Wednesday, December 16, 2009

TIDUR YANG PATUT DIBANGUNKAN

1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hamper habis.

2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat.

3. Jika tidur pada sap pertama di dalam masjid.

4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar.

5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh.

6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari.

7. Jika tidur sebelum menunaikan solat fardhu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh.

8. Jika tidur selepas azan.

9. Jika tidur seorang di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh.

10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan wajah yang menghadap ke atas. Di dalam kitab al-Minhaad dinyatakan sebagai makruh.

11. Jika tidur di atas muka(meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah s.a.w apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu. “tidak demikian itu, dibenci Allah dan Rasul-Nya.”

12. Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercikkan air ke mukanya.


p/s:so..siapa2 yang bertemu dengan situasi ni..pandai2 la..hehehe

No comments:

Post a Comment

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."