Sunday, January 29, 2012
Saturday, January 28, 2012
~FYP-Off DAY~
Disebabkan hari ni sabtu dan lab assistant majority ada training..
jadi hari ini FYP-off day.. 1 hari yang xperlu buat FYP..:)
So, Dilla dan Aimi merancang untuk *berjimba*
release tension..termasuk aku sekali..
"w'pun aku xstress mana lagi..hehehe"
plan yang pertama: if x hujan, akan ke air terjun pancing untuk mandi-manda..
plan kedua: if hujan, akan ke cherating untuk makan kepok lekor, satar n main-main kat pantai...
Disebabkan pagi-pagi lagi hujan dah mencurah-curah.. jadi automatiknya plan pertama batal.
plan kedua bermula jam 11 pg..
perjalanan yang mulanya hanya nak ke cherating, berlanjutan..
dari uia kuantan -> singgah lab food KAHS
masjid kg. chenor -> singgah solat zohor
kemaman -> lalu jer:)
pantai kemasik -> photoshot sambil dengar pakcik2 karaoke
kedai kopi Hai Peng -> yang orang kata famous.. memang terbukti.. sebab sangat penuh dengan pelanggan sampai kena tunggu turn untuk duduk.. singgah la walaupun tuk minum jer..
masjid kg. geliga -> singgah solat asar
cherating -> beli kepok lekor (ni yang tujuan asal..hehe)
majid uia ->singgah solat maghrib
rumah Dr. Mustaphizur -> melawat sambil bagi kepok:)
last sekali, Megamall -> niat dihati nak beli A4 paper..tapi sebab panjang sangat beratur.. malas dah.. tukar beli paratha untuk dinner..
dan.....akhirnya check in T52.12
nak kata penat, xterasa sangat, sebab bukan aku yang drive..
cuma penat perut, asyik makan jer..
yang pasti, seronok sebab dapat berjalan menghirup udara luar UIA dan menghayati ciptaan Allah swt.. walaupun geng2 yang lain xde.. tapi stil rasa seronok..
konklusi untuk perjalanan hari ini,
"bermusafir lah walau sebentar untuk kita refresh balik fikiran dan hati..
untuk kita menghayati dan menikmati kurniaan Allah..
dan juga untuk mengeratkan lagi silaturrahim..."
Semoga, dimasa hadapan, masih lagi dikurniakan kesihatan dan peluang untuk bermusafir walau sejengkal:)
juga dikurniakan kesempatan bersama geng2 yang lain untuk berjalan-jalan!!!
p/s: walaupun xbuat FYP..tapi still duk fikir2 jugak.. kuat betul penangang FYP ni...
Friday, December 16, 2011
Perfect Or Not???

others are tend to put higher expectation on you..
perfect seems to be a burden, problem and seumpamanya..
tapi, tidak mustahil ada yang suka menjadi perfect, dipandang perfect dan segala yang berkaitan dengan nya.. adalah PERFECT...
still, rambut sama kaler, hati lain-lain..
*tapi, macam rambut lain kaler, hati merah jer*hehehe
Kadang-kadang, perfect menjadi satu harapan bagi semua..
sanggup bergadai masa dan tenaga untuk mencapai *perfect* yang diingini..
sanggup melukakan hati sendiri dan orang lain asalkan dia dipandang perfect..
Dan ada juga yang memandang perfect itu sebagai satu tanggungjawab..
pada negara, masyarakat, keluarga dan diri sendiri..
sebuah negara inginkan pemimpin yang perfect.. yang mentadbir negara sejajar dengan keinginan rakyat..
masyarakat inginkan ketua yang perfect yang mampu memberi faedah kepada mereka..
keluarga juga inginkan ahli yang perfect supaya dapat hidup dalam keselesaan dan tidak dipandang hina..
dan.. diri sendiri ingin menjadi perfect supaya dapat berada di tahap yang tertinggi..
Tidak salah untuk menjadi perfect.. tidak salah untuk berada ditahap tertinggi..
malah keinginan itu seharusnya ada dalam diri setiap insan di muka bumi ini..
cuma yang membezakan.. maksud perfect yang ditafsir oleh individu..
usaha yang dilakukan dan juga..yang paling penting.. keizinanNYa
Walau apa pun maksud *perfect* yang ditafsir.. usaha harus setimpal dengan keinginan, harus setimpal dengan kemampuan..dan harus setimpal dengan keadaan sekeliling.
Jangan ada yang dilukai, jangan ada yang dikeji, jangan ada yang disakiti..
Sesungguhnya usaha untuk kebaikan itu baik..
Namun, jangan sampai kita memaksa diri.. pasti sakit jika jatuh sebelum berjaya menaiki tangga..pasti juga kecewa jika harapan menggunung hancur menjadi abu..
jadi, remind yourself that
IT's OK NOT TO BE PERFECT.....
Because perfect or not, as long as people we love are always love us back.. then, it's OK:).
and as long as we love ALLAH, we do everything HE said, leave everything HE hates.. then , it's 100% perfect plus ALLAH will love us back:)...
*semuanya terletak pada pilihan kita..
to be PERFECT or NOT....*
p/s: atleast we're perfect than animal...:P..
Friday, December 9, 2011
D.E.A.R. Stand for SOMETHING!!

you have your own way of life..
you have your own opinion..understanding..
everything is in your hand..
thus, believe in your choice..stand for it!!!
otherwise.. your life will be nothing..
But still.. your choice need to be parallel with HIS...
Moga Allah mengurniakan kita ilham untuk merancang kehidupan yang sejajar dengan kehendakNYA...
Tuesday, December 6, 2011
D.E.A.R. Let's change!

Kita hidup di dunia yang penuh warna-warni..
yang penuh ragam..
yang penuh kerenah..
masing-masing punya kehendak dan kemahuan yang pelbagai.
masing-masing mahu diikuti..
namun, hidup ini bukan hak milik kita..
bukan jua hak milik mereka..
namun..hidup ini adalah perkongsian antara kita dan mereka...
segala yang kita lakukan mampu memberi kesan pada yang lain.
begitu juga sebaliknya.
jadi..untuk merasa bahagia, kita perlu memberi kebahagian..
kita perlu cuba untuk mengubah kehidupan kita selari dengan yang keadaan ataupun yang tersayang..dan pasti, keadaan akan selari dengan kehidupan yang kita idamkan..
But, we need to make sure that perubahan yang kita buat juga harus selari dengan ALLAh's Law...
So, let's change from bad to good, from good to better... :)
Sunday, December 4, 2011
Saturday, December 3, 2011
Wednesday, June 29, 2011
~Alhamdulillah~




presentation mini project dah pun berakhir..
dengan jayanya??? itu semua terletak pada penilaian yang mendengar..
Hari ini juga merupakan hari kedua terakhir buat sahabat-sahabat praktikal dari UMT..
Jannah, Asilah dan Hafiz..
Dan seminggu lagi masa untuk aku dan Fathi memenuhi ruang INFORMM..
Walaupun singkat masa yang dikurniakan untuk bersama.. namun segunung kenangan telah tercipta..masa serius belajar..serius dimarahi.. dan serius bergelak ketawa...
kenangan demi kenangan yang dicipta.
Andai kalian membaca warkah ini.. ingatkah kalian bait-bait yang diutarakan oleh Dr??
amanat-amanat beliau yang harus kita ambil berat..
"we need to improve our behavior as a student, improve our personality as well as increase our curiousity toward knowledge"
andai saat ini kalian meniti huruf-huruf yang ada.. masih ingatkah kalian tentang isu-isu yang selalu kita bincangkan?? :) setiap yang terjadi masih kukuh dalam ingatan ini sejak hari pertama kita menjalinkan ukhuwwah..
Jutaan penghargaan dari diri ini untuk kalian kerna telah menambah pengajaran-pengajaran hidup buat tatapan kemudian hari.
Moga ukhuwwah yang terjalin akan terus tersimpul..
dan diri ini akan sentiasa ada untuk kalian.
Special Thanx to Jannah, Asilah, Sarifah, Hamiza, Raihan, Hafiz and Fathi.
p/s: Kalian didepan mata.. menyumbang senyuman buat diri ini melakar warkah buat kalian..:)
Thursday, June 23, 2011
~Tok Selehor + Suluk~

kem ni khas untuk 39 orang peserta dari sekolah SMK Chiku 2.
kenapa khas? sebab mereka ni terdiri dari budak-budak 'high risk' sekolah.
Cikgu-cikgi yang pilih diorang dtg join program ni..
Niatnya, yang paling utama.. nak sedarkan diorang balik..
sebenarnya bukan directly sedarkan mereka, cuma kami sekadar menyediakan medium untuk mereka tahu mengapa, kenapa, bila dan bagaimana cara untuk mereka sedar.
sedar atau tidak..tepulang pada mereka..
Untuk kem kali ini, sir dan lain2 cuba untuk guna strategi baru..
tidak lagi menggunakan pendekatan yang garang.. tapi pendekatan yang lebih ilmiah..lebih Islamik..
hipotesis yang dibuat..budak-budak high risk ni.. kadang-kadang diorang xtakut pada ibu-bapa, guru-guru malah xtakut pada Pencipta diorang.. tapi, ad 1 benda yang diorang takut.. benda-benda mistik.. terlintas difikiran aku.. mengapa dan kenapa benda ni terjadi??
xsepatutnya berlaku.. sebab diorang lebih takut hantu dari Allah??? nauzubillah..
Dari segi luaran, diorang nampak baik.. nampak kudus je.. if dari luaran mereka.. memang xkan dapat kita relatekn dengan apa yang disampaikan oleh cikgu-cekgi diorang.. tapi tu la.. lumrah hidup.. Don't judges a book by it's cover only:)..
kena selidik n tengok dulu cara gaya mereka.. baru boleh buat penilaian.. n keputusan yang dapat aku buat.. memang sangat berbeza luaran dan dalaman mereka..
degil yang amat..menjawab xtentu pasal.. buat muka.. semua la.. tu xtermasuk lagi *dosa2* yang kitorang suruh diorang tulis..
Jujurnya, pendapat aku sendiri.. kalau difikirkan balik, kita xboleh nak meletakkan 100% kesalahan pada budak-budak ni.. sebab.. ada perkara lain yang menambah perisa kehidupan mereka... persekitaran, keluarga,kewangan dan juga rakan sebaya... 4 perkara ni memang sangat-sangat mempengaruhi.. jadi..kita seharusnya memastikan dulu which one yang menjadi main donor untuk masalah diorang.. dari situ, baru la boleh pk cara nak treat mereka ni..
Dan, semalam juga aku mengajak jannah n ifah untuk turut merasa keadaan dalam SULUK..apa khasnya SULUK ni?? Suluk ni, mengikut penerangan penjaga tempat tu, Abe Za, adalah tempat beribadah untuk Tok Selehor.. Beliau akan masuk n duduk tempat tu untuk beberapa hari..tujuan?? untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga tempat untuk mengingati mati sebab Suluk tu di dalam tanah perkuburan..
Suasana dalam tu?? memang agak mengerikan bagi orang yang xberapa suka gelap macam aku.. waktu pertama kali masuk pun, sekadar duduk dekat tangga jer.. tapi still tutup pintu..jadi gelap tetap gelap..
Kali ini, aku xdapat nak bagi full commitment memandangkan kem ni berlangsung weekdays..jadi memang terang-terang la xleh full..keje kot:)
aku n yam sepakat nak berulang dari tok selohor ke kb.. jauh x jauh.. lenguh jugak la kaki aku brek..hehe..'even aku hanya co-pilot'..cuak la..jammed yang amat dekat tempat biasa,
palo retok.huhu.. hari pertama berulang, xde masalah.. hari kedua beulang tu yang masalah..
masalahnye bukan pada kitorang.. tp pada kenderaan kitorang..
nak dijadikan cerita.. yam park her car betul-betul depan bangunan tempat dia keje.. n petang semalam, ribut kuat yang amat, sampai boleh jatuhkan simen/ bata yang ada kat atas bangunan tu betul-betul atas atap kereta yam.. remuk?? of course la..
serius x serius pun, aku agak 4 digit jugak habis klu nak dibaiki... sebab atap kereta tu memang kena ganti baru.. bonet depan..remuk jugak cikit.. n bonet belakang pun ad masalah..
Confirm kepala yam akan sangat dan teramat serabut fikir pasal ni.. tapi bagi aku.. itu bukan kesalahan yam 100%.. banyak faktor lain yang menyumbang dalam accident ni.. struktur bangunan tu x stabil.. xsepatutnye bangunan yang dihuni baru beberapa tahun, dah jadi macam tu.
Aku yang tukang fikir xbergaji ni pun rasa serabut.. sebabnya we are dealing with people yang xbrape boleh menerima pendapat/ pendangan/nasihat orang lain..
n.. juga yang teramat payah nak toleransi... jadi kena pikir cara yang sangat-sangat berhemah.. cuma..ilham tu xde lagi..
Doa aku, semoga Yam tabah menghadapi dugaan yang tempuhi.. Sungguh! Allah amat sayangkanmu dik... dan semoga segala urusan yam dipermudahkan.. amin..
SABAR ITU INDAH DIK!!...
p/s : rasa macam nak amek minor psychology jer...:)
Tuesday, May 31, 2011
~Flowers are RED!!~
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"
Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"
This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
~Lagu yang mempunyai makna yang tersirat..
Orang dewasa seperti ibubapa, guru-guru dan saudara-mara lah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak kecil yang baru mula mengenal dunia.. andai putih warnanya, maka putih la jadinya.. andai hijau warnanya, maka hijau la jadinya.. Semua nya tertakluk kepada bagaimana cara orang-prang dewasa ini mewarnakannya.. dan yang paling penting.. Dengan apa mereka warnakan.. Kanak-kanak yang meningkat dewasa secara langsungnya akan menuruti segala yang diajar.. jadi.. yang perkara yang paling penting...
Orang-orang dewasa yang menggalas tanggungjawab besar ini.. haruslah bersiap sedia dengan peralatan-peralatan yang secukupnya.. agar tidak cacat lukisannya nanti. Pengetahuan am, agama, intelek,rasional, bertimbang rasa dan juga kasih sayang.
p/s: song by Zain Bikha... lets prepare dear:)
Monday, May 23, 2011
~De hearty~
Tanpa lagu yang dinyanyi..
Kenangan kita.. akan tersemat di hati..
Moga yang baik, berulang kembali...
yang buruk dibuang sepi..
Sekalung doa ku utus, ikhlas dari hati...
Moga kebahagian yang dicari..
Mewarnai diri mu..
~ikhlas dari ku~
Friday, March 18, 2011
Erti Hidup
Yang sure, bagi ku, hidup ini adalah merupakan tempat persinggahan.. tidak harus dipuja namun tidak harus jua diabaikan. Ia adalah amanah yang telah dibagikan kepada kita untuk kita manfaatkan bagi menyiapkan bekal untuk hari akhir nanti.
Kita dipilih antara berjuta pilihan untuk mengenali hidup ini.. diberi peluang menghirup oxygen yang ada.. diberi peluang untuk melihat warna-warna di dunia.. juga diberi peluang untuk merasa bahagia, sedih, sihat, sakit dan banyak lagi..
Namun, adakah pernah terdetik di dalam hati antara setiap kita tentang kepentingan untuk menjaga rezeki- rezeki yang kita dapat. Penahkah terlintas di fikiran untuk mensyukuri segalanya? Andai jawapannya pernah, tidak mungkin akan ada pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sekarang. Tak mungkin ada kisah-kisah derita yang menyayat hati dan juga tidak mungkin akan ada bayi-bayi yang tidak berdosa dilemparkan.
Why ini semua terjadi? Dimanakah letaknya kesyukuran itu tadi? Manusia semakin hari semakin riak dengan kehidupan mereka. Depa bagaikan tidak menyedari bahawa hidup ini pinjaman semata. Kehidupan yang mereka banggakan akan hilang dalam sekelip mata. Namun, mungkinkah sudah menjadi fitrah bahawa manusia ini pelupa?
Kita lupa siapa kita, dari mana kita datang, dimana kedudukan kita dan yang paling penting sangat kita lupa siapa yang paling tertinggi sekali. Andai ini berterusan, masih adakah manusia yang mampu memimpin? Masih adakah manusia yang mampu untuk menjaga amanah yang telah diberikan? Persoalan demi persoalan akan tetap terbit di sanubari ini.
Jadi, untuk kesekian kalinya, jalanilah hidup kita seadanya. Tidak terlalu ghairah maupun terlalu pasif.
Wednesday, January 5, 2011
cuma yang membezakan nya..sedar atau pun tidak..
menjadi contoh..sistem imun dalam badan.. dimana T n B cells tau tuk differentiate either foreign or self antigen.. cells ni tahu sebab diorang dh diprogram kan tuk menilai..bila dapat detect foreign antigen..mula la proses-proses tuk menghapuskan foriegn antigen tu yang bagi aku sangat menakjubkan.. Subhanallah!!
kaitannya dengan kehidupan.. sudah diberikan pada kita guideline... mana yang baik.. mana yang buruk..dan kita juga dah diberikan satu nikmat yang tiada pada makhluk lain.. AKAL.. semuanya bergantung pada Akal waras kita tuk menilai antara yang baik dan buruk.. apabila akal menadaptasikan penilaian kita..maka dengan spontan nye kita memberi reaksi pada sesuatu benda.. persoalannya.. apakah penilaian kita itu betul?? adakah reaksi kita itu kena pada tempatnya??adakah dan adakah.. pelbagai persoalan timbul..
bagi aku..hanya satu cara yang mampu tuk menjawab persoalan2 ini..
mintalah pertunjuk dari Allah.. mohon padaNYA agar diberikan ilham tuk membuat keputusan yang betul.. yang sejajar dengan jalan dan syariatNYA..
insyaAllah..jalan yang lurus dapat kita terokai..
semuanya bergantung pada usaha kita.. sejauh mana kita berusaha.. sejauh itu juga mampu tuk kita meneruskan perjalanan kita..
'man jadda wa jadda'
"hasbunallah wa ni'mal wakil"
p/s: thanx to Bro Hamzah..lecturer haematology yang membuatkan aku berfikir..
Thursday, December 30, 2010
H.O.P.E

And it isn't always good news..
Sometimes, hope can imprison us with belief and expectation that something will happen in the future to change our lives..
Similarly hopelessness isn't always about despair..
Hopelessness can bring us right into this very moment and answer all of life's most difficult questions...
Who am I?? Where am I?? What does this mean?? and What now???
Wednesday, December 29, 2010
NAQIBAH??
Naqibah..dah lama rasanya aku x dengar perkataan ni..hehe.. dan lama xguna.. teruk kan.. perkataan ni tergiang-ngiang kat telinga bila sahabat aku tanya.. ” ko nk jadi Naqibah x??” hehehe.. terkejut ad.. nk gelak pun ada..
Kalau pertanyaan ni diajukan pada ramai orang..mungkin banyak jawapan macam ni.. “ xpe la”.. “ layak ke ak”.. dan ad juga.. “ ko buat lawak erk”..heheh.. macam-macam lagi la jawapan akan ad.. dan jujur nye..aku pun mungkin akan jawab salah satu dari jawapan macam tu..tapi..bila difikirkan balik.. betul ke aku xlayak??.. ad terselit sedikit keyakinan yang aku mampu tuk menggalas tanggungjawab tu.. tetapi…entah la.. mungkin perlu keyakinan aku ini perlu digilap sikit jer lagi,,tuk mencapai tahap jawapan.. “ok..no prob..ak jadi..” huhuhu..
Buat masa ni..aku adalah naqibah untuk diri aku sendiri..
Harap-harap nye.. suatu hari nanti aku mampu tuk jadi naqibah pada orang lain.. kalu x pun.. naqibah untuk keluarga aku.. InsyaAllah.. amin….
p/s: tiba-tiba rasa bersemangat..hehehe
H.A.T.I
Hati??? Terfikir untuk menulis bab-bab hati ini.. bagi aku..bab ni la yang paling rumit sekali nk fahamkan.. yela..kita pun xtahu apa yang orang lain rasakan.. dan kadang-kadang kita sendiri pun xtahu ape yang hati kita rasa.. it’s hard enough to understand..to illustrate..
Sebab utama terasa nk kerahkan neuron-neuron kat otak ni bersambung fikirkan pasal hati ini sebab saem baik aku yang seorang ni la.. buat masa sekarang.. hati die macam dipermainkan seseorang.. yela.. aku cakap *macam* tu sebab ak pun xtau betul ke x orang tu nk mainkan perasaan die..
Macam biasa, aku sebagai pendengar setia merangkap pemerhati berjaya (puji diri sendiri ..hehehe) hanya mampu keluarkan buah fikiran yang ad buat masa tu.. aku minta die bersabar n berserah pada DIE..
Apa pun keputusan yang kita akan buat..timbang dulu baik buruknye..patut ke x kita amek keputusan tu..atau mungkin ada alternative lain yang lagi baik.. Satu buku yang sedang aku baca sekarang “Quranic Law of Attraction” oleh Rudin S. Rauf ad tulis.. kadang-kadang kita xtau apa yang kita perlu doa atau harapkan dari Allah.. Jadi jalan yang terbaik dan pertama sekali..berdoa pada Allah.. supaya Die tunjukkan apa yang kita mahu dsebenrnya dalam hidup kita di dunia dan akhirat nanti.. Doa yang sangat mujarab..adalah doa yang seiring dengan hati.. doa yang kita panjatkan sama dengan ap yang hati kita harapkan… Dalam buku tu..benda yang paling penulis tekankan adalah.. tarikan tenaga-tenaga positif atau negative yang kita keluarkan dari hati dan juga akal fikiran kita..
Jadi.. semoga Allah sentiasa kurniakan pengetahuan pada kita tentang hati kita sendiri..
“Know your heart better before others” (kirana, 2010)
p/s: harap diberikan kekuatan tuk habiskan bacaan buku “Quranic Law of Attraction” dan huraikan dalam Kirana’s World ni…
Tuesday, December 28, 2010
*L.O.V.E*
LOVE is beyond everything else- anxiety, desire, hope, resentment..
LOVE is openhearted, demands nothing, and needs nothing.
It is more likely to visit when our desires are quiet, when we don't need or want much, and when we accept that everything we love is not permanent but is with us at this very moment...
Thursday, March 25, 2010
~pencarian~
Friday, March 12, 2010
"15 G"
15G menyebabkan perempuan membenci lelaki
* G1 Gatal
* G2 Garang / Ganas
* G3 Gerumal (bohong)
* G4 Gembar gembur/gah
* G5 Gagal
* G6 Gentleman tiada
* G7 Gementar
* G8 Goyah
* G9 Ganjil / Gila
* G10 Gertak
* G11 Gadai maruah
* G12 Gema (pak turut)
* G13 Gelojoh
* G14 Gap (manusia dua alam)
* G15 Ganteng tiada
p/s= lawan tuk 15 C..mungkin ada baiknya kaum2 adam menhindarkan diri dari sifat2 ini..memang perempuan xsuka pm..:)..walaupm xdapat jauhi sume..tetapi cuba tuk jauhi sebanyak mungkin..jom la sama2 kita cuba yer..:)
"15 C"
15 C menyebabkan lelaki membenci wanita
* C1 Comot
* C2 Cerewet
* C3 Cemburu
* C4 Cincai (cuai)
* C5 Celupar
* C6 Cabul
* C7 Cabar
* C8 Cetek
* C9 Caci/cela
* C10 Canggah
* C11 Culas (malas)
* C12 Curiga
* C13 Curang
* C14 Canggih sangat
* C15 Chance tiada
P/S=Dasyat jugak erk..jadi..tuk kaum2 hawa..buang la sifat2 15 C ni..bukan setakat tuk kebaikan kepada lelaki..tetapi secara general nya..sikap 15 C ni xbegitu bagus tuk kaum2 hawa...(peringatan tuk diriku yang pasti...berusaha la wahai diri!!)...:)
"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,
dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya
"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."

