Wednesday, December 28, 2011

~Farah's Wedding~






Akhirnya...salah seorang ex-naimians merangkap sahabat karib dah pun bertemu jodohnya...
Alhamdulillah.. happy for her..
n sedih jugak.. sebab geng-geng bujang dah kurang sorang:(..
tapi, yang terbaik kukirimkan melalui doa untuk dirinya..

banyak rintangan dalam proses nak menghadiri majlis farah..
at last, dapat jugak kami berkumpul sama-sama, konvoi n meraikan:)..

dan benda yang paling seronok, dapat pillow talk with aizat n ella..
saem kacik naimians.. sejak keluar sekolah, xpernah dapat duduk bersama n bercerita bagai nak rak.. sekali, rancang punya rancang..dapat jugak menghabiskan weekend kat bilik amni.. walaupun masing-masing dihujani bebanan kerja.. tapi still boleh sengih.. bukan setakat sengih.. bergelak ketawa sampai pukul 3 4 pagi.. bercerita punya pasal.. ralat sebab tuan punya bilik xdapat join.. klu x, mesti dah nak pecah tingkap bilik tu dengar suara masing-masing..
serius, sangat-sangat gembira time tu.. sama-sama imbas kembali kenangan muda-muda.. segala *kejahatan* yang pernah dibuat disekolah.. hehe..
membincangkan situasi sekarang..dengan kerja-kerja yang macam xkan habis..
dan most important part, membayangkan masa depan yang kabur.. haha..
soalan-soalan yang basic.." bila turn kita pulak??", "kita akan jadi apa nanti", dan da most tragic..."sempat ke nak bawak pasangan waktu reunion 2015 nant?" haha..
macam-macam yang kami share.. rasa macam nak waktu diberhentikan n kami dapat bercakap tanpa henti..
but, ia mustahil..sebab waktu tidak pernah sedetik pun berhenti..
dan kita..akan terus bergerak..menongkah arus dunia.. mengejar impian masing-masing.. melakar kenangan sendiri..

kenangan demi kenangan kita cipta.. moga kenangan antara kita menjadi antara yang terindah di hati masing-masing..

jauh di sudut hati, aku mendoakan setiap insan yang bernama sahabat.. agar dengan gagah dapat menyusuri jalan yang dipilih..
ella, jat, meni n k.tip, insyaAllah.. Allah dan tetapkan yang terbaik tuk kita.. moga kesabaran kita menghasilkan sesuatu yang indah..amin...

thanx for everything..since 2001 until today..n forever..
maafkan segala salah silap diri ini..
moga persahabatan kita diberkati selamanya..
< love u always..NAOMI >

P/S: terima kasih penaja tempat menapak, makan minum n besi tayar empat...:)

Tuesday, December 20, 2011

~Excited!!~

malam ni sangat excited..
sebab dapat tengok saem hepi:)
dah lama xtengok die bunga-bunga macam malam ni...
hehehe..

dan, sangat excited jugak nak menjalankan experimen..
experimen tentang hati dan perasaan..
sangat qualitative...dan sangat complicated..
walaupun ianya 70% experimen dan 30% perasaan sebenar..
atleast dapat jugak jawapan nye..
its signicant..hehe..
tapi tula..
segala method yang diguna harapnye berbaloi..
dan segala discussion yang telah dibuat.. semata-mata
untuk memberi nasihat dan teladan..
dan juga pengajaran..
tentang erti hidup..hati ..dan perasaan...
atleast..dah tambah koleksi pemerhatian..
dan saem-saem dapat tambah pengajaran dalam hidup..
hope..apa yang dibuat dan disimpul tidak menyimpang:)

p/s: penat sebab terlalu excited..

Friday, December 16, 2011

Perfect Or Not???


Actually it's not that easy to be perfect..
others are tend to put higher expectation on you..
perfect seems to be a burden, problem and seumpamanya..
tapi, tidak mustahil ada yang suka menjadi perfect, dipandang perfect dan segala yang berkaitan dengan nya.. adalah PERFECT...
still, rambut sama kaler, hati lain-lain..
*tapi, macam rambut lain kaler, hati merah jer*hehehe

Kadang-kadang, perfect menjadi satu harapan bagi semua..
sanggup bergadai masa dan tenaga untuk mencapai *perfect* yang diingini..
sanggup melukakan hati sendiri dan orang lain asalkan dia dipandang perfect..

Dan ada juga yang memandang perfect itu sebagai satu tanggungjawab..
pada negara, masyarakat, keluarga dan diri sendiri..
sebuah negara inginkan pemimpin yang perfect.. yang mentadbir negara sejajar dengan keinginan rakyat..
masyarakat inginkan ketua yang perfect yang mampu memberi faedah kepada mereka..
keluarga juga inginkan ahli yang perfect supaya dapat hidup dalam keselesaan dan tidak dipandang hina..
dan.. diri sendiri ingin menjadi perfect supaya dapat berada di tahap yang tertinggi..

Tidak salah untuk menjadi perfect.. tidak salah untuk berada ditahap tertinggi..
malah keinginan itu seharusnya ada dalam diri setiap insan di muka bumi ini..
cuma yang membezakan.. maksud perfect yang ditafsir oleh individu..
usaha yang dilakukan dan juga..yang paling penting.. keizinanNYa

Walau apa pun maksud *perfect* yang ditafsir.. usaha harus setimpal dengan keinginan, harus setimpal dengan kemampuan..dan harus setimpal dengan keadaan sekeliling.
Jangan ada yang dilukai, jangan ada yang dikeji, jangan ada yang disakiti..

Sesungguhnya usaha untuk kebaikan itu baik..

Namun, jangan sampai kita memaksa diri.. pasti sakit jika jatuh sebelum berjaya menaiki tangga..pasti juga kecewa jika harapan menggunung hancur menjadi abu..
jadi, remind yourself that
IT's OK NOT TO BE PERFECT.....

Because perfect or not, as long as people we love are always love us back.. then, it's OK:).
and as long as we love ALLAH, we do everything HE said, leave everything HE hates.. then , it's 100% perfect plus ALLAH will love us back:)...
*semuanya terletak pada pilihan kita..
to be PERFECT or NOT....*

p/s: atleast we're perfect than animal...:P..

Thursday, December 15, 2011

Terima Kasih Teman:)


Semalam.. tepat jam 11, sahabat-sahabat merancang untuk mengadakan suprise besday party..tapi.. akhirnya..x berapa nak suprise.. sebab???
amalina ter'lepas" cakap.. hahaha..
kesian amalina..
apa-apa pun.. terima kasih untuk yang merancang.. Dill..
terima kasih untuk yang datang.. husnul, laila, amalina,fizah, fizah hadzri, dilla ganu, dilla penang, hikmah, chepah, aliaa,nini n xlupa jugak.. tukang bawak dill beli kek.. sera..
thanx..doa-doa kalian sudah cukup buat diri ini..
hati ini sudah cukup berbunga dengan kehadiran kalian disisi..
terima kasih seagungnya...

~23 tahun yang berlalu....~

14/12/11
genap umur ku yg ke-23,
bermula dari meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan sekarang berlari..
dari mengeja A B C.. hingga mengenal universiti..
panjang sebenarnya perjalanan yang telah dilalui..
dan panjang lagi yang bakal dijalani..
namun..dalam saat merenung diri..
sempatkah aku tuk merasa hari lahir yang ke-24??
atau cukup sekadar yang ke 23...

menghitung amalan yang tidak lebih dari jari tangan..
mana mungkin dapat dijadikan bekal disana nanti..

Ya Allah.. andai tahun ini yang terakhir buat ku.. berilah aku kekuatan untuk menghadapMu nanti...
andai aku masih lagi berpeluang untuk tahun yang seterusnya.. berilah aku peluang untuk membaiki segala yang bengkok..
mengindahkan segala yang buruk..

amin..





Friday, December 9, 2011

ANDAI hidup ini kosong....

A: aku nak cakap sesuatu, tapi ko dah xnak dengar..
B: bukan xnak dengar..aku masih mahu mendengar, cuma untuk memberi.. aku...huhuhu
A: ok. aku rasa aku dah xde aim dalam hidup.. aku rasa hidup aku kosong sekarang
B: apa maksudnya tu?
A: entahlah, aku xtau apa yang aku rasakan. x macam dulu..
B: means that..now..you only follow the flow?
A: yup!
B: *sigh*

Terdiam..terkaku..terkejut..
tak tahu macam mana nak menjawab..apa yang perlu aku katakan kembali.. apa yang perlu aku nasihat.. hampir hilang kata-kata bila salah seorang sahabat mengatakan benda ni. dia dah xde aim dalam hidup..xde matlamat dah nak capai.. rasa hidup yang dilalui hari demi hari tu sekadar mengikut arus jer..
YA ALLAH, apa perlu aku lakukan?? serius aku xreti nak menasihati..
hanya satu yang terselit di hati..
"mungkin hubungan antara dia dengan Allah dah makin jauh.."
Dia tidak dapat merasai apa itu nikmat hidup..
dia merasakan diri dia keseorangan..
merasakandirinya tidak akan merasai bahagia..
namun, bila ini yang diutarakan.. perkataan "bukan" sentiasa meniti dibibirnya..
dia bagaikan sudah tidak mahu menerima kata-kata dari kami..

Sahabat.. jujur aku katakan.. aku runsing akan dirimu..
dari dulu sampai sekarang.. berbuih dah rasa mulut untuk berbicara.. memaksa segala neuron-neuron dalam otak bekerja bagi mencari idea untuk setiap masalah mu.. namun, dengan mudah.. segalanya ditepis oleh setiap patah kata-kata mu..
hingga sampai satu saat... aku rasa bagaikan mahu mengalah.. mahu berhenti memberi.. hanya ingin mendengar..

tapi, hati kecil ini, menjerit minta aku menggunkan semua unit dalam otak untuk mencari ayat-ayat yang paling sesuai..yang mampu menusuk kalbu.. yamg mampu meresap ke dalam jiwa mu.. agar kau kembali bersemangat seperti dulu..
Sahabat.. hidup kita ini masih panjang..masih jauh andai diizinkannya..
banyak liku-liku diluar sana yang harus kita tempuhi..
andai kata di saat ini..kau sudah tersungkur dengan hasutan fikiran mu.. bagaimana nanti??
aku tidak mempunyai kata buat masa ini untuk dirimu.. namun aku punya doa yang tidak putus agar kau mampu rapat denganNya kembali..
Sahabat, kembalilah bersemangat!!
Aku tahu kau seorang yang tabah untuk melawan arus dunia...
yang tidak akan mudah hanyut dengan perasaan..
Bersabar lah..sahabat.. saat yang kau nanti pasti akan tiba..
cuma kesabaran mu yang menjadi penentu..
jangan sesekali kau tersungkur dalan penantian mu..

D.E.A.R. Stand for SOMETHING!!


you is what you are..
you have your own way of life..
you have your own opinion..understanding..
everything is in your hand..
thus, believe in your choice..stand for it!!!
otherwise.. your life will be nothing..

But still.. your choice need to be parallel with HIS...
Moga Allah mengurniakan kita ilham untuk merancang kehidupan yang sejajar dengan kehendakNYA...

Tuesday, December 6, 2011

D.E.A.R. Let's change!



Kita hidup di dunia yang penuh warna-warni..
yang penuh ragam..
yang penuh kerenah..
masing-masing punya kehendak dan kemahuan yang pelbagai.
masing-masing mahu diikuti..
namun, hidup ini bukan hak milik kita..
bukan jua hak milik mereka..
namun..hidup ini adalah perkongsian antara kita dan mereka...
segala yang kita lakukan mampu memberi kesan pada yang lain.
begitu juga sebaliknya.
jadi..untuk merasa bahagia, kita perlu memberi kebahagian..
kita perlu cuba untuk mengubah kehidupan kita selari dengan yang keadaan ataupun yang tersayang..dan pasti, keadaan akan selari dengan kehidupan yang kita idamkan..

But, we need to make sure that perubahan yang kita buat juga harus selari dengan ALLAh's Law...

So, let's change from bad to good, from good to better... :)

Sunday, December 4, 2011

~D.E.A.R. Go For It!~


"Close your eyes, open your heart..
Let your beautiful ears hear your heart..
voices it out"

Love yourself better than others,
ignore all the noises,
believe in what your heart said,
and.. GO FOR IT!!

Saturday, December 3, 2011

~D.E.A.R.. Be Happy!~



"Jangan biarkan kesedihan menguasai diri..
menangislah! JIKA PERLU..
moga air mata yang mengalir membawa kesedihan itu pergi..

then, Count your life with smiles:)"

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."