Saturday, October 22, 2011

~Buku @ Book~


Akhirnya~
Perasaan untuk berkongsi rasa menebal membuatkan diri ini sanggup bersengkang mata menghadap notabuku:)
Syukur ALHAMDULILLAH... dengan izinnya, masih lagi mampu untuk bernafas, masih lagi mampu menafsir cerita dan masih lagi mampu menguntum senyum... Alhamdulillah..
hampir berbulan memendam rasa untuk berkongsi cerita.. hanya setakat melakar di awan yang datang dan pergi silih berganti..

Terlalu banyak cerita yang ingin dijadikan sejarah.. sehingga x dapat nak susun yang mana dulu:)..
Cerita pertama yang ingin dikongsi..."buku-buku"

akhirnya, dapat jugak menambah koleksi buku-buku..
sangat gembira dan teruja..memang xdapat dinafikan yang hati ini akan mudah tergoda dengan buku-buku...
antara buku- buku yang mampu dibeli semasa cuti..
Letters to Sam - Daniel Gotlieb dan How to win friends and influence people - Dale Carnegie

Buku-buku yang dibeli sempena Myweek yang semuanya hasil tangan HLOVATE..
~yang dah lama mengidam~
Tunas, Versus, 5tahun 5 bulan, Aa+Bb, Contengan jalanan dan Rooftop rant..

Dan yang terbaru.. masa naik Kl untuk konvo K.lini, Pesta buku terbesar dunia (orang cakap la).. yang ni memang sangat teruja..sebab xpernah pun berkesempatan untuk pergi pesta buku yang besar.. rasa macam masuk xnak keluar jer..heeeheee.. dapat jugak la sambar ThePower- Rhonda Byrne, For one more day-Mitch Albom dan keeping Mum-Bryian Thompsom..

Serius, sangat xdapat nak hilangkan tabiat suka buku ni..orang cakap tabiat ni tabiat baik..harap-harap macam tu la.. banyak benda bermanfaat yang dapat diambil dari setiap ayat dalam buku-buku tu.. insyaAllah..andai ada kesempatan memang akan dikongsi bersama..Rasa cukup la kot untuk tahun ni punya peruntukan..hehe.. kena tunggu bajet kewangan tahun depan pulak..
kalau ada yang nak sponsor..itu lagi canteeekkkk:)


p/s: Sanggup jugak tambah buku walaupun dah tahu tahun terakhir ni kena menghadap buku dan nota-nota yang banyak..plus journal-journal dan thesis.... aish.. memang naik la power mata..hehehe

Wednesday, October 12, 2011

Teramat RINDU...

~Sangat rindu nk mengolah kata..
namun realiti menyekat diri..
akan dicari kesempatan walau sesaat..~

Monday, August 29, 2011

~Selamat Hari Raya Eid Fitri~

Selamat hari raya!!!!
semoga kita semua diberkati ALLAH.. Ameenn..

Pengumuman raya yang diumum di kaca tv membuatkan mercun meletup-meletup di sekeliling rumah.. nak dimarah, anak orang..aish.. sabar je laa..

pengumuman itu juga menandakan berakhirnya Ramadhan, bulan yang penuh berkat..
bagaimanakah Ramadhan ku kali ini?? lebih baik atau makin merudumkah prestasiku??
hanya Allah yang mampu menilai.. diharapkan segala amalan pada bulan ini dapat aku teruskan dibulan-bulan yang akan datang.

Raya esok?? moga kecerian dan kebahagian mewarnai ruang rumah ku..
mama..abah..abe..kakak..k.ngah..bibi..sharil..yah..arif.. k.na..arif..
"selamat hari raya..maaf yang tulus dari hati"


Monday, August 8, 2011

~antara DUA jalan~



Antara dua jalan... kiri atau kanan??
mana satu harus ku pilih??
mana satu harus ku lalui??
argh!!
bukan xpernah aku lalui saat seperti ini.. berkali-kali..
malah acap kali.. namun, kali ini, pilihan yang agak sukar harus aku buat..
pilihan yang bakal menentukan masa depan aku..
yang akan menentukan arah tuju hidup aku..
kiri ke kanan??
kiri ke kanan??
kanan ke kiri??

ya Allah ya tuhanku..kurniakan lah aku ilham agar dapat aku simpulkan kesimpulan ini..
agar aku dapat putuskan keputusan hidup... amin...

Sunday, August 7, 2011

~DIARI RAMADHAN 2011~

Sudah 7 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa di bulan Ramadhan yang merupakan kewajipan keatas setiap Muslim… maka genap juga 7 hari aku bersama-sama keluarga berteraweh. Tahun ni, tahun pertama setelah 10 tahun aku dapat berpuasa cukup sebulan di rumah sendiri yakni kampung halaman aku.. disebabkan perubahan cuti bagi majority university, dapat juga aku merasakan saat ini. Setiap perubahan yagn dilakukan pasti ad kebaikan dan keburukan.. Ternyata, bagiku jua ada baik dan buruknya berpuasa sebulan di rumah.. yang baik pastinya duit poket dapat dijimatkan sebab aku dah xpayah nak bersusah payah membeli juadah berbuka dan bersahur, malah tenaga tuk itu juga dapat dijimatkan..namun, aku akui, perasaan berpuasa jauh dari keluarga sudah tidak ada. Berpuasa bersama-sama sahabat tersayang.. sama-sama buat perangai pelik menjelang Ramadhan.. aku juga akui peluang untuk mendengar ceramah juga terbatas, malah untuk mendengar ceramah di tv juga payah… ralat rasa hati ini.. namun, jiwa yang dahagakan makanan rohani ini dapat diisi andai aku tahu cara yang sebetulnya.. tahukah aku???? Itu yang menjadi persoalan….

Selama 7 hari berteraweh bersama orang-orang kampung.. ternyata ada juga bezanya.. surau di kampung yang hanya dipenuhi oleh orang dewasa yang berumur sekitar 45 tahun ke atas. Agak sukar untuk mata ini melihat anak remaja.. ke manakah mereka?? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Malah suasana juga lain, memandangkan kebanyakannya dewasa, maka caranya juga lain dari yang biasa aku rasa.. contohnya, dalam saf, masing-masing hanya nak duduk atas sejadah sendiri, dan tidak berinjak merapatkan bahu. Meninggalkan jurang yang agak besar.. Serba salah rasa hati, mahu ditegur, dikatakan tidak selesa sembahyang rapat-rapat dengan orang, tidak ditegur, aku pulak yang bercelaru dalam hati…sudahnya diam sahaja.. tapi, jauh disudut hati ini, akan akku usulkan supaya situasi ini dapat diubah supaya mengikut yang sebetulnya.

Cuti ini juga, ada kejutan buat keluargaku…Teman k.ngah menghantar rombongan merisik sekaligus bertunang.. majlis pertunangan yang agak ringkas namun berjalan lancar. Setelah semua sepakat, insyaAllah, andai tiada aral melintang, rumah kesayanganku ini akan bertukar wajah awal tahun depan. Dan aku???hehehe, biar masa yang menentukan.. andai ada jodoh ada lah rezeki ku..


p/s: rasa nak cadangkan supaya sejadah tu dikecilkan..hehehe

Friday, July 22, 2011

~hatiku milikmu~

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

p/s: dengar..dan tiba-tiba terpaut..

Thursday, July 14, 2011

~happy Bornday DIK~

Happy bornday Dik..
Walaupun akak tahu..hari kejadian telah jauh pergi..
namun, izinkan diri ini untuk mengutus doa pada adik..
Selamat hari lahir..
moga dimurahkan rezeki..
moga dipanjangkan umur..
moga segala yang dirancang oleh mu sejajar dengan yang ditentukan NYA..
amin..

maafkan diri ini..kerna sejujurnya..
akak lupa tarikh tu..
i'm really sorry dear:(
04/07

p/s: akak dah save dlm phone:) harap2 xlupa dah..

"Berterima kasihlah atas kebaikan orang kepadamu,

dan balaslah dia dengan zikir serta doakan kesejahteraannya

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.."