Showing posts with label santapan hati:). Show all posts
Showing posts with label santapan hati:). Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

~Bila diriku alpa~

Termenung jauh mindaku, mengenangkan diri semakin hari semakin hilang usianya..Sudah lama meniti dunia ini, namun imanku tak jua semakin bertambah..Mentari yg menyinari 'alam ini, bulan purnama menghiasi mlm...Betapa hinanya kita, matahari serta bulan yg cukup besar masih patuh pd aturanNya..sedangkan kita yg kerdil ini seringkali lalai drp perintahNya..~Ya Allah, ampunkanlah daku kerna kelekaanku mengecapi dunia milikMu~

Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah...

"setiap takdir adalah ujian, berusahalah menjadi hamba yang sentiasa mencari hikmah pada setiap kejadian. usah ditanya “mengapa” kerana jawapannya telah ada.. cuma masanya belum tiba. phonlah pada Allah diberi kekuatan bagi menangani ujian dan dugaan kerana Allah tidak membebankan hambaNYA dengan ujian yang tak mampu ditangunggnya..kerana apa? kerana SAYANG dan KASIH Allah tiada batasnya.. Ucaplah alhamdulillah atas segala kurniaan Allah..."

"motivasiku"

Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari. Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis. Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi. Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua. JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN...InsyaAllah...

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."