan antara dia dengan Allah dah makin jauh.."
Dia tidak dapat merasai apa itu nikmat hidup..
dia merasakan diri dia keseorangan..
merasakandirinya tidak akan merasai bahagia..
namun, bila ini yang diutarakan.. perkataan "bukan" sentiasa meniti dibibirnya..
dia bagaikan sudah tidak mahu menerima kata-kata dari kami..

Sahabat.. jujur aku katakan.. aku runsing akan dirimu..
dari dulu sampai sekarang.. berbuih dah rasa mulut untuk berbicara.. memaksa segala neuron-neuron dalam otak bekerja bagi mencari idea untuk setiap masalah mu.. namun, dengan mudah.. segalanya ditepis oleh setiap patah kata-kata mu..
hingga sampai satu saat... aku rasa bagaikan mahu mengalah.. mahu berhenti memberi.. hanya ingin mendengar..

tapi, hati kecil ini, menjerit minta aku menggunkan semua unit dalam otak untuk mencari ayat-ayat yang paling sesuai..yang mampu menusuk kalbu.. yamg mampu meresap ke dalam jiwa mu.. agar kau kembali bersemangat seperti dulu..
Sahabat.. hidup kita ini masih panjang..masih jauh andai diizinkannya..
banyak liku-liku diluar sana yang harus kita tempuhi..
andai kata di saat ini..kau sudah tersungkur dengan hasutan fikiran mu.. bagaimana nanti??
aku tidak mempunyai kata buat masa ini untuk dirimu.. namun aku punya doa yang tidak putus agar kau mampu rapat denganNya kembali..
Sahabat, kembalilah bersemangat!!
Aku tahu kau seorang yang tabah untuk melawan arus dunia...
yang tidak akan mudah hanyut dengan perasaan..
Bersabar lah..sahabat.. saat yang kau nanti pasti akan tiba..
cuma kesabaran mu yang menjadi penentu..
jangan sesekali kau tersungkur dalan penantian mu..

D.E.A.R. Stand for SOMETHING!!


you is what you are..
you have your own way of life..
you have your own opinion..understanding..
everything is in your hand..
thus, believe in your choice..stand for it!!!
otherwise.. your life will be nothing..

But still.. your choice need to be parallel with HIS...
Moga Allah mengurniakan kita ilham untuk merancang kehidupan yang sejajar dengan kehendakNYA...

Tuesday, December 6, 2011

D.E.A.R. Let's change!



Kita hidup di dunia yang penuh warna-warni..
yang penuh ragam..
yang penuh kerenah..
masing-masing punya kehendak dan kemahuan yang pelbagai.
masing-masing mahu diikuti..
namun, hidup ini bukan hak milik kita..
bukan jua hak milik mereka..
namun..hidup ini adalah perkongsian antara kita dan mereka...
segala yang kita lakukan mampu memberi kesan pada yang lain.
begitu juga sebaliknya.
jadi..untuk merasa bahagia, kita perlu memberi kebahagian..
kita perlu cuba untuk mengubah kehidupan kita selari dengan yang keadaan ataupun yang tersayang..dan pasti, keadaan akan selari dengan kehidupan yang kita idamkan..

But, we need to make sure that perubahan yang kita buat juga harus selari dengan ALLAh's Law...

So, let's change from bad to good, from good to better... :)

Sunday, December 4, 2011

~D.E.A.R. Go For It!~


"Close your eyes, open your heart..
Let your beautiful ears hear your heart..
voices it out"

Love yourself better than others,
ignore all the noises,
believe in what your heart said,
and.. GO FOR IT!!

Saturday, December 3, 2011

~D.E.A.R.. Be Happy!~



"Jangan biarkan kesedihan menguasai diri..
menangislah! JIKA PERLU..
moga air mata yang mengalir membawa kesedihan itu pergi..

then, Count your life with smiles:)"

Wednesday, November 30, 2011

~The "aura" of FRENZ~


Sedang menemani Laila "memasak" di lab..
terlintas di fikiran...

perasaan apabila berada di lab..dan perlu menyiapkan FYP..
sememangnya bersendirian dan perlu berdiri di atas kaki sendiri..
tanpa manual lab, tanpa groupmate, tanpa arahan..
jujurnya, rasa takut, gelabah..
bercampur baur, sebab terpaksa membuat keputusan sendiri..

DAN.. jujurnya jugak.. dengan kehadiran sahabat-sahabat menemani amatlah membantu..
rasa selamat walaupun they're busy doing their own work..
Dengan kehadiran mereka dah boleh bagi semangat untuk siapkan kerja-kerja yang ada
mungkin itu yang dikatakan the "aura" of frenz.. good frenz:) and good aura..
that's also shown that we can't live alone.. maybe some people can.. but still.. most of us need someone.. untuk membuatkan kita rasa selamat.

So, keep your good aura..spread it.. and you will receive it back.:)

"hanya DIA"


"bila fikiran mula resah...
hati juga mula gelisah..
tiada yang mampu menghilangkan rasa..
kecuali dengan mengingati NYA...

dek kerna tersilap mengatur jadual harian.. diri bagaikan tidak menentu..
hanya mengikut arus yang berlalu.. dari hari ke sehari..
mana mungkin dapat aku kembalikan masa yang berlalu
mana mungkin dapatku betulkan segala yang berliku
namun, aku percaya semua yang mendatang
ada yang tersirat di sebalik tersurat..
mengharap ada yang memahami
mengharap ada yang mendekati..
tetap jawapan nya satu..
hanya DIA..

Ya Allah, berikan ku kekuatan untuk aku menghadapi hari mendatang... untuk aku memerangi jiwa yang tidak menentu.. moga hari-hari ku yang telah, sedang dan akan berlalu mampu memanfaatkan insan-insan di sekeliling.. Amin Ya Rabb..

Saturday, October 29, 2011

~Dan bila Malam...~


Dan bila malam...
semua tidur, aku pulak yang cerah bijik mata..huhuhu..
memang xdapat nak betulkan dah..
nak xnak..kena follow da flow jer..
tp ikut yang sebenarnya*ikutkatasains*
xbrape ok pun kitaran macam ni..
tu yang buat aku pontang kelas untuk kali ke2 n terponteng sesi bergambar..
xdisengajakan pun..memang xde dalam kamus hidup nak ponteng kelas..
tapi keadaan yang xmengizinkan..
first time rasa huyung yang amat teruk.. sampai kena papah g toilet..
n muntah2..tapi keluar angin jer..memang rasa sentap la diaphagram pagi tu..
lepas subuh, naik katil..terus pengsan..
sedar-sedar..dah sampai waktu kelas pun..
sayang jugak x menghadirkan diri.. 2 topik sekali Dr D ajar..
xpe la..pengajaran..
n mungkin tekanan darah rendah kot..

sebut pasal tekanan darah.. tengahari tu mintak lai belikan lunch n lauk hati.. *bajetnaknaikkantekanandarah*
tapi..tengok-tengok pedal yang dia amek..
nak guling-guling gelak rasanya.. die tertukar pedal dengan hati..hahaha..
adui la lai...

p/s: syukur Alhamdulillah ada rumet2 yg terbaik.. Dill kejutkn subuh.. Fizah tolong papahkan g toilet n Lai belikan lunch.. terima kasih sahabat-sahabat tersyang :)

Monday, October 24, 2011

*X produktiF*

*sigh*...
Walaupun xbaik sangat mengeluh..tapi itu yang dirasa 2 hari ni..
xproduktif langsung..huhu..
*terjelepok* jer atas katil..
pandang kanan dinding..
pandang kiri..kerja menimbun..
pandang atas..
terus tutup mata..
*sigh*...

Saturday, October 22, 2011

~Count on me~


If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friend
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

p/s: khas untuk sahabat-sahabat, yang jauh dan yang dekat :)

~Buku @ Book~


Akhirnya~
Perasaan untuk berkongsi rasa menebal membuatkan diri ini sanggup bersengkang mata menghadap notabuku:)
Syukur ALHAMDULILLAH... dengan izinnya, masih lagi mampu untuk bernafas, masih lagi mampu menafsir cerita dan masih lagi mampu menguntum senyum... Alhamdulillah..
hampir berbulan memendam rasa untuk berkongsi cerita.. hanya setakat melakar di awan yang datang dan pergi silih berganti..

Terlalu banyak cerita yang ingin dijadikan sejarah.. sehingga x dapat nak susun yang mana dulu:)..
Cerita pertama yang ingin dikongsi..."buku-buku"

akhirnya, dapat jugak menambah koleksi buku-buku..
sangat gembira dan teruja..memang xdapat dinafikan yang hati ini akan mudah tergoda dengan buku-buku...
antara buku- buku yang mampu dibeli semasa cuti..
Letters to Sam - Daniel Gotlieb dan How to win friends and influence people - Dale Carnegie

Buku-buku yang dibeli sempena Myweek yang semuanya hasil tangan HLOVATE..
~yang dah lama mengidam~
Tunas, Versus, 5tahun 5 bulan, Aa+Bb, Contengan jalanan dan Rooftop rant..

Dan yang terbaru.. masa naik Kl untuk konvo K.lini, Pesta buku terbesar dunia (orang cakap la).. yang ni memang sangat teruja..sebab xpernah pun berkesempatan untuk pergi pesta buku yang besar.. rasa macam masuk xnak keluar jer..heeeheee.. dapat jugak la sambar ThePower- Rhonda Byrne, For one more day-Mitch Albom dan keeping Mum-Bryian Thompsom..

Serius, sangat xdapat nak hilangkan tabiat suka buku ni..orang cakap tabiat ni tabiat baik..harap-harap macam tu la.. banyak benda bermanfaat yang dapat diambil dari setiap ayat dalam buku-buku tu.. insyaAllah..andai ada kesempatan memang akan dikongsi bersama..Rasa cukup la kot untuk tahun ni punya peruntukan..hehe.. kena tunggu bajet kewangan tahun depan pulak..
kalau ada yang nak sponsor..itu lagi canteeekkkk:)


p/s: Sanggup jugak tambah buku walaupun dah tahu tahun terakhir ni kena menghadap buku dan nota-nota yang banyak..plus journal-journal dan thesis.... aish.. memang naik la power mata..hehehe

Wednesday, October 12, 2011

Teramat RINDU...

~Sangat rindu nk mengolah kata..
namun realiti menyekat diri..
akan dicari kesempatan walau sesaat..~

Monday, August 29, 2011

~Selamat Hari Raya Eid Fitri~

Selamat hari raya!!!!
semoga kita semua diberkati ALLAH.. Ameenn..

Pengumuman raya yang diumum di kaca tv membuatkan mercun meletup-meletup di sekeliling rumah.. nak dimarah, anak orang..aish.. sabar je laa..

pengumuman itu juga menandakan berakhirnya Ramadhan, bulan yang penuh berkat..
bagaimanakah Ramadhan ku kali ini?? lebih baik atau makin merudumkah prestasiku??
hanya Allah yang mampu menilai.. diharapkan segala amalan pada bulan ini dapat aku teruskan dibulan-bulan yang akan datang.

Raya esok?? moga kecerian dan kebahagian mewarnai ruang rumah ku..
mama..abah..abe..kakak..k.ngah..bibi..sharil..yah..arif.. k.na..arif..
"selamat hari raya..maaf yang tulus dari hati"


Monday, August 8, 2011

~antara DUA jalan~



Antara dua jalan... kiri atau kanan??
mana satu harus ku pilih??
mana satu harus ku lalui??
argh!!
bukan xpernah aku lalui saat seperti ini.. berkali-kali..
malah acap kali.. namun, kali ini, pilihan yang agak sukar harus aku buat..
pilihan yang bakal menentukan masa depan aku..
yang akan menentukan arah tuju hidup aku..
kiri ke kanan??
kiri ke kanan??
kanan ke kiri??

ya Allah ya tuhanku..kurniakan lah aku ilham agar dapat aku simpulkan kesimpulan ini..
agar aku dapat putuskan keputusan hidup... amin...

Sunday, August 7, 2011

~DIARI RAMADHAN 2011~

Sudah 7 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa di bulan Ramadhan yang merupakan kewajipan keatas setiap Muslim… maka genap juga 7 hari aku bersama-sama keluarga berteraweh. Tahun ni, tahun pertama setelah 10 tahun aku dapat berpuasa cukup sebulan di rumah sendiri yakni kampung halaman aku.. disebabkan perubahan cuti bagi majority university, dapat juga aku merasakan saat ini. Setiap perubahan yagn dilakukan pasti ad kebaikan dan keburukan.. Ternyata, bagiku jua ada baik dan buruknya berpuasa sebulan di rumah.. yang baik pastinya duit poket dapat dijimatkan sebab aku dah xpayah nak bersusah payah membeli juadah berbuka dan bersahur, malah tenaga tuk itu juga dapat dijimatkan..namun, aku akui, perasaan berpuasa jauh dari keluarga sudah tidak ada. Berpuasa bersama-sama sahabat tersayang.. sama-sama buat perangai pelik menjelang Ramadhan.. aku juga akui peluang untuk mendengar ceramah juga terbatas, malah untuk mendengar ceramah di tv juga payah… ralat rasa hati ini.. namun, jiwa yang dahagakan makanan rohani ini dapat diisi andai aku tahu cara yang sebetulnya.. tahukah aku???? Itu yang menjadi persoalan….

Selama 7 hari berteraweh bersama orang-orang kampung.. ternyata ada juga bezanya.. surau di kampung yang hanya dipenuhi oleh orang dewasa yang berumur sekitar 45 tahun ke atas. Agak sukar untuk mata ini melihat anak remaja.. ke manakah mereka?? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Malah suasana juga lain, memandangkan kebanyakannya dewasa, maka caranya juga lain dari yang biasa aku rasa.. contohnya, dalam saf, masing-masing hanya nak duduk atas sejadah sendiri, dan tidak berinjak merapatkan bahu. Meninggalkan jurang yang agak besar.. Serba salah rasa hati, mahu ditegur, dikatakan tidak selesa sembahyang rapat-rapat dengan orang, tidak ditegur, aku pulak yang bercelaru dalam hati…sudahnya diam sahaja.. tapi, jauh disudut hati ini, akan akku usulkan supaya situasi ini dapat diubah supaya mengikut yang sebetulnya.

Cuti ini juga, ada kejutan buat keluargaku…Teman k.ngah menghantar rombongan merisik sekaligus bertunang.. majlis pertunangan yang agak ringkas namun berjalan lancar. Setelah semua sepakat, insyaAllah, andai tiada aral melintang, rumah kesayanganku ini akan bertukar wajah awal tahun depan. Dan aku???hehehe, biar masa yang menentukan.. andai ada jodoh ada lah rezeki ku..


p/s: rasa nak cadangkan supaya sejadah tu dikecilkan..hehehe

Friday, July 22, 2011

~hatiku milikmu~

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

p/s: dengar..dan tiba-tiba terpaut..

Thursday, July 14, 2011

~happy Bornday DIK~

Happy bornday Dik..
Walaupun akak tahu..hari kejadian telah jauh pergi..
namun, izinkan diri ini untuk mengutus doa pada adik..
Selamat hari lahir..
moga dimurahkan rezeki..
moga dipanjangkan umur..
moga segala yang dirancang oleh mu sejajar dengan yang ditentukan NYA..
amin..

maafkan diri ini..kerna sejujurnya..
akak lupa tarikh tu..
i'm really sorry dear:(
04/07

p/s: akak dah save dlm phone:) harap2 xlupa dah..

Wednesday, June 29, 2011

~Alhamdulillah~








Alhamdulillah..syukur separuh pekerjaan hari ini telah pun diselesaikan.
presentation mini project dah pun berakhir..
dengan jayanya??? itu semua terletak pada penilaian yang mendengar..

Hari ini juga merupakan hari kedua terakhir buat sahabat-sahabat praktikal dari UMT..
Jannah, Asilah dan Hafiz..
Dan seminggu lagi masa untuk aku dan Fathi memenuhi ruang INFORMM..
Walaupun singkat masa yang dikurniakan untuk bersama.. namun segunung kenangan telah tercipta..masa serius belajar..serius dimarahi.. dan serius bergelak ketawa...
kenangan demi kenangan yang dicipta.

Andai kalian membaca warkah ini.. ingatkah kalian bait-bait yang diutarakan oleh Dr??
amanat-amanat beliau yang harus kita ambil berat..
"we need to improve our behavior as a student, improve our personality as well as increase our curiousity toward knowledge"

andai saat ini kalian meniti huruf-huruf yang ada.. masih ingatkah kalian tentang isu-isu yang selalu kita bincangkan?? :) setiap yang terjadi masih kukuh dalam ingatan ini sejak hari pertama kita menjalinkan ukhuwwah..

Jutaan penghargaan dari diri ini untuk kalian kerna telah menambah pengajaran-pengajaran hidup buat tatapan kemudian hari.
Moga ukhuwwah yang terjalin akan terus tersimpul..
dan diri ini akan sentiasa ada untuk kalian.

Special Thanx to Jannah, Asilah, Sarifah, Hamiza, Raihan, Hafiz and Fathi.

p/s: Kalian didepan mata.. menyumbang senyuman buat diri ini melakar warkah buat kalian..:)

Thursday, June 23, 2011

~Jalan Cinta MenujuNYa~


Semoga jalan cinta menujuNya yang dirancang selurus yang ditentukanNya..

"Dalam diam ku mencari
Dalam diam ku menanti
Moga yang dicari menepati
Moga yang dinanti diberkati"

~Tok Selehor + Suluk~


21-23hb 6 ni aku ada join satu kem.. kem kembara iman
kem ni khas untuk 39 orang peserta dari sekolah SMK Chiku 2.
kenapa khas? sebab mereka ni terdiri dari budak-budak 'high risk' sekolah.
Cikgu-cikgi yang pilih diorang dtg join program ni..
Niatnya, yang paling utama.. nak sedarkan diorang balik..
sebenarnya bukan directly sedarkan mereka, cuma kami sekadar menyediakan medium untuk mereka tahu mengapa, kenapa, bila dan bagaimana cara untuk mereka sedar.
sedar atau tidak..tepulang pada mereka..

Untuk kem kali ini, sir dan lain2 cuba untuk guna strategi baru..
tidak lagi menggunakan pendekatan yang garang.. tapi pendekatan yang lebih ilmiah..lebih Islamik..

hipotesis yang dibuat..budak-budak high risk ni.. kadang-kadang diorang xtakut pada ibu-bapa, guru-guru malah xtakut pada Pencipta diorang.. tapi, ad 1 benda yang diorang takut.. benda-benda mistik.. terlintas difikiran aku.. mengapa dan kenapa benda ni terjadi??
xsepatutnya berlaku.. sebab diorang lebih takut hantu dari Allah??? nauzubillah..

Dari segi luaran, diorang nampak baik.. nampak kudus je.. if dari luaran mereka.. memang xkan dapat kita relatekn dengan apa yang disampaikan oleh cikgu-cekgi diorang.. tapi tu la.. lumrah hidup.. Don't judges a book by it's cover only:)..

kena selidik n tengok dulu cara gaya mereka.. baru boleh buat penilaian.. n keputusan yang dapat aku buat.. memang sangat berbeza luaran dan dalaman mereka..
degil yang amat..menjawab xtentu pasal.. buat muka.. semua la.. tu xtermasuk lagi *dosa2* yang kitorang suruh diorang tulis..

Jujurnya, pendapat aku sendiri.. kalau difikirkan balik, kita xboleh nak meletakkan 100% kesalahan pada budak-budak ni.. sebab.. ada perkara lain yang menambah perisa kehidupan mereka... persekitaran, keluarga,kewangan dan juga rakan sebaya... 4 perkara ni memang sangat-sangat mempengaruhi.. jadi..kita seharusnya memastikan dulu which one yang menjadi main donor untuk masalah diorang.. dari situ, baru la boleh pk cara nak treat mereka ni..

Dan, semalam juga aku mengajak jannah n ifah untuk turut merasa keadaan dalam SULUK..apa khasnya SULUK ni?? Suluk ni, mengikut penerangan penjaga tempat tu, Abe Za, adalah tempat beribadah untuk Tok Selehor.. Beliau akan masuk n duduk tempat tu untuk beberapa hari..tujuan?? untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga tempat untuk mengingati mati sebab Suluk tu di dalam tanah perkuburan..
Suasana dalam tu?? memang agak mengerikan bagi orang yang xberapa suka gelap macam aku.. waktu pertama kali masuk pun, sekadar duduk dekat tangga jer.. tapi still tutup pintu..jadi gelap tetap gelap..

Kali ini, aku xdapat nak bagi full commitment memandangkan kem ni berlangsung weekdays..jadi memang terang-terang la xleh full..keje kot:)

aku n yam sepakat nak berulang dari tok selohor ke kb.. jauh x jauh.. lenguh jugak la kaki aku brek..hehe..'even aku hanya co-pilot'..cuak la..jammed yang amat dekat tempat biasa,
palo retok.huhu.. hari pertama berulang, xde masalah.. hari kedua beulang tu yang masalah..

masalahnye bukan pada kitorang.. tp pada kenderaan kitorang..
nak dijadikan cerita.. yam park her car betul-betul depan bangunan tempat dia keje.. n petang semalam, ribut kuat yang amat, sampai boleh jatuhkan simen/ bata yang ada kat atas bangunan tu betul-betul atas atap kereta yam.. remuk?? of course la..
serius x serius pun, aku agak 4 digit jugak habis klu nak dibaiki... sebab atap kereta tu memang kena ganti baru.. bonet depan..remuk jugak cikit.. n bonet belakang pun ad masalah..

Confirm kepala yam akan sangat dan teramat serabut fikir pasal ni.. tapi bagi aku.. itu bukan kesalahan yam 100%.. banyak faktor lain yang menyumbang dalam accident ni.. struktur bangunan tu x stabil.. xsepatutnye bangunan yang dihuni baru beberapa tahun, dah jadi macam tu.

Aku yang tukang fikir xbergaji ni pun rasa serabut.. sebabnya we are dealing with people yang xbrape boleh menerima pendapat/ pendangan/nasihat orang lain..
n.. juga yang teramat payah nak toleransi... jadi kena pikir cara yang sangat-sangat berhemah.. cuma..ilham tu xde lagi..

Doa aku, semoga Yam tabah menghadapi dugaan yang tempuhi.. Sungguh! Allah amat sayangkanmu dik... dan semoga segala urusan yam dipermudahkan.. amin..

SABAR ITU INDAH DIK!!...


p/s : rasa macam nak amek minor psychology jer...:)

Wednesday, June 22, 2011

~Kaulah Segalanya~


Happy Father's Day!!!
to my dearest n only ABAH..
En. Abdullah bin Ismail..

Terima kasih atas pengorbanan abah selama ini..
Terima kasih atas ajaran abah pada kami..
Terima kasih atas kasih sayang abah yang tidak bertepi..
Maafkan kami..kerna selalu mengguris hati kecil abah..
luaran..abah seorang yang tabah..
namun, kami tahu..dalaman abah.. serapuh intan permata..
abah mampu untuk menyembunyikan semua itu dari kami..
supaya kami tidak gundah gulana..
segala penat jerih abah..
akan kami cuba sedaya upaya untuk "mengelapnya"

Terima kasih untuk segalanya ABAH...

p/s: entry yang sepatutnya lagi awal dikeluarkan:)

Thursday, June 16, 2011

~Hadirnya Tanpa Diduga~


Tepat jam 12 tengahari 15/6/2011, aku mendapat khabar berita dari seorang sahabat.. Junior merangkap sahabat kami telah kembali ke rahmatullah… Terkejut!! Itu reaksi aku bila mula-mula mendengar berita itu.. Al-Fatihah…

Terbayang di kotak minda..kenangan-kenangan bersama arwah.. walaupun hanya sekelumit.. namun cukup beerti buat aku mengenali arwah yang aku anggap sahabat dunia akhirat.. Sungguh.. hadirnya kematian tidak dapat diduga..bila??bagaimana?? dimana?? Dan dengan siapa..tidak dapat kita pastikan.. Segalanya telah termaktub ditanganNYA..

Kejadian hari ini, membuatkan ku mencari sudut sepi untuk bermuhasabah.. bila masa yang telah ditetapkan unutk ku? Setahun? Sebulan? Sehari? Atau sesaat lagi.. Sudah siapkah aku untuk menghadapi saat itu?? Cukupkah bekalan-bekalan yang perlu dibawa..

Ya Allah.. sungguh diri ini kerdil disisiMu.. terasa amat jauh jarak aku denganMU.. mampu kah aku Ya Allah?? Mampukah aku sujud depan MU dengan bekalan yang cukup?? Sungguh aku alpa tentang semua ini..aku hanyut dengan dunia ciptaanku… Ampunkan ku Ya Allah… Berilah aku peluang untuk menebus segala kesilapanku…untuk aku baiki kesilapanku dengan segala pancaindera yang telah dikurniakan ole MU…

p/s: moga roh sahabatku Mohd Adhameruddin dicucuri rahmat.. amin…

Tuesday, June 14, 2011

~happy BORNDAY MAMA~


~Allah selamatkan mama...
Allah selamatkan mama...
Allah selamatkan
MAMA tersayang....
Allah selamatkan mama.. ~

today genap mama 45tahun..
maafkan k.de mama, sebab xdapat nak raikan hari lahir mama hari ini..
sebab k.de dah janji lama ngn diorang untuk stay kat hostel..
itu pun dah banyak kali k.de tolak..
maafkan k.de yer ma.

InsyaAllah, k.de balik ni..k.de raikan dengan abah, yah n ariff

to: mama...
SELAMAT HARI LAHIR MAMA..
SEMOGA MURAH REZEKI DAN DIPANJANGKAN USIA..
TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG MAMA PADA KAMI SEMUA...
from: k.de

Friday, June 10, 2011

~Berehat~

Sudah lama rasanya tidak melawat dunia ni..
Hari ini..hari berehat sedunia.. setelah seminggu bertungkus-lumus bekerja..
minggu yang agak penat.. balik umah.. cakap kat mama..
"mama..penat la hari ini..banyak kerja.."
mama jawab
"ala..masa xde kerja pun..cakap penat.. masa bnyak kerja pun.. penat jugak..
hehehe..tersengih sendiri, ada betulnye kata-kata mama tu..
rungutan demi rungutan keluar dari mulut..
adakah aku betul-betul maksudkan rungutan tu??
tertanya-tanya pada diri sendiri..
jujurnya, aku sangat suka bekerja..aku sangat suka untuk menggunakan tenaga yang ad bagi menyelesaikan sesuatu..jadi bagi aku..
rungutan-rungutan yang meniti dibibir, hanyalah satu cara untuk aku mula berkongsi seharian aku pada mama..heeeee..
unik kn?? itu salah satu cara ak berkongsi.. nak cerita terus terang..malu..hehe

Jadi, hari ini..berehat bersama yang tersayang..:)
menemani dan ditemani..
Dekat tapi jauh..
thanx=)

p/s: Syukur dan thanx to Allah..kerna mengurniakan ilham kepada manusia untuk memanfaatkan ilmu-ilmu mereka dengan menciptakan teknologi-teknologi yang ada..hehe

Tuesday, May 31, 2011

~Flowers are RED!!~

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"


Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one


~Lagu yang mempunyai makna yang tersirat..

Orang dewasa seperti ibubapa, guru-guru dan saudara-mara lah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak kecil yang baru mula mengenal dunia.. andai putih warnanya, maka putih la jadinya.. andai hijau warnanya, maka hijau la jadinya.. Semua nya tertakluk kepada bagaimana cara orang-prang dewasa ini mewarnakannya.. dan yang paling penting.. Dengan apa mereka warnakan.. Kanak-kanak yang meningkat dewasa secara langsungnya akan menuruti segala yang diajar.. jadi.. yang perkara yang paling penting...

Orang-orang dewasa yang menggalas tanggungjawab besar ini.. haruslah bersiap sedia dengan peralatan-peralatan yang secukupnya.. agar tidak cacat lukisannya nanti. Pengetahuan am, agama, intelek,rasional, bertimbang rasa dan juga kasih sayang.


p/s: song by Zain Bikha... lets prepare dear:)

Monday, May 23, 2011

~Welcome to my WORLD!!!~

Special to my new frenzs..
Asilah and Jannah..

Terima kasih kerna hadir dalam hidup ini..
menjadi warna.. melakar indah sehari-hari..
andai diri ini terlanjur bicara..
maaf dipinta..penyeri bicara..

Hope.. our friendship will be last forever:)

p/s: hehe..jangan tunjuk kt Hafiz..nanti die ngajuk..hehehe


~M.I.N.E~

Biar jarak yang memisah..
Biar waktu yang menentu..
Andai harapan dan tekad menjadi satu..
Doa dan semangat menjadi penentu...

BE STRONG DEAR!!!

~De hearty~

Tanpa kata yang berbunyi..
Tanpa lagu yang dinyanyi..
Kenangan kita.. akan tersemat di hati..
Moga yang baik, berulang kembali...
yang buruk dibuang sepi..
Sekalung doa ku utus, ikhlas dari hati...
Moga kebahagian yang dicari..
Mewarnai diri mu..

~ikhlas dari ku~

Thursday, May 19, 2011

~Seutas NYAWA~

Masih ada setengah jam sebelum aku menamatkan kerja untuk hari ini..
Saat-saat yang berlalu seakan-akan terlalu perlahan...
kerna aku..hanya menunggu..menunggu dan terus menunggu..
Harapan yang menggunung sebelum minggu ketiga aku berakhir..
semoga minggu keempat yang bakal dilalui..
lebih berwarna..

Sekarang..kurang dari setengah jam sebelum aku mengharungi arus badai yang dicipta..
Arus yang mampu memudahkan perjalanan dan juga mampu menelan tanpa belas..

Setiap pagi dan petang aku harus melalui jalan-jalan raya yang tidak pernah lengang..
yang tidak pernah sunyi..
andai tersilap langkah.. tergadai nyawa..

NYAWA yang ku rasakan bagai seutas rantai..
cantik, berharga namun rapuh..
andai tidak dijaga atau mungkin lalai..
maka seutas rantai akan berderai...
sama seperti nyawa..
andai ia dipandang sepi..
maka ia akan berlalu pergi..
pergi yang tidak mungkin akan kembali...

Moga-moga perjalanan harianku dilindungi..amin..

Sunday, May 15, 2011

~dIARI Cuti 2 ~

13/05/11-FridaY

Today, tercapai jugak hasrat aku untuk pergi pasar minggu Wakaf Bharu..

Rasanya hampir jugak 1 tahun lebih dah x pergi pasar…

Pergi sana pun..bukannya ada nak beli apa-apa pun..

Saje jer nak memuaskan hati untuk pergi sana..

at last dapat jugak.. merempit dengan sharil yang baru balik..

sekarang dialah yang akan menjadi drebar sepenuh masa aku…hehehe

Tengahari,

duduk bersantai dengan mama kat pintu belakang umah.. mama tunjuk ke suatu arah..

ular *kardiwak sedang cuba untuk makan katak pisang.. katak tu digigit dibahagian belakang.. dan cuba tuk melepaskan diri.. namun apakan daya si katak..ular tu tetap gagah mengigit..

lumrah alam.. yang lemah akan terus menjadi mangsa.. akan terus menjadi makanan pada yang kuat..

yang kuat.. akan terus berkuasa dan menguasai.. bilakah lumrah ala mini akan berubah??

Persoalannya yang betul.. adakah suatu masa nanti lumrah itu akan berpihak pada yang lemah??

Dan.. apa yang akan berlaku pada hukum dunia andai itu yang terjadi…

Kesimpulannya…. “mama, umah kita ada ular!!!”

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."