Sudah 7 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa di bulan Ramadhan yang merupakan kewajipan keatas setiap Muslim… maka genap juga 7 hari aku bersama-sama keluarga berteraweh. Tahun ni, tahun pertama setelah 10 tahun aku dapat berpuasa cukup sebulan di rumah sendiri yakni kampung halaman aku.. disebabkan perubahan cuti bagi majority university, dapat juga aku merasakan saat ini. Setiap perubahan yagn dilakukan pasti ad kebaikan dan keburukan.. Ternyata, bagiku jua ada baik dan buruknya berpuasa sebulan di rumah.. yang baik pastinya duit poket dapat dijimatkan sebab aku dah xpayah nak bersusah payah membeli juadah berbuka dan bersahur, malah tenaga tuk itu juga dapat dijimatkan..namun, aku akui, perasaan berpuasa jauh dari keluarga sudah tidak ada. Berpuasa bersama-sama sahabat tersayang.. sama-sama buat perangai pelik menjelang Ramadhan.. aku juga akui peluang untuk mendengar ceramah juga terbatas, malah untuk mendengar ceramah di tv juga payah… ralat rasa hati ini.. namun, jiwa yang dahagakan makanan rohani ini dapat diisi andai aku tahu cara yang sebetulnya.. tahukah aku???? Itu yang menjadi persoalan….
Selama 7 hari berteraweh bersama orang-orang kampung.. ternyata ada juga bezanya.. surau di kampung yang hanya dipenuhi oleh orang dewasa yang berumur sekitar 45 tahun ke atas. Agak sukar untuk mata ini melihat anak remaja.. ke manakah mereka?? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Malah suasana juga lain, memandangkan kebanyakannya dewasa, maka caranya juga lain dari yang biasa aku rasa.. contohnya, dalam saf, masing-masing hanya nak duduk atas sejadah sendiri, dan tidak berinjak merapatkan bahu. Meninggalkan jurang yang agak besar.. Serba salah rasa hati, mahu ditegur, dikatakan tidak selesa sembahyang rapat-rapat dengan orang, tidak ditegur, aku pulak yang bercelaru dalam hati…sudahnya diam sahaja.. tapi, jauh disudut hati ini, akan akku usulkan supaya situasi ini dapat diubah supaya mengikut yang sebetulnya.
Cuti ini juga, ada kejutan buat keluargaku…Teman k.ngah menghantar rombongan merisik sekaligus bertunang.. majlis pertunangan yang agak ringkas namun berjalan lancar. Setelah semua sepakat, insyaAllah, andai tiada aral melintang, rumah kesayanganku ini akan bertukar wajah awal tahun depan. Dan aku???hehehe, biar masa yang menentukan.. andai ada jodoh ada lah rezeki ku..
p/s: rasa nak cadangkan supaya sejadah tu dikecilkan..hehehe