Tuesday, November 26, 2013

~Bila rasa ini kembali~

Semalam.. hari yang mencabar emosi..
bukan dengan makhluk bernyawa yang lain..
namun dengan diri sendiri..

Sms yang sama dihantar kebeberapa org.. yang aku harap..mampu tuk beri semangat..

Diri Sendiri :  " Today is a tough day for me.. is there any words that can comfort me?"

H : " Kak Aienun, kekadang kita tak tahan sangat dengan ujian kea, rasa frust, rasa putus asa, rasa berat sangat,macam-macam rasa kebimbangan n kesedihan. Tapi kita lupa , yang kesedihan, kebimbangan n kepayahan, membawa kita makin dekat denganNya. Kita lupa kisah Nabi Ayub yang mendapat penyakit kulit yang sangat teruk, sehingga tiada siapa yang mahu dekat denganya, tapi dia tetap yakin itu ujian Allah yang menambahkan lagi keimananya. Kita lupa kisah-kisah yang lebih perit dari yang kita lalui sekarang. Kita lupa, yang Allah nak tengok kita mengalir air mata kerana merintih padaNya, Dia rindu rintihan kita kak.

A : Kata-kata tak dapat redakan hati kita kalau kita tak buat ( tak lafaz dan tak sebut ) .. Tadi dh gtau, dengan istighfar semua benda akan ok..dalam Al-Quran pun sebut dengan ingat Allah hati kita akan tenang..

F : Just hoping that u have a better day (sms yang dibalas sehari selepas )

Bila difikirkan balik.. kata-kata seperti ini kebiasaannya akan berada di folder sent item.. but then, now its in inbox.. konsep memberi dan menerima.. kata-kata yang sangat bermakna dan dalam maksudnya.. mampu merawat hati ini.. kata-kata yang menunjukkan keperluan untuk selalu mengingati Allah.. yakin dengan setiap ujianNya.. dan tabah menghadapi..

Buat diri ini yang sentiasa alpa, 
mungkin hari-hari yang telah berlalu dan akan berlalu memberi cabaran yang besar untuk kamu.. namun.. kamu harus sentiasa optimis dan yakin ianya adalah ujian dari Allah yang menyayangi hambaNya.. ujian yang diberikan oleh Allah takkan pernah melebihi kemampuan diri sendiri.. Jadi..seberat mana pun ujian itu.. pasti kamu mampu melaluinya.. Bersiap-sedia la wahai diri.. 

Allah sentiasa rindu rintihan hambaNya.. Allah sentiasa mengingati hamba yang mengingatiNya..
Dan.. Allah sentiasa hadiahkan pelangi selepas hujan membasahi bumi...


No comments:

Post a Comment

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."