Wednesday, November 27, 2013

~Letter to Ariff- v1~

Muhammad Ariff Danial Bin Basmin
Anak kepada sepupuku yang dijaga oleh kami sejak berumur 3 bulan atas faktor-faktor yang tertentu..
dan kini.. umur beliau dah menjangkau 12 tahun..

Dia yang aku kenali.. 

Seorang yang agak "giler" game bola..setiap kali waktu cuti sem shaharil..pasti laptop xpernah off.. 
Sebab?? 19 Jam akan terpasang sehari.. lebih 5 jam lg khas untuk dia tidur..

Dia juga seorang yang pemalu bagi aku.. malu untuk menyatakan kemahuan.. n paling malu buat kerja sekolah depan kitorang.. so aku selalu anggap dia pemalas..

Dia seorang yang agak berdisiplin.. sebab mendengar kata..tp sesetengah kata je la.. terutama sekali kata-kata cikgu.. kalau cikgu cakap A.. maka A lah yang dia nak.. xde flexible langsung.. haha.. sampai kadang-kadang berperang dengan abah.. sbb xdapat nak cari apa yang cikgu dia minta cari.. Well.. masih ada kebaikan dari segi tu.. dia takkan keluar dari rumah kalau mama tak bagi.. dia xkan pergi melepak dekat umah kawan-kawan lain.. hanya duk "bolok" kt umah..

Dia juga seorang yang agak keras kepala.. sebab tangan ini pernah beberapa kali mendarat di badannya..
Pedih tangan ini sangat memilukan hati.. namun.. dengan harapan agar kepedihan itu dapat mengajar ariff..
k.de tahu luaran ariff keras menahan kesakitan itu..tapi dalaman ariff dah nangis.. sebab k.de pun rasa benda yang sama..

dan dia seorang pelajar yang dapat 4A 1B dalam UPSR.. well.. untuk zaman sekarang.. mungkin itu tiada nilai.. sebab beribu-ribu pelajar yang dapat 5A.. tapi bagi kami sekeluarga.. itu yang terbaik dan berharga..
saat dapat berita tu.. ak yang paling gembira.. rasa nak canang 1 dunia.. dengan trial yang sangat teruk.. dengan exam bulan-bulan yang biasa jer.. itu yang terbaik yang dia dapat.. dan dengan dapat keputusan macam tu.. atleast.. masa depan dia cerah.. InsyaAllah..  Harapan hati.. dia dapat sambung belajar di sekolah menengah yang bagus.. SMKA Falahiah ke.. SIC ke. (which need some link to enter those school). well.. as long as bukan sekolah biasa dekat umah.. sebab.. hati ini sangat risau dia akan terpengaruh dengan rakan sebaya..

Untuk Ariff.. k.de doakan semoga kehidupan ariff lepas ni.. berjalan lancar dan cerah.. moga kehidupan ariff lebih terjamin.. moga ariff mampu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.. dan ariff terselamat dari keseronokan dunia yang melampau.. 

if one day, you came across this blog, just know that i do love you n i do pray the best for you. I'm truly sorry for everything i did that offends you.. all of those things were done to make you as a good man.
i hope that i can see your smile on your graduation day..



Love : Your sis-K.de-





Tuesday, November 26, 2013

~Bila rasa ini kembali~

Semalam.. hari yang mencabar emosi..
bukan dengan makhluk bernyawa yang lain..
namun dengan diri sendiri..

Sms yang sama dihantar kebeberapa org.. yang aku harap..mampu tuk beri semangat..

Diri Sendiri :  " Today is a tough day for me.. is there any words that can comfort me?"

H : " Kak Aienun, kekadang kita tak tahan sangat dengan ujian kea, rasa frust, rasa putus asa, rasa berat sangat,macam-macam rasa kebimbangan n kesedihan. Tapi kita lupa , yang kesedihan, kebimbangan n kepayahan, membawa kita makin dekat denganNya. Kita lupa kisah Nabi Ayub yang mendapat penyakit kulit yang sangat teruk, sehingga tiada siapa yang mahu dekat denganya, tapi dia tetap yakin itu ujian Allah yang menambahkan lagi keimananya. Kita lupa kisah-kisah yang lebih perit dari yang kita lalui sekarang. Kita lupa, yang Allah nak tengok kita mengalir air mata kerana merintih padaNya, Dia rindu rintihan kita kak.

A : Kata-kata tak dapat redakan hati kita kalau kita tak buat ( tak lafaz dan tak sebut ) .. Tadi dh gtau, dengan istighfar semua benda akan ok..dalam Al-Quran pun sebut dengan ingat Allah hati kita akan tenang..

F : Just hoping that u have a better day (sms yang dibalas sehari selepas )

Bila difikirkan balik.. kata-kata seperti ini kebiasaannya akan berada di folder sent item.. but then, now its in inbox.. konsep memberi dan menerima.. kata-kata yang sangat bermakna dan dalam maksudnya.. mampu merawat hati ini.. kata-kata yang menunjukkan keperluan untuk selalu mengingati Allah.. yakin dengan setiap ujianNya.. dan tabah menghadapi..

Buat diri ini yang sentiasa alpa, 
mungkin hari-hari yang telah berlalu dan akan berlalu memberi cabaran yang besar untuk kamu.. namun.. kamu harus sentiasa optimis dan yakin ianya adalah ujian dari Allah yang menyayangi hambaNya.. ujian yang diberikan oleh Allah takkan pernah melebihi kemampuan diri sendiri.. Jadi..seberat mana pun ujian itu.. pasti kamu mampu melaluinya.. Bersiap-sedia la wahai diri.. 

Allah sentiasa rindu rintihan hambaNya.. Allah sentiasa mengingati hamba yang mengingatiNya..
Dan.. Allah sentiasa hadiahkan pelangi selepas hujan membasahi bumi...


Wednesday, November 20, 2013

Whatever will be... WILL BE



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.




~When words can describe everything...~


Tuesday, November 19, 2013

~Mengajar Diri Untuk Redha~

Saat ini sebenarnya.. berada di tempat pekerjaan ku yang ke-3...
Kerja yang aku pilih dari semua.. kerja yang aku utarakan pada mama dan abah dengan rasa takut mereka tidak dapat menerima.. 
Hingga saat ini, segalanya berjalan lancar.. mama dan abah menerima keputusan ku dengan baik.. adik beradik..memberi sokongan penuh pada aku..

Namun.. kegusaran mula bertandang di hati.. acapkali fikiran ku diterjah.. "adakah ini pilihan yang terbaik untuk aku?'... "adakah ini yang sudah tertulis untuk aku?" Memikirkan masa depan yang mungkin akan penuh dengan cabaran dan dugaan.. sungguh.. kadang-kadang rasa diri ini lelah.. rasa diri ini tewas dengan mainan fikiran sendiri...

Dan seringkali itu juga.. fikiran optimis menguasai.. " aku harus tabah!".. "aku harus teruskan perjuangan hidup".. Ya.. ak perlu sentiasa berjalan walau sepayah mana laluan yang akan aku tempuh.. aku perlu sentiasa bersedia dengan apa yang bakal terjadi.. 

Dan.. aku perlu redha dengan semua yang tertulis.... 






"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."