Monday, July 27, 2015

~yang masih dicari~

Masih lagi mencari..
Erti kehidupan kini..
Walau terkadang menyedari..
Namun, tiada apa yg disusuli..

Merintih nasib diri..
Tidak seindah sinar pagi..
Namun kaki masih disini..
Menghenyak bumi mimpi..

Bangun lah duhai diri..
Tiada kebaikan yg mengikuti..
Jika masih lagi mencari erti diri..
Tanpa ada usaha sendiri..

Sunday, February 22, 2015

~Musibah yang bermakna ver1.0~

Hari ini, hampir dua bulan dari peristiwa bencana banjir yang melanda negeri kelahiranku..
Ingin sekali diri ini berkongsi semua suka duka yang ada melalui musibah ini..

Perkataan banjir amat sinonim dengan kampungku.. dengan keluarga khususnya dan juga warga che siti wan kembang amnya..
Saban tahun, kami menunggu tibanya waktu banjir.. 
yang berada di perantauaun juga..
dengan semangat pulang ke kampung..
untuk merasai suasana banjir..
Namun, perancangan Yang Maha Kuasa lagi hebat,
telah diberi peluang dan ruang untuk kami merasa pabila nikmat yang biasa diberi diuji..
Banjir yang berlaku kali ini amat besar dalam sejarah..
ada yang mengatakan ianya sebesar bah merah malah mungkin lebih besar..

Saat banjir mula melanda, perasaan ingin pulang tidak dapat aku bendung..
perasaan suka pada awalnya.. mula bertukar risau..
dari masa ke semasa aku bertanyakan keadaan dikampung..
kata mama, ianya masih lagi terkawal..namun,, hati ini sudah terbang pulang ke kampung saat itu juga..
Teman sepejabat ada bertanya, mengapa aku beria untuk pulang.. 
kata aku,, untuk bermain air..
namun, jauh disudut hati. aku risau akan keluargaku..
terutama sekali abah.. sudah dapat aku bayangkan keadaan abah saat itu..

Aku pulang ke kampung dengan harapan dapat meringankan beban abah..
aku pulang saat air di paras yang tinggi..sehingga jambatan Sulatan Yahya Perta sudah ditutup untuk semua kenderaan.. Kerna tiada cara, kami mengambil keputusan untk menunggu sehingga hari cerah.. bagi memikirkan jalan pulang ke rumah.. dan malam itu.. kami bermalam di masjid di Kubang Kerian.
Seawal pagi sesudah subuh.. kami merencanakan perjalanan.. 
kami bernasib baik, kerana diawal pagi itu, jambatan dibuka untuk laluan...
terpancar kegembiraan di wajah..
Kami cuba untuk pergi sejauh yang boleh.
hanya mampu pergi sehingga hujung jambatan dengan kereta..
selebihnya terpaksa meredah air banjir..

Perjalanan yang hanya mengambil masa 5 minit dari hujung jambatan hingga umah makcik di wakaf bharu terasa sangat jauh.. kami meredah air di paras peha.. ramai yang menyertai.. ada yang untuk bermain.. ada yang sedang berpindah.. dan ada yang hanya untuk memantau.. di kala itu, hanya kereta 4x4  dan ke atas sahaja yang boleh kesana ke mari.. pelbagai ragam.. pelbagai gaya..

Sampai dirumah, aku terus menanya khabar cerita.. mama..mek (nenek).. kakak..kak lini semua semangat bercerita.. dari mula air naik, sehingga saat itu.. mama ceritakan keadaan dia menaiki bot jam 2 pagi setelah abah mengarahkan semua ahli keluarga yang ada di rumah untuk berpindah ketika paras air di rumah kami telah mencecah lantai., Mencecah lantai rumah bermakna air di kawasan luar rumah telah pun melebihi paras kepala.. gambaran keadaan mama menaiki bot di kala malam gelap.. dapat aku bayangkan.. dan ada saat bot melanggar sahaja apa di hadapan.. hanya doa yang menjadi kekuatan mama saat itu...

Melalui cerita-cerita mereka.. terdetik di hati.. banjir kali ini sangat, amat dan bakal menuntut kesabaran yang tinggi bagi semua yang terlibat... cerita-cerita mereka juga membuatkan hati ini ingin bertemu dengan abah... yang mungkin sedang melaksanakan amanah sebaik mungkin.....






Friday, November 28, 2014

~Kerana Diam Itu Mati~

Bercakap tanpa henti..
Ya, itu salah satu terapi diri.
Ramai yang tidak sedar akan terapi ini, kerana tanpa kita sedar, kita telah merawat diri kita yang sepi.
Ramai diantara kita, memerlukan kata sebagai ubat, tidak kisah apa jua topik yang diutarakan, asalkan ia tidak berhenti.

Berbicara lah duhai teman
Kerana ia mampu mengubat duka.
Mampu menjernih yang keruh.
Mencoret warna di jiwa.

Namun
Berbicara juga ada pantangnya.
Berbicara perlu kena pada tempat, masa dan pendengarnya
Moga setiap butir yang diutarakan mampu memberi pahala
Mampu menenangkan jiwa..
Mampu dikongsi rasa.
Jangan sampai menjemput dosa
Jangan sampai ukhuwah binasa.

Berbicara lah dengan bijaksana.

Kerana.. tanpa bicara, hati sepi
Jiwa mati..

Wednesday, November 19, 2014

~Hingga Saat Ini..~

Sehari-hari dia tempuh hingga saat ini..
walau terkadang terjatuh,
tersungkur..
terluka di kiri kanan..
hingga dia rasa bagai tiada daya lagi..
dia tetap teruskan..
dia tetap meneruskan kehidupannya..

Dia memandang di setiap sudut..
Sakit..
Terasa bagai hati ditindih bebanan yang berat..

Hingga Saat ini..
Dia cekal berdiri..
Jangan kau biarkan dia goyah lagi..
Mengapa tidak kau beri peluang untuk dia bernafas..
Dalam ruang yang seluas itu..
Kau gembira melafaz kata..
Kau gembira menari setia..
Tahukah kau, setiap kata yang berbunyi..
setiap lenggok yang kau tari..
hati dia dicarik pedih..

Hingga Saat Ini..
dia mohon.. hentikan semua itu..
kerana dia cuba untuk berlari..
lari meninggalkan bayangan kamu..

Hingga Saat Ini..
Dia terus berusaha

Wednesday, October 29, 2014

~Terang itu~

Dalam terang aku mencari..
Jawapan yang tak kunjung pasti..
Sampai bila harus begini..
Kerna terang ini pasti gelap lagi..

Berikan aku peluang..
Supaya berjaya mengisi ruang..
Takkan aku terbang melayang..
Jika pasti ada yang sayang..

Mengapa harus berhenti..
Bila jiwa sudah sebati..
Kerna aku tahu pasti..
Semuanya ketentuan Illahi..

Andai takdirnya begitu..
Aku tahu hala yang perlu dituju..
Takkan aku berpaling buntu..
Mengharap insan datang membantu..


Thursday, October 23, 2014

~Aku juga punya Dunia~



Dunia aku, 
Hanya aku dan tulisan-tulisan yg menari puitis,
Mampu untuk matikan waktu tanpa disedari
Mampu untuk hanyutkn aku dari ombak hidup,
Senyapkan segala yang membingit
Redakan segala yang sulit,

Ya, 
Itu dunia aku
Tanpa ada yang menggangu
dan
Aku juga takkan menggangu
Sesiapa dan sesuatu.
Lagi.








Wednesday, October 15, 2014

~Sentiasa memberi walaupun tidak menerima~

Mencuri ruang & peluang untuk meluah rasa..

Salah satu kata-kata yang sentiasa dipegang di hati ini, 
jangan pernah berhenti untuk memberi walaupun kita tidak menerima..

Kadang-kadang, kita merasakan sangat sukar untuk melatih diri memberi..
Konsep memberi ini bukan tertakluk pada harta yang bergunung..
atau emas yang meninggi..
tak perlu menunggu gaji melebih 3k untuk memberi..
Konsep memberi ini mudah kalau diamati dengan baik..
Tanpa sedar, kita punya banyak benda yang boleh dikongsi..
Kita punya senyuman.. punya tenaga.. juga punya idea..

Berilah senyuman seikhlas hati bila mana kita melihat rakan-rakan.. 
mungkin dengan senyuman itu, mampu untuk meredakan jiwa-jiwa mereka yang tidak tenteram kala itu.. 
senyuman itu juga mampu untuk menjernihkan keadaan andai ianya tegang saat itu..
senyuman yang hanya 3 saat juga mampu menguatkan ukhuwah sesama manusia..
namun.. awas... jangan tersalah senyum..
kerna mungkin ada yang terguris dengan senyuman kita..
Jadi.. niatkan dalam hati.. untuk memberi senyuman yang ikhlas dan bersih.. :)

Sumbangkan tenaga jika kita masih kuat bertenaga..
Sentiasa ringankan segala tulang temulang untuk membantu orang sekeliling..
mungkin sumbangan kita yang sedikit itu mampu meringankan kerja yang lain..

Dan paling senang.. kita punya buah fikiran yang boleh dikongsi.. 
mungkin ianya mampu menyelesaikan segala 

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."