Friday, March 18, 2011

Erti Hidup

Sangat unik hidup ini, bagi setengah orang hidup ini bagaikan syurga, bagi setengah yang lain pula hidup ini bagaikan neraka. Berjenis- jenis persepsi yang kita dengar namun, semuanya terpulang pada individu tersendiri untuk menghuraikan makna tersebut.

Yang sure, bagi ku, hidup ini adalah merupakan tempat persinggahan.. tidak harus dipuja namun tidak harus jua diabaikan. Ia adalah amanah yang telah dibagikan kepada kita untuk kita manfaatkan bagi menyiapkan bekal untuk hari akhir nanti.

Kita dipilih antara berjuta pilihan untuk mengenali hidup ini.. diberi peluang menghirup oxygen yang ada.. diberi peluang untuk melihat warna-warna di dunia.. juga diberi peluang untuk merasa bahagia, sedih, sihat, sakit dan banyak lagi..

Namun, adakah pernah terdetik di dalam hati antara setiap kita tentang kepentingan untuk menjaga rezeki- rezeki yang kita dapat. Penahkah terlintas di fikiran untuk mensyukuri segalanya? Andai jawapannya pernah, tidak mungkin akan ada pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sekarang. Tak mungkin ada kisah-kisah derita yang menyayat hati dan juga tidak mungkin akan ada bayi-bayi yang tidak berdosa dilemparkan.

Why ini semua terjadi? Dimanakah letaknya kesyukuran itu tadi? Manusia semakin hari semakin riak dengan kehidupan mereka. Depa bagaikan tidak menyedari bahawa hidup ini pinjaman semata. Kehidupan yang mereka banggakan akan hilang dalam sekelip mata. Namun, mungkinkah sudah menjadi fitrah bahawa manusia ini pelupa?

Kita lupa siapa kita, dari mana kita datang, dimana kedudukan kita dan yang paling penting sangat kita lupa siapa yang paling tertinggi sekali. Andai ini berterusan, masih adakah manusia yang mampu memimpin? Masih adakah manusia yang mampu untuk menjaga amanah yang telah diberikan? Persoalan demi persoalan akan tetap terbit di sanubari ini.

Jadi, untuk kesekian kalinya, jalanilah hidup kita seadanya. Tidak terlalu ghairah maupun terlalu pasif.

2 comments:

  1. "Just Live Your Life Moderately".. penulisan yang memberi manfaat, thanx 4 sharing ainun~

    ReplyDelete
  2. Rizq: welcome.. mencuba tuk berkongsi dan menghurai rasa dihati..

    ReplyDelete

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."