Saturday, July 20, 2013

~keraguan yang nyata~

Tiba-tiba keraguan menguasai diri..
bila mana memasuki jajahan Kuala Lumpur.. tersekat dalam jem..
mampu ke aku untuk keluar dari comfort zone ak sendiri..
yang selama ini.. semua dilalui dengan relax..
aish..
resah..
peerjanjian yang dibuat tidak mampu ditarik balik..
ak harus nekad.. tuk menjadi manusia yang baru.. manusia yang mampu seiring dengan yang lain.. InsyaAllah.. yang terbaik tuk ak.. melalui perancangan Allah..

Wednesday, July 17, 2013

~Biar Jasad Kita Jauh.. Hati kita tetap satu~

Bismillahirrahmanirahim..

Moga bicara ini diberkati Allah...
Hari ini.. hari kedua terakhir berada di pejabat BBMCK.. 
dan mungkin..ada yang membaca pada hari terakhir.. atau ianya sudah berakhir..

Buat yang sudah maklum.. dan belum..
17/7/2013 genap 1 tahun 16 hari diri ini memegang jawatan Pegawai Latihan dan Sumber Manusia di pejabat BBMCK.. dan ianya merupakan hari terakhir di sini.. 
Diri ini akan mengorak langkah di bidang yang lain pula..
Jadi kesempatan ini ingin digunakan untuk menitipkan kata pada mereka-mereka yang telah mencorak hidup ini selama bersama.

Sebelum..panjang mencoret.. 
terima kasih Allah..
kerana mengurniakan mereka semua dalam kehidupan ini..
moga ianya hingga ke syurga..
terima kasih Mama dan Abah.. 
kerana memberi keizinan atas setiap kemahuan anakmu walau kadang-kadang ada yang bertentangan dengan kehendakmu..

Buat adik-adik kesayangan yang sentiasa bersama saat suka dan duka..
Yam..Mierah.. Ada.. Muna..Chah..Alifah..
well..kak tulis specific sebab ada saat ketika yang hanya kita masing-masing mengalaminya..
buat kamu semua.. terima kasih..dari sudut hati ini..kerana telah bersama, membantu, menggembirakan diri kak.. kadang-kadang..kamu semua menjadi pendengar..kadang-kadang kamu yang menghibur.. dan ada saat ketika.. kehadiran kamu sudah cukup membuat hati ini tersenyum saat berduka..
 Buat adik-adik yang lain.. Thaqifah.. Ct.. Miera Saidi,Tikah.. Syidah, Aki..Ain..Nabielah..Afifah serta geng-geng Kias, Syahir, Dol, Fahmi, Pare, Aliff, Syafiq, Farhan, Riyadh,dan semua yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung..terima kasih kerana telah membantu kak dalam melaksanakan pelbagai program..sungguh.. kehadiran kalian.. amat melegakan hati..
Maaf juga ingin dipohon dari semua.. andai diri ini pernah berkasar dari segi bahasa dan perbuatan.. terlalu mengarah.. atau meninggikan suara..mohon diambil segala yang baik yang pernah keluar dari bibir ini.. dan buanglah sejauhnya sesuatu yang buruk dari diri ini.
Untuk Aqim.. 
Thanx layan karenah kak sepanjang aqim ada di Malaysia hari tu..
thanx sebab bawak jumpa ma, mok dan ayoh (tak ingat aqim pggil gapo..hehe).. InsyaAllah.. ada masa.. kak akan gi melawat lagi..
kenangan kat bukit bakar.. takkan sekali-kali kak lupa..


Buat cikgu-cikgu yang banyak membantu dan mengajar.. 
Sir..Pekan.. abe Jame.. abe Mie..abe Fatah..Darus..abe Syafiq..
TERIMA KASIH yang teramat kerana mempercayai diri ini.. mengajar erti kehidupan..
mengajar cara menghadapi duri-duri dalam perjalan hidup ini..
Terima kasih kerana memberi peluang untuk diri ini membantu kalian semua dalam melaksanakan segla jua aktiviti..
Esp. to Sir and Pekan.. Thanx for "kidnapped" me when i'm really not in a good state that day.
Eventhough its kind of heartbreaking event.. but still.. its wonderful.

Buat adik-adik SSR 2013..
Terima Kasih kerana telah memberi peluang dan ruang kepada kak untuk mencurahkan segala ilmu yang ada..terima kasih sebab sentiasa ada untuk membantu kak bila mana semua sibuk dengan urusan kendiri.
terima kasih kerana telah menjayakan APR 2013, Gotong-Royong Kem Kok Lanas, Turba dan semua program sepanjang kak ada.
Jujurnya.. rindu untuk bersama di kem kok lanas.. saat kita bergotong-royong.. solat jemaah.. dan yang paling best.. tazkirah sorang-sorang.. 
Wae, Ziyad, Ja, Raid, Syami, Pok jat, Asyraf, Kimi, Nabil, Ilhami, Halim,Faiq Fitri, Yusuf, Iqbal, Syahirah, Beaq, Iza, Syaibah, Hani, Nik, Muizzah, Izni, Mimi, Syu, Ainin, Zatul, Raihan, Hasnieda, Hajar, Ashimah, dan yang lain-lain.. (Maaf xtertulis)
Terima Kasih semua..
kak susun 10 jari untuk memohon maaf andai selama kak membantu adik-adik.. ada yang terasa.. ada yang terguris.. jauh di sudut hati.. tiada niat untuk membenci.. tiada niat untuk memarahi.. hanya rasa ingin berkongsi.. nikmat dan hikmah yang diperolehi dari bergelar seorang SUKARELAWAN.

Khas Untuk Fakaruddin..
I know that u're the most person who'll be affected after enun xde..
hahaha.. pesanan.. cuba tambah sikit kesabaran.. dan cuba belajar untuk lepaskan perasaan tu dengan cara membebel benda-benda yang baik.. hehe.. kesian kat k.nah n sarah nanti..
enun tahu din boleh ubah.. din boleh bertahan.. at least if its not for you.. then please do it for k.nah sake..
tapi..kena kurangkan sikit perangai hok ore gere tu..

Khas Untuk K.Nah..
Hope ada yang sudi tunjuk kata-kata ni pada k.nah nanti bila diri ni dah pergi..
K.nah, terima kasih untuk semuanya..
jasa k.nah terlalu banyak untuk enun.. k.nah banyak ajar enun.. banyak bantu enun..
enun tahu.. k.nah sedih..bila enun nk g ni bila mana k.nah berharap enun bertahan lama..
k.nah.. walau dimana saja enun berada.. enun akan ingat k.nah sampai bila-bila.. k.nah tetap ibu, ummi, mak, mama dan sahabat pada enun dalam Briged Bakti..
malah k.nah ibu kami semua dalam Briged ni..
tanpa k.nah..kami tak dapat bayangkan Briged pada hari ni..

Dan Khas Untuk Bos-Bos..
Dato' Razak, Dato' Rusdi, Che Yob, Ayah Haji, En. Aziz, Cikgu Puzi, En. Kamarul, Hj. Lah, En.Zamri,Zakri dan lain-lain...
Terima kasih kerana sudi ambil saya menjadi warga kerja BBMCK.. 
terima kasih kerana sudi bertahan dengan karenah saya..
terima kasih kerana tidak putus-putus mencurah ilmu pada saya..
Sungguh, kalian sangat mengajar saya alam pekerjaan dan dan hidup yang bermakna.. secara langsung atau tidak langsung..
Maaf dipinta andai saya telah menyusahkan semua pihak.. andai ada kerja-kerja yang tidak menyenangkan.. atau kerja-kerja yang tertangguh (yang saya pasti ada..hehe)
The One n Only... Ayah haji... terima kasih sangat-sangat.. kerna telah bagi peluang untuk enun berbakti.. untuk enun mendalami ilmu ayah haji.. unutk enun belajar memahami kehidupan dari perspektif yang berbeza.. Because of it.. i'm in love with "psychology things".

Last But Not Least, Buat kamu..
yang saya pasti.. kamu juga akan turut membaca..
terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya..
sentiasa memberi semnagat tika diri ini lemah
sentiasa "perli' tika diri ini alpa..
sentiasa mendoakan kebahagian bersama..
terima kasih kamu :)

Buat yang sudah berada di KL.. Meni..Fik..Wae..Abe peja.. Abe Mawi..
wait for me k!!! :)

Akhir kata..
moga ikatan kekeluargaan antara kita akan kekal hingga ke syurga..
semoga kita semua sentiasa kekal dalam berbakti..
moga jiwa kita subur dalam mengingati Allah..
moga kita tidak pernah putus untuk menjadi sukarelawan yang terbaik di dunia dan akhirat..

Really love all of u..

~Doakan diri ini agar terus mampu berjalan dan berlari ke hadapan tanpa melupakan setiap yang dilalui..~


- Nur Aienun Binti Abdullah-








Monday, April 30, 2012

~Mengapa perlu RESAH??~


Saat tuk bergelar graduan makin hampir..
membuatkan diri selalu resah..
yA! resah memikirkan masa depan yang harus ditempuhi..
melihat sahabat2 lain telah berkira2 membuat keputusan samaada untuk ,meneruskan pembelajaran ataupun merasai alam pekerjaan..

dan aku?? masih tidak mempunyai jawapan..
masih ragu2 tuk membuat keputusan
takut?? ya..perasaan itu wujud.. 
resah?? ya..itu selalu menghantui..
apakah masih ada peluang tuk aku merasai nikmat pekerjaan yang diingini?
masihkan ad peluang tuk aku mendalami ilmu2 yang ada??
namun..ada sebaris ayat yang membuat aku lega..
"Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjanjikan rezekimu, mengapa perlu RESAH??"
-petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali-

kita semua perlu tahu dan yakin bahawa setiap insan telah disediakan rezeki masing2..
mungkin yang berbeza..bentuk rezeki itu..

jangan terlalu resah..jangan terlalu takut untuk menghadapi masa depan..
harus yakin kita sentiasa ada peluang untuk merasa apa yang diingini..
dengan syarat...USAHA TANPA HENTI..
untuk dunia dan akhirat..
InsyaAllah..ada yang terbaik yang telah ditetapkanNYA untuk ku...

 pls: jangan biarkan keresahan itu menghantui pekerjaan dan matlamat kita hari ini

Thursday, April 26, 2012

~trauma =( ~

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Terkejut!!! Terkilan!!!
tepat jam 12 malam, dapat panggilan dari abe long...
menyampai khabar berita tentang mama..
mama kena RAGUT!!!.
oh! suatu kejadian yang xpernah diingini..

Mama dengan abah..naik moto...dalam kawasan kampung...
Ah! kawasan kampung yang dirasakan paling selamat pun dah jadi tempat yang paling xselamat...
Ralat..sebab dah 2 hari benda ni berlaku..tapi aku baru tau..
ALLAHUAKBAR.....
xterbayang perasaan mama masa tu..
perasaan mama sekarang..
 
rasa nak terbang sekarang balik peluk mama..
mama, maafkan k.de sebab xcakna..
baru koll mama 3 hari lepas..
esoknya..benda ni berlaku...
mama...k.de nk peluk mama...
sangat2..
 
maafkan k.de sebab xde disamping mama sekarang...
mama..k.de doakan..mama tabah..
k.de tau mama kuat..
 
tp....k.de pm tau perasan trauma..
 
sungguh trauma itu xbest..
kesan die sangat teruk..
7 tahun berlalu..trauma masih xdapat diatasi..
 
moga mama dapat atasi..
moga mama kuat dari segi fizikal dan mental..
 
Ya ALLAH..ku mohon dari Mu...
selamatkan, tenangkan hati mama dan seluruh ahli keluarga ku dunia dan akhirat...
amin...
 


Wednesday, April 25, 2012

~saat yang tinggal~

~Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Singgah di blog sendiri setelah puas bermain angka dan tulisan..
hampir "terjuih" biji mata ni menatap skrin notabuku  yang comel ni..
baru perasan blogspot dah berwajah baru..
 n terkial-kial jugak mencari button "new post"

Hari demi hari dah berlalu dan ianya tidak mungkin sama sekali untuk berulang...
Alhamdulillah, syukur padaNYA.. dapat juga aku grad dari lab, n segala macam acids n machine..
mengorbankan lab coat(of course), stokin, tshirt n bju kurung..but then, aku still mampu tersengih bila mengenangkan semua itu..at least, i've something to be proud of.. n boleh jugak "menyohor" ke anak cucu..hehehe

dan sekarang..tiba masa tuk analyse data..even dah xberape ingat macam mana, kn usaha la jugak..bukan kena..tapi WAJIB!!.. sebab awal bulan 5, means next week dah kena antar first draf thesis yang full tuk SV n co-SV check.. 22/5 dah kena submit kat deparment n 12-13/6 dah kena present.. jadi bulan 5 n 6 ni bakal menyaksikan kami semua berlari xcukup tanah la gayanya..hehe
dengan thesis FYP..final exam..assignment n presentation...

Harapannya, moga 2nd part ni dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah yang rumit.. masalah akan tetap ada..xkan pernah habis..namun mengharap ianya mampu tuk diatasi.. amin..

Sebagai meraikan 1st part yang dah siap, ak n da gang ber'picnic' di pancing..
even 4 orang jer..but still,sangat happy..at least kami dapat mencipta memori tuk saat-saat akhir bersama..saat semua pun masih bujang :) 
saat semua masih bersama..masih boleh tengok muka masing-masing..

Jauh disudut hati..terdetik, ada lagi x peluang tuk kami ber'ukhuwwah' macam sekarang...
emm..hope..we still have that chance..



p/s: qoute of da day : "jangan pernah tewas berharap"


Monday, March 12, 2012

~Berjalan Tanpa Henti~

Sudah agak lama tidak menarikan jari-jemari dalam dunia maya ini..
kesibukan yang tidak pernah henti berkunjung..
keserabutan yang tidak pernah hilang..
menhapuskan rasa hati untuk berkongsi..
Ya..aku mungkin seorang insan yang mudah terganggu kosentrasi andai segala yang dirancang tersasar..
mengambil masa tuk membetulkan segala yang kusut..
mengambil masa tuk meredakan hati yang terganggu..
Ya..segala yang dirancang tidak semestinya sama dengan yang ditentukan olehNYA..
aku..kamu..kita..harus redha dengan ketentuan ini..
dengan berbekalkan semangat dan harapan agar apa yang terjadi ini akan membawa aku kepada satu kejayaan yang manis..
aku harus tetap terus berjalan mengikut arus dan rentak dunia.
Tidak harus rasanya untuk membandingkan usahaku dengan mereka..
kejayaan yang diraih oleh mereka tidak patut aku persoalkan..
kerana yang pasti.. aku juga punya kejayaan yang sama..atau mungkin lebih indah dari mereka..

Cuma..kesabaran penentu segalanya..
aku harus terus berjalan tanpa henti..
walaupun hanya tuk sesat..


p/s: mood-> resah memikirkan FYP yang masih lag di udara...

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."