Tuesday, November 26, 2013

~Bila rasa ini kembali~

Semalam.. hari yang mencabar emosi..
bukan dengan makhluk bernyawa yang lain..
namun dengan diri sendiri..

Sms yang sama dihantar kebeberapa org.. yang aku harap..mampu tuk beri semangat..

Diri Sendiri :  " Today is a tough day for me.. is there any words that can comfort me?"

H : " Kak Aienun, kekadang kita tak tahan sangat dengan ujian kea, rasa frust, rasa putus asa, rasa berat sangat,macam-macam rasa kebimbangan n kesedihan. Tapi kita lupa , yang kesedihan, kebimbangan n kepayahan, membawa kita makin dekat denganNya. Kita lupa kisah Nabi Ayub yang mendapat penyakit kulit yang sangat teruk, sehingga tiada siapa yang mahu dekat denganya, tapi dia tetap yakin itu ujian Allah yang menambahkan lagi keimananya. Kita lupa kisah-kisah yang lebih perit dari yang kita lalui sekarang. Kita lupa, yang Allah nak tengok kita mengalir air mata kerana merintih padaNya, Dia rindu rintihan kita kak.

A : Kata-kata tak dapat redakan hati kita kalau kita tak buat ( tak lafaz dan tak sebut ) .. Tadi dh gtau, dengan istighfar semua benda akan ok..dalam Al-Quran pun sebut dengan ingat Allah hati kita akan tenang..

F : Just hoping that u have a better day (sms yang dibalas sehari selepas )

Bila difikirkan balik.. kata-kata seperti ini kebiasaannya akan berada di folder sent item.. but then, now its in inbox.. konsep memberi dan menerima.. kata-kata yang sangat bermakna dan dalam maksudnya.. mampu merawat hati ini.. kata-kata yang menunjukkan keperluan untuk selalu mengingati Allah.. yakin dengan setiap ujianNya.. dan tabah menghadapi..

Buat diri ini yang sentiasa alpa, 
mungkin hari-hari yang telah berlalu dan akan berlalu memberi cabaran yang besar untuk kamu.. namun.. kamu harus sentiasa optimis dan yakin ianya adalah ujian dari Allah yang menyayangi hambaNya.. ujian yang diberikan oleh Allah takkan pernah melebihi kemampuan diri sendiri.. Jadi..seberat mana pun ujian itu.. pasti kamu mampu melaluinya.. Bersiap-sedia la wahai diri.. 

Allah sentiasa rindu rintihan hambaNya.. Allah sentiasa mengingati hamba yang mengingatiNya..
Dan.. Allah sentiasa hadiahkan pelangi selepas hujan membasahi bumi...


Wednesday, November 20, 2013

Whatever will be... WILL BE



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.




~When words can describe everything...~


Tuesday, November 19, 2013

~Mengajar Diri Untuk Redha~

Saat ini sebenarnya.. berada di tempat pekerjaan ku yang ke-3...
Kerja yang aku pilih dari semua.. kerja yang aku utarakan pada mama dan abah dengan rasa takut mereka tidak dapat menerima.. 
Hingga saat ini, segalanya berjalan lancar.. mama dan abah menerima keputusan ku dengan baik.. adik beradik..memberi sokongan penuh pada aku..

Namun.. kegusaran mula bertandang di hati.. acapkali fikiran ku diterjah.. "adakah ini pilihan yang terbaik untuk aku?'... "adakah ini yang sudah tertulis untuk aku?" Memikirkan masa depan yang mungkin akan penuh dengan cabaran dan dugaan.. sungguh.. kadang-kadang rasa diri ini lelah.. rasa diri ini tewas dengan mainan fikiran sendiri...

Dan seringkali itu juga.. fikiran optimis menguasai.. " aku harus tabah!".. "aku harus teruskan perjuangan hidup".. Ya.. ak perlu sentiasa berjalan walau sepayah mana laluan yang akan aku tempuh.. aku perlu sentiasa bersedia dengan apa yang bakal terjadi.. 

Dan.. aku perlu redha dengan semua yang tertulis.... 






Monday, September 16, 2013

~Hati yang K.O.S.O.N.G~



Hati yang kosong SAAT ini...
situasi yang terlalu kerap melanda diri..
KOSONG..

Mungkin...

Satu jawapan yang nyata..

Hati ini MUNGKIN makin jauh.. dengan fitrah..
MUNGKIN.. kurang pengisian rohani..
MUNGKIN... kurang kasih sayang sejati..

Dan Mungkin.... 
Aku yang kurang mencari dan mengerti...


~Kirana~

Monday, July 22, 2013

~Rasa yang baru~

Rasa ingin berkongsi pengalaman hati ini..

hari ini..22/7 merupakan hari pertama bekerja di tempat yang baru.. suasana yang baru.. orang-orang yang baru..

hari ini juga.. pengalaman pertama memandu di kL.. ya.. jujurnya.. diri ini seorang yang sangat cerewet dari segi keselamatan.. mungkin kerana trauma yang lalu.. namun.. hari ini terpaksa juga dikuatkan hati untuk memandu sendirian melalui jalan-jalan yang terkenal dengan sibuknya..

perjalanan awal pagi.. alhamdulillah.. tiada aral yang melintang.. namun.. perjalanan pulang.. diberi sedikit ujian oleh Dia.. tesasar dari laluan yang sepatutnya.. namun.. hati ini nekad untuk menyerahkan sepenuhnya pada Dia.. dan akhirnya.. Alhamdulillah.. sampai jua ke rumah dengan selamat.. syukur..

kini.. esok dan seterusnya.. masih punya cabaran yang sama.. moga hati ini terus sabar dan tenang menghadapainya..

Saturday, July 20, 2013

~keraguan yang nyata~

Tiba-tiba keraguan menguasai diri..
bila mana memasuki jajahan Kuala Lumpur.. tersekat dalam jem..
mampu ke aku untuk keluar dari comfort zone ak sendiri..
yang selama ini.. semua dilalui dengan relax..
aish..
resah..
peerjanjian yang dibuat tidak mampu ditarik balik..
ak harus nekad.. tuk menjadi manusia yang baru.. manusia yang mampu seiring dengan yang lain.. InsyaAllah.. yang terbaik tuk ak.. melalui perancangan Allah..

Wednesday, July 17, 2013

~Biar Jasad Kita Jauh.. Hati kita tetap satu~

Bismillahirrahmanirahim..

Moga bicara ini diberkati Allah...
Hari ini.. hari kedua terakhir berada di pejabat BBMCK.. 
dan mungkin..ada yang membaca pada hari terakhir.. atau ianya sudah berakhir..

Buat yang sudah maklum.. dan belum..
17/7/2013 genap 1 tahun 16 hari diri ini memegang jawatan Pegawai Latihan dan Sumber Manusia di pejabat BBMCK.. dan ianya merupakan hari terakhir di sini.. 
Diri ini akan mengorak langkah di bidang yang lain pula..
Jadi kesempatan ini ingin digunakan untuk menitipkan kata pada mereka-mereka yang telah mencorak hidup ini selama bersama.

Sebelum..panjang mencoret.. 
terima kasih Allah..
kerana mengurniakan mereka semua dalam kehidupan ini..
moga ianya hingga ke syurga..
terima kasih Mama dan Abah.. 
kerana memberi keizinan atas setiap kemahuan anakmu walau kadang-kadang ada yang bertentangan dengan kehendakmu..

Buat adik-adik kesayangan yang sentiasa bersama saat suka dan duka..
Yam..Mierah.. Ada.. Muna..Chah..Alifah..
well..kak tulis specific sebab ada saat ketika yang hanya kita masing-masing mengalaminya..
buat kamu semua.. terima kasih..dari sudut hati ini..kerana telah bersama, membantu, menggembirakan diri kak.. kadang-kadang..kamu semua menjadi pendengar..kadang-kadang kamu yang menghibur.. dan ada saat ketika.. kehadiran kamu sudah cukup membuat hati ini tersenyum saat berduka..
 Buat adik-adik yang lain.. Thaqifah.. Ct.. Miera Saidi,Tikah.. Syidah, Aki..Ain..Nabielah..Afifah serta geng-geng Kias, Syahir, Dol, Fahmi, Pare, Aliff, Syafiq, Farhan, Riyadh,dan semua yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung..terima kasih kerana telah membantu kak dalam melaksanakan pelbagai program..sungguh.. kehadiran kalian.. amat melegakan hati..
Maaf juga ingin dipohon dari semua.. andai diri ini pernah berkasar dari segi bahasa dan perbuatan.. terlalu mengarah.. atau meninggikan suara..mohon diambil segala yang baik yang pernah keluar dari bibir ini.. dan buanglah sejauhnya sesuatu yang buruk dari diri ini.
Untuk Aqim.. 
Thanx layan karenah kak sepanjang aqim ada di Malaysia hari tu..
thanx sebab bawak jumpa ma, mok dan ayoh (tak ingat aqim pggil gapo..hehe).. InsyaAllah.. ada masa.. kak akan gi melawat lagi..
kenangan kat bukit bakar.. takkan sekali-kali kak lupa..


Buat cikgu-cikgu yang banyak membantu dan mengajar.. 
Sir..Pekan.. abe Jame.. abe Mie..abe Fatah..Darus..abe Syafiq..
TERIMA KASIH yang teramat kerana mempercayai diri ini.. mengajar erti kehidupan..
mengajar cara menghadapi duri-duri dalam perjalan hidup ini..
Terima kasih kerana memberi peluang untuk diri ini membantu kalian semua dalam melaksanakan segla jua aktiviti..
Esp. to Sir and Pekan.. Thanx for "kidnapped" me when i'm really not in a good state that day.
Eventhough its kind of heartbreaking event.. but still.. its wonderful.

Buat adik-adik SSR 2013..
Terima Kasih kerana telah memberi peluang dan ruang kepada kak untuk mencurahkan segala ilmu yang ada..terima kasih sebab sentiasa ada untuk membantu kak bila mana semua sibuk dengan urusan kendiri.
terima kasih kerana telah menjayakan APR 2013, Gotong-Royong Kem Kok Lanas, Turba dan semua program sepanjang kak ada.
Jujurnya.. rindu untuk bersama di kem kok lanas.. saat kita bergotong-royong.. solat jemaah.. dan yang paling best.. tazkirah sorang-sorang.. 
Wae, Ziyad, Ja, Raid, Syami, Pok jat, Asyraf, Kimi, Nabil, Ilhami, Halim,Faiq Fitri, Yusuf, Iqbal, Syahirah, Beaq, Iza, Syaibah, Hani, Nik, Muizzah, Izni, Mimi, Syu, Ainin, Zatul, Raihan, Hasnieda, Hajar, Ashimah, dan yang lain-lain.. (Maaf xtertulis)
Terima Kasih semua..
kak susun 10 jari untuk memohon maaf andai selama kak membantu adik-adik.. ada yang terasa.. ada yang terguris.. jauh di sudut hati.. tiada niat untuk membenci.. tiada niat untuk memarahi.. hanya rasa ingin berkongsi.. nikmat dan hikmah yang diperolehi dari bergelar seorang SUKARELAWAN.

Khas Untuk Fakaruddin..
I know that u're the most person who'll be affected after enun xde..
hahaha.. pesanan.. cuba tambah sikit kesabaran.. dan cuba belajar untuk lepaskan perasaan tu dengan cara membebel benda-benda yang baik.. hehe.. kesian kat k.nah n sarah nanti..
enun tahu din boleh ubah.. din boleh bertahan.. at least if its not for you.. then please do it for k.nah sake..
tapi..kena kurangkan sikit perangai hok ore gere tu..

Khas Untuk K.Nah..
Hope ada yang sudi tunjuk kata-kata ni pada k.nah nanti bila diri ni dah pergi..
K.nah, terima kasih untuk semuanya..
jasa k.nah terlalu banyak untuk enun.. k.nah banyak ajar enun.. banyak bantu enun..
enun tahu.. k.nah sedih..bila enun nk g ni bila mana k.nah berharap enun bertahan lama..
k.nah.. walau dimana saja enun berada.. enun akan ingat k.nah sampai bila-bila.. k.nah tetap ibu, ummi, mak, mama dan sahabat pada enun dalam Briged Bakti..
malah k.nah ibu kami semua dalam Briged ni..
tanpa k.nah..kami tak dapat bayangkan Briged pada hari ni..

Dan Khas Untuk Bos-Bos..
Dato' Razak, Dato' Rusdi, Che Yob, Ayah Haji, En. Aziz, Cikgu Puzi, En. Kamarul, Hj. Lah, En.Zamri,Zakri dan lain-lain...
Terima kasih kerana sudi ambil saya menjadi warga kerja BBMCK.. 
terima kasih kerana sudi bertahan dengan karenah saya..
terima kasih kerana tidak putus-putus mencurah ilmu pada saya..
Sungguh, kalian sangat mengajar saya alam pekerjaan dan dan hidup yang bermakna.. secara langsung atau tidak langsung..
Maaf dipinta andai saya telah menyusahkan semua pihak.. andai ada kerja-kerja yang tidak menyenangkan.. atau kerja-kerja yang tertangguh (yang saya pasti ada..hehe)
The One n Only... Ayah haji... terima kasih sangat-sangat.. kerna telah bagi peluang untuk enun berbakti.. untuk enun mendalami ilmu ayah haji.. unutk enun belajar memahami kehidupan dari perspektif yang berbeza.. Because of it.. i'm in love with "psychology things".

Last But Not Least, Buat kamu..
yang saya pasti.. kamu juga akan turut membaca..
terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya..
sentiasa memberi semnagat tika diri ini lemah
sentiasa "perli' tika diri ini alpa..
sentiasa mendoakan kebahagian bersama..
terima kasih kamu :)

Buat yang sudah berada di KL.. Meni..Fik..Wae..Abe peja.. Abe Mawi..
wait for me k!!! :)

Akhir kata..
moga ikatan kekeluargaan antara kita akan kekal hingga ke syurga..
semoga kita semua sentiasa kekal dalam berbakti..
moga jiwa kita subur dalam mengingati Allah..
moga kita tidak pernah putus untuk menjadi sukarelawan yang terbaik di dunia dan akhirat..

Really love all of u..

~Doakan diri ini agar terus mampu berjalan dan berlari ke hadapan tanpa melupakan setiap yang dilalui..~


- Nur Aienun Binti Abdullah-








"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."