Hari ini, hampir dua bulan dari peristiwa bencana banjir yang melanda negeri kelahiranku..
Ingin sekali diri ini berkongsi semua suka duka yang ada melalui musibah ini..
Perkataan banjir amat sinonim dengan kampungku.. dengan keluarga khususnya dan juga warga che siti wan kembang amnya..
Saban tahun, kami menunggu tibanya waktu banjir..
yang berada di perantauaun juga..
dengan semangat pulang ke kampung..
untuk merasai suasana banjir..
Namun, perancangan Yang Maha Kuasa lagi hebat,
telah diberi peluang dan ruang untuk kami merasa pabila nikmat yang biasa diberi diuji..
Banjir yang berlaku kali ini amat besar dalam sejarah..
ada yang mengatakan ianya sebesar bah merah malah mungkin lebih besar..
Saat banjir mula melanda, perasaan ingin pulang tidak dapat aku bendung..
perasaan suka pada awalnya.. mula bertukar risau..
dari masa ke semasa aku bertanyakan keadaan dikampung..
kata mama, ianya masih lagi terkawal..namun,, hati ini sudah terbang pulang ke kampung saat itu juga..
Teman sepejabat ada bertanya, mengapa aku beria untuk pulang..
kata aku,, untuk bermain air..
namun, jauh disudut hati. aku risau akan keluargaku..
terutama sekali abah.. sudah dapat aku bayangkan keadaan abah saat itu..
Aku pulang ke kampung dengan harapan dapat meringankan beban abah..
aku pulang saat air di paras yang tinggi..sehingga jambatan Sulatan Yahya Perta sudah ditutup untuk semua kenderaan.. Kerna tiada cara, kami mengambil keputusan untk menunggu sehingga hari cerah.. bagi memikirkan jalan pulang ke rumah.. dan malam itu.. kami bermalam di masjid di Kubang Kerian.
Seawal pagi sesudah subuh.. kami merencanakan perjalanan..
kami bernasib baik, kerana diawal pagi itu, jambatan dibuka untuk laluan...
terpancar kegembiraan di wajah..
Kami cuba untuk pergi sejauh yang boleh.
hanya mampu pergi sehingga hujung jambatan dengan kereta..
selebihnya terpaksa meredah air banjir..
Perjalanan yang hanya mengambil masa 5 minit dari hujung jambatan hingga umah makcik di wakaf bharu terasa sangat jauh.. kami meredah air di paras peha.. ramai yang menyertai.. ada yang untuk bermain.. ada yang sedang berpindah.. dan ada yang hanya untuk memantau.. di kala itu, hanya kereta 4x4 dan ke atas sahaja yang boleh kesana ke mari.. pelbagai ragam.. pelbagai gaya..
Sampai dirumah, aku terus menanya khabar cerita.. mama..mek (nenek).. kakak..kak lini semua semangat bercerita.. dari mula air naik, sehingga saat itu.. mama ceritakan keadaan dia menaiki bot jam 2 pagi setelah abah mengarahkan semua ahli keluarga yang ada di rumah untuk berpindah ketika paras air di rumah kami telah mencecah lantai., Mencecah lantai rumah bermakna air di kawasan luar rumah telah pun melebihi paras kepala.. gambaran keadaan mama menaiki bot di kala malam gelap.. dapat aku bayangkan.. dan ada saat bot melanggar sahaja apa di hadapan.. hanya doa yang menjadi kekuatan mama saat itu...
Melalui cerita-cerita mereka.. terdetik di hati.. banjir kali ini sangat, amat dan bakal menuntut kesabaran yang tinggi bagi semua yang terlibat... cerita-cerita mereka juga membuatkan hati ini ingin bertemu dengan abah... yang mungkin sedang melaksanakan amanah sebaik mungkin.....