Thursday, April 24, 2014

~Salah itu Aku~


Teman.. 
pertemuan kita telah ditakdirkan oleh Nya..
Kau dan aku.. walau umur kita berbeza..
namun kau sahabat yang menceriakan..
kita memilih jalan yang sama..
walaupun kita samar dengan kehidupan kita..
kita saling ada untuk satu sama lain..
kau ketawa.. aku gembira..
kau menangis..aku kecewa..
semua rasa menjadi satu antara kita..
walau baru semalam kita berjumpa..

Namun..
antara sedar dan tidak..
aku dengan sengaja..namun tanpa rela..
mengguris hati mu yang penuh harapan..
mencalar kepercayaan diri kau untuk aku..

aku sedar itu..
aku tahu itu..
namun.. aku tidak mampu melawan kejadianNya..

Sungguh..
Airmata yang mengalir di pipi..
saat kau memandang aku..
amat memeritkan..
amat menyakitkan..
namun aku..
tak mampu bersuara..

Maaf yang aku hulurkan..
tetap jua kau sambut..
walau ku tahu..
ianya merenggut kalbu..

maaf teman..
ini yang mampu aku ungkap..
yang mampu aku suarakan..
yang mampu aku berikan..
sebagai seorang sahabat..

terima kasih..
kerana menerima segalanya
tentang diri ini..



No comments:

Post a Comment

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."