Sehari-hari menempuh kekalutan hidup..
cabaran mendatangi dari pelbagai sudut..
ada yang tertepis..ada yang tidak..
walau jiwa hampir retak ..
takkan sekali diri ini rebah..
Allah tidak akan sesekali menduga andai diri ini tidak mampu..
Allah tidak sesekali memberi derita walau lemah jiwa dan raga..
Ada yang manis menunggu dihujung sana..
Ada yang bercahaya bakal menjelma..
Ya!! saat ini aku rapuh..
saat ini aku jauh..
tapi aku masih ada Dia disisi..
Mereka tidak akan pernah mengerti..
Mereka tidak akan pernah berhenti...
Biarkan..
biarkan mereka duka dalam lara..
kerana.. mereka juga merasa apa yang aku rasa...
tanpa sedar mereka tersakiti bila menyakiti..
Dan Aku...
Harus kekal tabah..
Cekal dalam menghadapi semuanya..
biarpun susah dan payah..
kerana jika aku terus jatuh tanpa bangkit..
mereka akan bersorak menjerit...

No comments:
Post a Comment