Friday, September 30, 2016

~Anugerah 2.0~

Alhamdulillah, syukur, penantian kami sampai ke hujung lagi..
Gembira teramat bila kamu diberi lagi..
Mohon, agar kamu sempurna di dalam,.
agar aku sentiasa mampu menampungmu..agar kali ini berakhir dengan teriakan tangis mu..

Walau, apa jua keadaannya, kami akan kuat..
sabar sayang..sabar dengan kami..

Wednesday, May 25, 2016

~pinjamanNya~

Telah ku fikir,
mahukan kamu dapat tempat berteduh
mahukan kamu punya makanan yang berkhasiat
mahukan kamu dilimpahi kasih sayang sekeliling
yang diselang dengan ketegasan..
mahukan kamu nanti, yang mendoakan kami..
namun, aku lupa..kamu juga hanya pinjaman..
Pinjaman yang berharga dariNya..

#aweekafter

~kerna dia~

Timang tinggi-tinggi
sampai cucuk atap
apa dalam hati
rasa yang tak terucap

~Terima Kasih~

Terima kasih...
pada Allah yang Satu..
kerna bagi pinjam rasa itu..
aku,dia redha dalam sendu..
kerna kami yakin dan tahu..
rasa itu akan Kau seru..

Thursday, February 25, 2016

~If today, is my last day..

Selepas hampir 2 tahun 4 bulan bekerja, aku dipanggil menjalani kursus induksi, kursus yang sepatutnya aku lalui di masa lalu..

Terima Kasih Allah.. syukur aku panjatkan padaMu, kerna Kau datangkan pada aku, ingatan yang mendalam..

~Kerna manusia itu tetap manusia~

Kerna kita telah dewasa, kita kerap kali memandang ke belakang.. terkenang akan cerita lama..

Ya, aku ingin kembali seperti mereka, punya senyuman setiap masa, kerna mereka bahagia tanpa derita..

Namun, Allah itu Maha Bijaksana.. setiap jalan cerita yang telah dilalui, tidak mungkin akan dirasa kembali..

Jadi, bersabar lah duhai hati, kerna itu akan memberi nikmat sejati..

Tabah lah jiwa raga ku sayang..

Saturday, February 20, 2016

-hurt-

life is not something that has to hurt to live,even the things that hurt horribly, will have a moment of stopping.. for sure.

so don't ever give up.. because we don't know, maybe its our turn to smile again..

Sunday, January 3, 2016

~2015~

its already past..2015..
aku punya begitu banyak suka dan duka dikala menikmati 2015,
banyak yang mewarnai, tidak kurang juga yang memberi benci..
karenah hidup yang bermacam tak ubah seperti lakon layar yang tidak bertepi..

namun,
harus aku akui, yang aku juga punya ruang sendiri.. hingga saat ini, masih aku cuba menjaga hati..

semua yang telah terjadi, harus aku ambil manfaatnya, dan harus juga aku buang mudaratnya..

terima kasih pada Tuhan yang Esa, kerana memberi peluang dan ruang untuk aku nikmati sehari-hari..

untuk yang terakhir bagi 2015..
tahniah my dear lil sister.. sebab menjadi harapan keluarga, berusaha mengharungi segala, moga harapan yang digalas, tidak menjadi beban buat mu sayang..

untuk yang menjadi tunjang kehidupan ku,  my siblings, thanks for being there for me.. thanks kerana kita masih mampu menikmati saat2 bersama..

untuk keluarga yang tiada kaitan darah, 'hikinglah sangat' group.. geng2 uni yang masih lagi bising walau tidak bersua, terima kasih kerana mewarnai jiwa ini.. kalian juga banyak membentuk aku yang kini..

untuk mama dan abah.. tiada kata-kata yang mampu dicoret bagi meluah maksud diri.. diri ini bersyukur punya kalian sebagai mama dan abah..

dan terakhir, untuk kamu.. 2015 menjadi harapan buat kita sebagai tahun yang terakhir memegang status bujang.. kita mengharap yang terbaik bermula 2016.. moga segala yang kita rancang, sejajar dengan perancangan Dia.. ikhlas dari hati.. aku juga punya perasaan seperti kamu.. terima kasih..

~aienunabdullah~
#2015berlalupergi..
#2016menjengah kini..

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."